IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Santai Dan Berkongsi Cerita.

>> Friday, March 04, 2011

Salam... Kawan2..

Saya ingin berkongsi pengalaman, baru2 ini saya menziarahi seorang kawan yang kematian suaminya.kira2 sebulan lalu.Saya sangat kagum melihat kawan saya, dia seorang yang sangat tabah.. kembali semula bekerja (menjual nasi lemak & kueh) walaupun masih bersedih dengan dugaan yang berlaku.
 
Kawan saya adalah anak tunggal & yatim piatu jadi tiada tempat untuk mengadu, harapkan keluarga yang lain pun seperti tak ambil peduli.

Apa yang ingin saya kongsikan di sini.. saya ke rumahnya.. dan bila pintu dibuka anaknya yang berumur 5 tahun tidur di tepi pintu.. bila saya bertanya kenapa tidur tepi pintu, dia berkata 'adik tunggu ayah balik'. Sedih sangat saya mendengar...

 
Kawan saya berkata dia redha dengan apa yang berlaku. Sekarang dia hadapi masaalah bila anak2 nya 3 orang, 7 thn,5thn dan 1thn lebih .. masih merindui ayah mereka.

Yang sulung tu..ok la sikit.. tapi dah menjadi pendiam.. tak berapa nak bercakap dengan orang lain.. di sekolah pun sama, dia seperti takut untuk ke mana2 tanpa adik2 dan ibunya. Mungkin dia takut kehilangan lagi seperti kehilangan bapanya.

Bagi yang umur 5 tahun paling bermasalah.. sampaikan tidur malam di tepi pintu, masih menunggu kepulangan ayahnya. Tiap2 hari mesti menangis bila nak tidur.. katanya nak tidur dengan ayahnya... selalunya dia menangis sampai tertidur.

Yang bongsu tu.. selalu demam2.. dan merengek-rengek tapi alhamdullilah makin lama makin ok.

Sebagai seorang sahabat saya cuba nak meringankan kesedihan anak2nya .. tapi saya tak berapa tahu cara terbaik. Jika ada kawan2 ada cara untuk saya dapat tolong kawan saya boleh kongsikan bersama saya ..

Terima kasih
Eina

7 IkutSukaLu...::

Anonymous,  Friday, March 04, 2011 3:56:00 PM  

saya pernah jumpa kes2 mcm ni...kematian suami dan ayah pada anak2 nya...akhir nya...saya menjadi suami dan ayah mengganti kan yg telah tiada...tapi jgn lah kita lupa bukan semudah untuk mengambil alih tugas itu...

Anonymous,  Friday, March 04, 2011 4:22:00 PM  

suh mak dia ambil kain pelekat arwah suami dia selimutkan kat anak2...setiap kali tidur...

Waris,  Friday, March 04, 2011 7:42:00 PM  

Cadang gua ialah lu sendiri ambil alih tugas bapa kpd anak2 tu. Dlm masa yg sama kena juga ambil tugas suami kpd ibu anak tersebut. 2 in 1 bro... Besar pahala lu dapat. Itu pun kalau lu berani.

No pain no gain...

ISA Friday, March 04, 2011 8:13:00 PM  

Waris;

Dalam pertimbangan hehehe...

Waris,  Friday, March 04, 2011 10:56:00 PM  

Hati kena betul2 kering bro... gua dah rasa

sebomama Saturday, March 05, 2011 10:32:00 AM  

Ya Allah permudahkanlah segala urusan hambamu itu, sedih akak baca cerita ni budak2 manalah tau apa2...

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP