IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Taib Mahmud...!!!!

>> Wednesday, April 06, 2011


Menjelang pilihan raya negeri Sarawak, 400 keluarga di Kampung Tuie satu perkampungan tradisional Melayu di kawasan pedalaman Sarawak masih menaruh harapan untuk mendapatkan bekalan air bersih.

Diwujudkan sekitar 120 tahun lepas, kampung yang didiami 3,100 penduduk itu masih belum mendapat bekalan air bersih walaupun selepas 48 tahun pembentukan Malaysia. Situasi mereka menjadi semakin teruk ekoran ketiadaan hujan sejak dua minggu lalu.

"Anak-anak terpaksa mandi di lubang itu," kata Ayang Aceham, 53, (foto, tengah), sambil menuding ke arahnya di tepi jalan.


Ayang, yang mempunyai lapan orang cucu, menjelaskan bahawa air bertakung dalam parit itu - kira-kira 1.5m luas - apabila air sungai pasang dan membanjiri kampung itu.

Dalam musim kemarau, hanya lubang itu sahaja yang tinggal untuk kanak-kanak itu mandi. Beberapa orang daripada mereka mengangguk bila ditanyakan sama ada mereka mandi di lubang itu.

Ayang adalah antara penduduk yang tidak dapat lagi menyimpan apa yang terbuku di hati mereka, menjelang satu ceramah di kampung itu oleh ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim Ahad lalu.

Mereka terpaksa memandu selama sejam untuk sampai ke sebuah telaga yang terletak di sebuah estet untuk mendapatkan bekalan air bagi kegunaan harian.

"Kadang-kadang kami mandi dan membasuh di Sungai Saribas, jika tidak ada air," kata Ayang, merujuk kepada sebatang sungai di kampung.


30 tahun Taib Mahmud jadi Ketua Menteri, 30 tahun BN memerintah... inikah kemajuan yang di gembar gemburkan oleh BN...???

Harap orang2 Sarawak buka mata mereka sekali ini..., buat perubahan kerajaan negeri Sarawak, tolak bn tolak Taib Mahmud buat selamanya...!!!!

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP