IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Polis Trafik Bombay... hahaha..!!!!

>> Wednesday, March 02, 2011

Semenjak isu Bayar Saman ni bermula... kotak email gua penuh dengan kisah Saman yang mengarut2 wa cakap lu..., ada satu kes tu... kereta kat Sabah kena saman kat Gombak dan nombor kereta tu WPC9930, dan ada juga kes2 yang mengarut gila babi... kena saman pasal naik kereta tak pakai topi keledar... kah..kah...kah...

Polis Trafik nih... main tenyeh jer.. ke.. nak cukupkan kuota saman setiap hari atau ada sindiket tipu nembor plate...., kat bawah nih keluhan yang baru jer.. masuk email gua.. lu orang layan jelah ceritanya di mana motosikal mamat nih melebihi had laju beb... Polis Trafik kat Bombay pun tak segila Polis Trafik Malaysia wa cakap luuuu...  

RAKYAT baru sahaja dikejutkan dengan pengumuman penuh gah dan bergaya Ketua Pengarah JPJ merangkap secara tidak rasmi jurucakap Ketua Polis dan Ketua Pengarah DBKL tentang kadar kompaun terbaru saman yang dikeluarkan kepada semua pemandu di Malaysia dan peraturan baharu yang berkuatkuasa 1 Mac.

Di sini saya sebagai salah seorang pemandu warganegara Malaysia dan pembayar cukai yang sah ingin mengemukakan satu contoh bagaimana rakus dan terdesaknya pihak berkuasa dalam kes saman-menyaman terhadap pengguna jalan raya. Saya juga turut menyokong penuh desakan jawatankuasa bertindak yang diketuai YB Datuk Mahfuz Omar untuk menghapuskan saman ekor.

Saya mempunyai sebuah motosikal berkuasa rendah yang kebanyakan dimiliki oleh rakyat,terutama warga kota. Motosikal saya itu hanya digunakan untuk ke sekitar kawasan kediaman saya di Taman Melati, Setapak dan ulang alik ke masjid berdekatan rumah. Yang menjadi kehairanan dan penuh ajaib apabila pada beberapa hari yang lalu, tatkala rakyat dikejutkan dengan berita 'rakyat diutamakan lagi..!!!'

Oleh itu, saya mengakses kemudahan internet di talian PDRM dan mendapati saman ekor telah dikenakan terhadap saya atas kesalahan melebihi had laju motosikal saya. Kesalahan direkodkan atas nama saya dan nombor pendaftaran motosikal milik saya dengan melebihi had laju berkompaun RM300.00 di Kuala Kangsar, Perak! Kejadian dicatatkan pada 21 Disember 2010.

Begitu ajaib pemanduan saya dengan hanya sebuah motosikal Yamaha melebihi had laju di atas sebatang lebuhraya yang beratus kilometer jaraknya dari tempat tinggal saya!

Di sini saya ingin menarik perhatian pembaca betapa terdesaknya pihak berkenaan apabila terus mengambil tindakan saman tanpa merujuk atau meneliti terlebih dahulu kes seumpama ini. Kemungkinan kes kereta curi dengan menggunakan nombor pendaftaran palsu bermaharajalela di mana-mana amat meyakinkan saya.

Inilah sebahagian contoh betapa rakusnya pihak berkuasa dalam melaksanakan undang-undang ciptaan manusia yang semakin menekan dan membebankan rakyat kebanyakan.

Mohd Haiza Hussin,
Taman Melati, Setapak.
Kalau kat atas tuuuu... cerita pasal motosikal melebihi had laju dan banyak kes yang melaporkan kena saman naik kereta tak pakai topi keledar... hahaha... tapi kalau macam kat bawah nih punya kes... tak nak ke... Pak2 Polis Trafik saman mamat nih... siap bukti bergambar lagi tuuuu...
 

Mana Pengarah Polis Trafik... mana Pengarah JPJ... makan gaji buta dan goyang teloq ke... atau memang takda teloq nak saman orang umnoapco yang terang dan jelas melakukan kesalahan... bodoh piang...!!!!

Sekarang ni.. tarikh bayar saman di lanjutkan hingga 10 March 2011 pulak, paham-paham jelah kuota collection masih belum cukup bhai.... nak sakau duit rakyat selagi mampu... kah..kah...kah....

8 IkutSukaLu...::

ultramah,  Wednesday, March 02, 2011 11:22:00 PM  

makin hari makin muak gua dgn bn ni..kerja nk peras duit rakyat aja..nasib je aku tk leh jadi ultraman..kalau tk..dh lama kene picit seko seko gerombolan org umngok ni...

ISA Wednesday, March 02, 2011 11:39:00 PM  

ultamah;

biasa la... dah lama jadi samseng malaysia... hahaha...

sekamar rindu Thursday, March 03, 2011 1:42:00 AM  

salam..

hahaha..jaga keselamatan tu...tuan..

:))

Anonymous,  Thursday, March 03, 2011 8:07:00 AM  

Kah..Kah..Kah.. tang gambaq tu cantikkk..

kiedentech Thursday, March 03, 2011 8:18:00 AM  

saman ekor meningkat, kemalangan jalan raya m,eningkat. kesimpulan - saman ekor meningkatkan kadar kemalangan, hapuskan saman ekor untuk kurangkan kemalangan jalan raya

Cucuopah,  Thursday, March 03, 2011 8:19:00 AM  

Inilah yg dinamakan kerajaan pundek 1mesia. Tak habis2 nak kenakan rakyat. Yg rakyat(sebahagian) pun satu hal, bengong melantun2 dok sokong kerajaan pundek ni. Mari kita ajar kerajaan pundek ini dgn kita mengundi PR di prk Merlimau dan Kerdau. Rakyat Merlimau dan Kerdau tentu saja boleh melakukannya. Pergi jahanam umno/bn.....

tukang kata,  Thursday, March 03, 2011 3:25:00 PM  

Cucuopah oi buleh ka rakyat malaysia ni bersatu hati nak menentang rejim BN ni....aku rasa 50 tahun lagi kita ni dok kena kecing + berak skali bertuah kalau rakyat berani bangkit kena sogok sikit dah goncang. bila bagitau yang dajai2 BN tu dok mentedarah duit kita... senang jer cipan2 bodo ni jawab "dah depa dok di tempat tu kita buleh buat apa" tu dia la mentaliti melayu... betui dak bro isa apa aku bagi tau ni

Raden Friday, March 04, 2011 3:26:00 PM  

apa la korang ni... x kan korang x tau... PDRM dh declare... K'jaan pon dah declare... hari berkempen/acara UMNO... suma undang2 jalanraya... bole masuk bakul sampah...

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP