IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Lompat... Lompat... Apek Lompat..!!!!

>> Wednesday, May 04, 2011



Best kan.., kelakar tak? Sangat kelakar... Lompat apek... lompat apek, Tengok tak macam mana wanita tu bawa apek tu?

Ha... dipegang hujung tongkat dan apek itu pegang hujung yang satu lagi.

Itulah yang berlaku pada diri saya acapkali apabila ingin dibantu oleh mereka yang bergelar wanita. Lelaki ada dua tiga kali juga. Kisahnya begini ...

Satu ketika saya mengembara seorang diri, ketika berhenti di satu perhentian rehat dan diri ni rasa nak terkucil sangat. Tiada siapa pun yang teringin membantu. Bertanya pun tiada. Semua dah hilang, mungkin nak cepat lepaskan hajat yang tak kesampaian agaknya.

Maka terpacaklah saya ditepi bas. Hampir 5 minit juga dan tetiba saya disapa oleh suara lunak seorang wanita. Saya menjangkakan dalam lingkungan awal 20 an.

"nak pergi mana encik"

"saya nak pergi tandas, boleh bantu?"

Tanpa berlengah, wanita tadi terus memegang hujung tongkat saya dan mengheret saya ke tandas. Cuma dia tak nyanyi lompat, lompat, lompat, seperti dalam lagu filem Ali Baba tu. hohohohohohoho

Beberapa kali saya tersadung kaki kerana terlanggar bonggol atau halangan.

"kenapa cik tak pegang lengan saya"

"Ehhh..., tak boleh lah, saya kan perempuan"

"ya, saya bukan suruh cik pimpin tangan, peganglah pada bahagian yang berlapik" kemudian diam seribu bahasa.

Tuan-tuan, puan-puan, kalau anda perhatikan bukankah dengan cara menarik hujung tongkat tersebut seperti menarik haiwan? Lagak seperti pengembala lembu menarik lembu untuk masuk ke kandang.

Tongkat dicipta untuk mengantikan mata saya yang buta bukan untuk menjadi tali. Melalui tongkat, kami menggunakan deria rasa untuk mengukur, merasa sesuatu permukaan atau halangan. Kalau dah digunakan seperti menarik lembu, apalah guna lagi tongkat tersebut.

Kalau tak percaya, sila tutup mata anda dengan kain hitam untuk tempoh sejam dan bergeraklah ke mana anda suka. Anda pasti merasainya....

Bukan tidak berterima kasih, tapi jika begini caranya lebih baik tidak tolong ...

lompat..., lompat..., lompat apek... lompat... hahahhahaha....

Di petik dari blog "Bila Insan Istimewa Manulis". Fikir-fikirkan... di manakah silapnya...

4 IkutSukaLu...::

Lang Wednesday, May 04, 2011 6:37:00 PM  

ingatkan dia cerita pasal bermimpi... sebab dia tau pulak mcm mana cerita apek lompat...

ISA Wednesday, May 04, 2011 7:55:00 PM  

Lang;

Tak baik tau cakap camtu... hehehe..

rasasayang79 Wednesday, May 04, 2011 11:25:00 PM  

salam bukan bermimpi tapi dulu saya pernah tengok filem ni masa saya rabun dan belum buta. hehehehehhee

baca ini juga:

apa kata blogger MSO mengenai blogger cacat penglihatan?

*jemput pembaca follow dan letak dlm bloglist :)

ISA Thursday, May 05, 2011 12:38:00 AM  

rasasayang79;

jangan ambik hati dengan saudara Lang yeaaa... dia memang suka bergurau senda...

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP