IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Kepada Hantu Mee Bandung Dan Beriani Gam.

>> Monday, April 18, 2011

Dalam entry kali nih.. gua tak nak cakap bab politik... pedulikan pasal polis dengan video seks dan jam omega, pedulikan pasal Taik Mahmud nak kena sergah dengan tangkapan, pedulikan najib dengan flomnya... hahaha... pedulikan semua tuuuu... jom gua ceritakan bab semalam... jom makan2...

Ahad - semalam, gua ingatkan boleh la berehat2 dengan keluarga, tapi tak boleh jugak beb... keadaan tak mengizinkan... paginya hadir seminar sampai tengahari, moderator bla.. bla... bla kat stage... gua jadi Pak Lah... siap berdengkur lagi tuuuu.... kah..kah...kah...

Selesai jer... ntah apa cerita dalam seminar tu wa puchitau..., waktu tengahari sanggup tak makan hidangan yang di sediakan, pasal nak berlaparkan perut. Dari KL gua speed ke Shah Alam sambil melayan perut gua menyanyi lagu keroncong untuk Altantuya... hahaha... terus balik rumah ambik pramugari dan anak dara gua ke Sungai Buloh pulak... pasal member dah jemput untuk makan di Restoran dia.

Member gua baru buka Restoran nih sebulan yang lalu... sekarang nih baru ingat nak panggil kawan2... masa launching dulu tak ingat kawan2... hehehe... dah puas kena kutuk kow..kow..kow... upside-down, semalam baru jemput kawan2 rapat cuba masakan kat Restoran dia...

Kat bawah nih... namecard dia, takpalah sebagai penghargaan dan ucapan tahniah pada penghijrahan beliau dalam bidang perniagaan, gua tolong promosikan Restoran dia dalam blog nih..., kepada lu orang semua yang hantu Beriani Gam Batu Pahat... bolehlah mencuba di sana... sedap cakap sedap.. kalau perlu penambah-baikkan lu orang sound direct jer... kat dia... member gua nih.. jenis terima kritikan punya...


Alamatnya No. 17, Jalan BRP1/6A, Bukit Rahman Putra Sungai Buloh, Seksyen U20, 40160 Shah Alam, Selangor. (Fuziawati Mohyiddin 010-331 4231).

Bagi yang tak biasa area Sg. Buloh... nak cari tempat tu senang jer..., landmarknya belakang The Store Sungai Buloh, kalau masuk ikut tepi Station Minyak Esso (arah ke Rahman Putra) lu orang pusing kiri ke arah The Store (jalan belakang) dan lihat sebelah kanan... mak nenek punya besar signboard terpampang... kalau tak nampak jugak... hehehe.. itu tandanya apa...???? sendiri mau ingat...!!!

Kepada hantu Mee Bandung, nak pekena Mee Bandung Muar... lu orang tak perlu penat2 drive ke Muar, sebijik macam kat Muar. Kakcik Seroja... hehehe... tak gheti2 lagi ke... peberet kakcik kan... boleh laaa.. try kat situ...

Semalam gua pekena Beriani Kambing beb... perghhhh.... bukan nak memuji pasal member dan bukan kerana perut yang di biarkan kebuluran sejak pagi, tapi kerana dia dan family memang berasal dari Parit Raja, Batu Pahat Johor... so... sendiri mau ingatlah... macam2 Beriani ada... ikut tekak dan selera lu orang lah....

Selamat mencuba dan menjamu selero.... perghhh... dah macam blog iklan pulak dah..., takpa member punya pasal... dia maju gua tumpang gembira... ikhlas dunia akhirat...

p/s: Minah nih takda kena mengena dengan Mat Sembab yeaaa... jangan keliru.. ejaan nama bapak dia pun tak sama tau.... kah..kah..kah.... 25%... hehehe...

18 IkutSukaLu...::

orang lama,  Monday, April 18, 2011 5:41:00 AM  

wow mee bandung!..ingat dulu kecik2 masa aku kat johor selain mee bandung kat majidi, mee rebus ali kat komtar jb, laksa johor..perkhh! antara menu selera aku kalau balik johor!

Kakcik Seroja Monday, April 18, 2011 7:04:00 AM  

kakcik ingat tadi pemiliknya ada kena mengena dengan Najwa Mahiaddin yang tengah meletup2 tu(iya ke? - tak pernah dengar pun lagunya...hehehe)...

Hmmm.. nanti2 bolehlah kakcik ajak suami 'cari' restoran tu. :)

MOH KEMBARA Monday, April 18, 2011 7:36:00 AM  

Salam Yob ISA, eleh...dapat makan freelah tu! Dulu akak pegi Muar, minta sorang cikgu carikan gerai/restoran jual mee rebus Muar, haram jumpa!

mahaza Monday, April 18, 2011 7:49:00 AM  

Dah cuba makanan arab kat Seksyen 20? Baru buka, sebelah ngan Brothers kat bangunan baru... ramai kata sodap... aku sendiri belum cuba.. rega pun berpatutan nak banding dgn kat Seksyen 9 (apa ke nama ntah dah lupa)

aween,  Monday, April 18, 2011 8:54:00 AM  

assalamualaikum brader,

kalau jumpa Bob lokman,minta tolong dia buat lagu keroncong untuk Alatantuya ke,keroncong utk Tuya ke,

dedicated utk Altantuya yang di bunuh kejam di Malaysia dari rakyat Malaysia yang berbudi pekerti.

smallgiant Monday, April 18, 2011 9:35:00 AM  

Salam,

Saya baru pekena kat Periok beriani Gam bersama family semalam.
Memang mantap beriani,anak pun suka.
Layanan tip top,mesra.

Semoga sukses hendaknya.....

Anonymous,  Monday, April 18, 2011 10:11:00 AM  
This comment has been removed by a blog administrator.
ISA Monday, April 18, 2011 12:23:00 PM  

Tanpa Nama 11.00am;

Lu mana punya spesies bro..??? Tak paham bahasa ke...???

Orang cerita bab makan2, lu cerita bab video seks..., lu sudah salah tajuk beb...

pi main jauh2...!!!!

ISA Monday, April 18, 2011 12:24:00 PM  

smallgiant;

Terima kasih bro... ajak gang pulak... hehehe...

ISA Monday, April 18, 2011 12:25:00 PM  

W/salam aween;

Bukan Altantuya jer... TBH, Adik Aminudin dan ramai lagi... hahaha...

ISA Monday, April 18, 2011 12:28:00 PM  

mahaza;

Arab sek. 20 belum try bro, Arab sek. 9 gua tak boleh masyuk... kembang tekak beb...

Nanti boleh try..

ISA Monday, April 18, 2011 12:29:00 PM  

Moh Kembara;

Free sudah tentu hehehe..., kawan Yong to tak guna GPRS mana nak jumpa.... hahaha...

ISA Monday, April 18, 2011 12:31:00 PM  

Kakcik;

Sebab tu ada note kat last entry, pasal nama tu ada iras2 kah..kah..kah... (dah agak dah...)

ISA Monday, April 18, 2011 12:33:00 PM  

orang lama;

gua kalau turun JB, mesti cari Murtabak Bdr Baru Uda, Mee Bandung Muar and tak lepas Beryani Gam Bt. Pahat...

Mee Rebus...??? Belum jumpa yang sesuai dan sodap lagi...

ISA Monday, April 18, 2011 12:35:00 PM  

Pencacai SeMalaysia;

Gua dah agak dah pasal tu... keh..keh..keh... tapi memang di sahkan oleh Sirim dan Jakim bukan dari gen Mat Sembab...

orang lama,  Monday, April 18, 2011 3:47:00 PM  

bro isa, dulu memang top mee rebus lan janggut kat town jb dari zaman sebelum merdeka lagi skg rasanya dorg dah pindah, mee rebus hj wahid kat stulang laut ok gak. Kalo mee rebus hj wahid kat shah alam seksyen 24, jalan apa ako dah tak ingat sbb lama tak ke sana. mee rebus johor nie beza dgn mee rebus utara dari segi warna dan rasa..lagi satu pisang goreng cicah sambal kicap puhh terangkat kalo makan masa musim hujan.

masa kawan keje kat sremban awal 90an dulu, ada gerai jual nasi briani ayam kat belakang the store baru s'ban...mmg power beb sampai org kl sanggup turun makan kat situ, skg nie tak tau ada lagi gerai tu.

ISA Monday, April 18, 2011 5:14:00 PM  

orang lama;

Kalau gua turun JB gua akan ingat tempat2 yang lu bagitau tu...

Mee Rebus Hj Wahid Sek. 24 Shah Alam...??? Kat mana bro..., ini kawasan gua bermain bro... hehehe... tak pernah nampak pun...

Lu biar benarrrrr...!!!

orang lama,  Tuesday, April 19, 2011 1:52:00 AM  

aku dah lupa kat jalan mana, lama tak merayap sampai sana..engko usyar tengok tanya org situ, member aku cakap kat persint 9,putrajya pun ada satu

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP