IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Sembang Kedai Kopi

>> Friday, April 29, 2011

Seminggu lebih tak masuk ofis, hari ni gua kena turun padang..., macam2 hal beb kalau kucing tak masuk ofis... habis berterabur.. makan gaji buta gamaknya budak2 tuuuu..., memang kena hamput sekor persekor hari ni... tak boleh harap..., gua rasa bulan ni punya gaji gua nak hold dulu sampai 7hb depan.. suka tunggu tak suka boleh blah.. ramai lagi orang yang takda kerja dan mencari kerja.

Dalam tension gua turun ke Port Klang untuk kowtim beberapa permasalahan, setelah settle segala urusan gua pun turun ke port di mana boss2 forwarding agent melepak, lagipun dah lama gua tak melepak kat situ.., perghhh... macam2 cerita yang keluar beb, memang malaisia punya hal yang terbaeeeekkkk wa cakap luuu... bak kata TukarTiub... dari PM bawa ke Mufti... sekoq pun tak boleh di percayai... kah...kah...kah...


Kes Allahyarham Pegawai Kanan Kastam yang di dakwa oleh media dan sprm kononnya membunuh diri masih hot, terlatest yang gua dengar siang tadi..., 2 hari wisma kastam mogok tempohari akibat tragedi tersebut keraaa jaan malaisia kerugian hampir RM700 juta... hahaha.. padan muka dan banyak juga cerita2 sensitif yang di sampaikan di mana gua sendiri tak berani nak publish di sini dan namanya pun sembang kedai kopi kan... hehehe..

Cuma gua berharap pihak atau gang2 kastam mengotakan apa yang di kata, biar mampus keraaa jaan barisan nasional, sebenarnya banyak projek2 terlarang dan ketirisan yang berlaku melibatkan orang2 atasan ie VIP dan VVIP yang mengunakan title diorang untuk lari dari cukai... memang perlakuan diorang nih macam haramjadah.

Contoh seperti beberapa bulan yang lepas seorang Menteri dengan rombongannya ke China telah membawa masuk beberapa kontena "Sport Rims" kereta tanpa cukai yang di tandatangan oleh Menteri Kewangan Malaysia atas alasan untuk kegunaan Kerajaan Malaisia... logik atau tidak beb...??? Siapa punya projek nih... dan kemana kewangannya di salurkan...???

Perkara ini dah lama berleluasa dan masing2 dok cover-up, dan kerugian cukai yang di laporkan sebanyak RM108 billion ada banyak cerita yang berselirat di sebaliknya, lu orang paham2 jelah dengan kebijaksanaan keraaa jaan barisan nasional nih... sebab diorang kan pandai memerintah negara nih...

Pelbagai cerita yang keluar, gua cabar juga puak2 tu supaya tunjukkan dokumen2 kastam serta surat kelulusan sebagai bahan bukti... baru gua boleh percaya cerita sembang kedai kopi nih.... hahaha...

Walau pun nama blog gua ISA (IkutSukaAku)... hahaha... gua lebih rela tolong kerajaan negeri Selangor pasang banner atau signboard "Mansuhkan ISA" daripada makan tanggung berak cangkung dalam hotel ISA yang kejam tuuuuu.., harap lu orang paham maksud gua nih... hahaha...

Gua sekarang nih sedang membayangkan jika Pihak Kastam, Polis, Tentera dan semua Agensi Keraaa jaan berpaling tadah dari menyokong Keraaaa jaan Barisan Nasional nih.... lu orang agak2 apa akan berlaku... kah..kah...kah..., yang satu nih gua rasa dah kompom menyampah dengan perjalanan kes Allahyarham Pegawai Kastam yang meninggal dunia baru2 nih... kejadian tersebut telah membuka mata mereka... siapakah barisan nasional..??? dan baru diorang ada akai untuk pertimbangan samada nak menyokong atau tidak...???

Selagi berkuasa puak2 haramjadah tu akan buat apa saja demi menyelamatkan bontot masing2, hatta sanggup menjadi malaikat pencabut nyawa... gua juga berharap keluarga Allahyarham terus menuntut kebenaran atas kematian beliau... lawan tetap lawan seperti keluarga Teoh Beng Hock, jangan lepaskan perbuatan tersebut sewenangnya.

Yang amat mengecewakan.. dimanakah Perkasa dan hero2 tamil "Ketuanan Melayu" bagi membela kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbani Mohamed, apakah nyawa seorang "Melayu" tidak bernilai bagi puak2 tuuuu... jika begitu lebih baik duduk diam2 dan toksah gila melalak mempertahankan "Melayu" kononnya... hahaha...

Gua dah bagi banyak clue kat atas tu... pandai2 lah lu orang atau pihak pembangkang nak menyiasat dan belasah dalam Parlimen, biar semua rakyat tahu betapa jijiknya barisan nasional haramjadah nih....

Rakyat Malaysia perlu buat PERUBAHAN KERAJAAN...!!!!

3 IkutSukaLu...::

Anonymous,  Thursday, April 28, 2011 10:21:00 PM  

Pada warga kastam yg mogok itu hari, teman sarankan, carilah kerja yg lain. Letak jawatan ! PRU nanti, pilihlah kerajaan yg baru!.

Tak guna bekerja dgn org yg kita tak percaya lagi ! Demi maruah dan prinsip, tanggalkanlah uniform kastam saudara sekalian ! Serahkan pulak pd anak2 muda lain yg ramai dahagakan pekerjaan waktu ini!!

Semuga anda semua kelak, akan dikenang jasa & pengorbanan !!

Df Tech Thursday, April 28, 2011 10:30:00 PM  
This comment has been removed by the author.
mael Friday, April 29, 2011 9:21:00 AM  

bro isa tq bro,
blog lu bersih bro.. tahniahhh.. inilah yg dikatakan blogger sejati..

lantak la dengan video2 tu gua pun dah xkesah dah beb.. dah termaktub dalam perlembagaan.. hakhak..

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP