IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Minta Cadangan....

>> Saturday, March 05, 2011

 Phi Phi Island, Krabi Thailand.

Gua bercadang pada bulan June nanti (cuti sekolah) nak bawa anak2 pergi bercuti, ianya sebagai balasan sebab diorang tak dapat ikut kami ke Australia bulan April ini... tapi kemana yaaa...

Pramugari mencadangkan pergi Haadyai 3 hari dan sambung ke Krabi 3 hari... sebab anak2 sukakan pulau dan pantai. Yang gua risaukan... Krabi tu sesuai atau tidak buat keluarga... jangan ada mat/minah saleh yang tak pakai bikini udah laaaa... mampuih gua nak berjawap pulak nanti...

Anak2 yang dewasa ada yang mencadangkan ke Sabah/Sarawak..

Sedangkan anak2 yang kecil asyik sebut Pulau Kapas dan Pulau Perhentian... yang diorang tau nak snorkeling jer...

Pening juga nak buat pilihan... ada sesiapa yang pernah bercuti di Krabi Island...??? Boleh berkongsi cerita dan pengalaman dengan gua.

Atau boleh jugak beri cadangan tempat percutian yang best..., gua kena siapkan perancangan awal dan tempahan dalam masa 3 bulan ni...

(Nota: kecuali Redang, Langkawi, Tioman, Pangkor dan Singapura - semua tempat ni dah sampai...)

20 IkutSukaLu...::

pue,  Saturday, March 05, 2011 3:51:00 PM  

miami atau hawaii xnak ke???kihkih

mhaneffs,  Saturday, March 05, 2011 4:57:00 PM  

Assalamualaikum Bro..

Datang laa Christchurch..nanti gua bawak bro pusing2 South island..kita pi Queenstown..Te Anau..Mount Cook..Lake tekapo..Dunedin..Abel Tasman..Akaroa..argghh..macam2 lagi laa..sambil2 tue..boleh layan world cup rugby 2011 kat sini (kalau bro minat rugby laa hehe..)..amacam..?bulan June nanti,baru nak start winter tue..klu minat nak main SKI..nanti gua bawak bro pi Ski Field dekat rumah gua jer..

Anonymous,  Saturday, March 05, 2011 5:10:00 PM  

hey all, I used to be simply checkin’ out this blog and I really admire the basis of the article, and have nothing to do, so if anybody would like to to have an engrossing convo about it, please contact me on AIM, my name is heather smith
My associate and I actually enjoyed reading this weblog publish, I was simply itching to know do you commerce featured posts? I am at all times looking for someone to make trades with and merely thought I would ask.
What i discover tough is to discover a blog that may seize me for a minute however your blog is different. Bravo.


online Cipro pharmacy

Hashim,  Saturday, March 05, 2011 5:23:00 PM  

Salam Wak

Wak bawak anak beranak ke India atau Bangla ..baru wak anak beranak tahu menghargai kehidupan di Malaysia.

Dr Twetnama Saturday, March 05, 2011 5:41:00 PM  

CADANGAN GUA.. LU KALU NAK CUTI.. BEK DUK UMAH JEW LEW BEB.. SIKALANG NIE EKONOMI TAK CUN.. BILE DUIT MESIA NAIK MENDADAK.. TANDENYE DIE AKAN TURUN DGN SANGAT2 MENDADAK.. BEK LU SIMPAN JEW DUIT LU TU BEB.. SEBAB KALU PR DAPAT TAWAN PUTRAJAYE.. DUIT MESIA AKAN JATUH DGN TERUK NANTI.. SUBULUM NAIK DGN PERLAHAN SEBAB UMNO APCO DAH LICINKAN DAH SIKALANG NIE BEB.. LU KENE PAHEM TU BEB.. NASIHAT GUA JEW.. LANTAK LU LEW NAK IKUT KEW IDAK KAHKAHKAH

Anonymous,  Saturday, March 05, 2011 7:37:00 PM  

snorkling kat semporna best gak



jamil

orang lama,  Saturday, March 05, 2011 9:20:00 PM  

Pulau Bentan di Riau pernah pergi?...di sana tempat asal usul pusat pemerintahan kerajaan melayu seluruh nusantara seblm wujud sgpore,msia,indon. Banyak tempat menarik di sana sewa chalet,bot murah, masakan melayu boleh tahan sedap,pantai bersih. amik flight mudah ke sana http://www.riau-airlines.com/

ISA Sunday, March 06, 2011 12:31:00 AM  

pue:

cadangan lu terus kena reject.. hahaha..

ISA Sunday, March 06, 2011 12:33:00 AM  

mhaneffs;

Wahhh... New Zealand beb.. out of plan... April ni gua di Australia dulu.

Mungkin tahun depan boleh plan New Zealand pulak..

Terima kasih atas kesudian lu... nampaknya gua dah ada port jika ke sana... hahaha...

ISA Sunday, March 06, 2011 12:35:00 AM  

Hashim;

Tak payah pergi pun gua dah tau... kalau nak hargai kehidupan dalam negara pun kena ikut kemajuan negara itu juga... barulah sesuai di jadikan ukuran...

Apasal lu tak bandingkan Vietnam atau Laos jer... hahaha...

ISA Sunday, March 06, 2011 12:37:00 AM  

Abbs;

Lu memang takda sifat kekeluargaan langsung, duit bukan boleh bawak masuk kubur.

Baik bahagiakan anak bini beb... daripada bahagiakan kantong kerajaan korupsi nih...

ISA Sunday, March 06, 2011 12:38:00 AM  

Jamil;

Satu ide yang bagus... boleh bawak masuk mesyuarat kabinet keluarga nih...

Thank you bro...

Waris,  Sunday, March 06, 2011 12:40:00 AM  

Bro Isa,

gua cadangkan lu pegi lombok indonesia. Tak payak melancung kat malaysia... hotel mahal nak mampos.

ISA Sunday, March 06, 2011 12:41:00 AM  

orang lama;

Cadangan yang baik bro, boleh di usulkan dalam kabinet keluarga.

Pulau Bentan pernah belajar dalam subjek sejarah dulu, tapi tak tau pulak kewujudan pusat pelancongannya.

Apa pun terima kasih bebanyak bro... siap ada url airlines lagi...

Wa caya sama lu... tq.

ISA Sunday, March 06, 2011 12:42:00 AM  

Waris;

Lombok...??? hahaha...

Nanti ahli keluarga yang lelaki jer.. balik..

Yang perempuannya kena tahan kat sana... bahaya beb... hahaha...

gen3,  Sunday, March 06, 2011 9:13:00 AM  

gi lang tengah bro
dekat redang jgk
tapi tak ramai org
mmg sesuai utk snorkeling
coral depan resort jer
sure anak lu suka punya
letih ler lu nak panggil naik darat

semporna pun cun tapi lebih kepada scuba
laut agak dalam berbanding lang tengah..

wira merah Sunday, March 06, 2011 3:24:00 PM  

Saya pernah pergi Pulau Perhentian dan Phi Phi Island. Bagi saya Pulau Perhentian lagi cantik. Tentang yang tak pakai bikini tu kat Pulau Perhentian pun ada, itu orang cerita saya tak pernah pula jumpa. Kalau pergi Phuket pergi ke Fantasea kat kawasan Melayu Kerala Beach, persembahannya memang hebat untuk kanak-kanak. Jangan pergi Bangla Road malam-malam dah, kesian tengok betina Siam jadi barang mainan Mat Salleh.

ISA Sunday, March 06, 2011 9:53:00 PM  

gen3;

Info yang bagus bro... thx for sharing...

ISA Sunday, March 06, 2011 9:54:00 PM  

wira merah;

terima kasih bro... info yg bagus juga. Hargai penerangan detail lu itu...

Akan di bawa ke kabinet keluarga... tq bro..

mr edz Monday, March 07, 2011 10:04:00 AM  

aku cadangkan kau pegi rumah najib.. mana tau dapat projek beli helikopter

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP