Nak Jadi Pramugari...???
>> Wednesday, April 27, 2011
19 April : LCCT - Sepang : Anak gua Alisya yang bercita-cita nak jadi Angkasawan/Doktor Haiwan bagitau dia bertukar cita-cita untuk jadi Pramugari pulak... setelah melihat Pramugari2 yang cun di Airport.
Gua jelaskan kat dia jadi pramugari kapalterbang tak best..., dia tetap mengatakannya memang best sebab dapat naik kapalterbang tiap hari, melawat negara orang dan pakaian cantik2... gua tak boleh kata apa2 sebab dia baru berusia 8 tahun. Tapi gua suruh dia perhatikan cara pramugari bekerja...
Sampai di Airport Coolangatta Goald Coast.. dia tetap mengatakan kerja pramugari best....??? Gua buat tak tau jer..., gua suruh dia perhatikan cara2 pramugari bekerja dan gua racun dengan penjelasan...
1) Hantar makanan pada penumpang (macam pelayan restoran)
2) Hantar air arak pada penumpang (orang islam tak boleh minum arak/bersubahat dengan arak)
3) Lepas hantar makanan dan air kena kutip sampah bekas makanan dan minuman (macam Alam Flora jer..)
4) Jadi jurujual dalam kapalterbang
5) Kena marah dengan penumpang
6) Kena cuci tandas dalam kapalterbang
26 April : LCCT - Sepang : Alisya bertukar fikiran lagi... dia kata tak naklah jadi Pramugari sebab dia tak suka, gua tanya kenapa... apa sebabnya...???
Katanya Pramugari kapalterbang kerjanya macam pelayan kedai makan jer...!!!
hehehehe....
(Nota: MAAF.... n3 ini tidak berniat menyinggung pekerjaan sesiapa, tetapi pilihlah pekerjaan terbaik yang halal di sisi Islam, harap maklum.)
5 IkutSukaLu...::
Mengapalah AA tak mahu tular pakaian pramugarinya kepada yang lebih sopan, ya? Pakai seluar rasanya lagi mudah bergerak...
pramugari ni kelas pelayan je senarnya. lebih teruk, nak macam waiter cum chamber maid cum toilet cleaner cum usher...
errr... nak serupa orang gaji dah nih... cuma tak jadik tukang masak, dan tukang cuci baju je...
cumanya gaji mahal sikit lah, pasal di atas awan, dan buat kerja untuk 4 orang punya kerja.
simple tapi sangat menarik bro....
senang sikit pak bleh naik kapal terbang free lepas ni.haha
gua terguris baca n3 ni..minggu ni dalam perjalanan dari malaysia ke india gua minat tengok satu pamugari..
he he he
Post a Comment