Jangan Jadi Bangang Macam...????
>> Thursday, March 03, 2011
Ingatkah dulu musim pilihanraya wajah anda ada di mana-mana, tidak segan silu bersua dan berpeluk mesra walaupun ada yang memaling muka
Anda berjanji itu dan ini merendahkan diri ke perut bumi, kalau boleh rumah sendiri pun hendak diberi konon berjuang kerana Illahi
Kini bila jawatan sudah digenggam anda mula berubah ragam, hendak berjumpa tiada masa pagar rumah berkunci sentiasa
Sibuknya anda mengalahkan lipas melayan karenah situkang kipas, pengundi hanya berupaya menarik nafas hendak menyesal perkara dah lepas
Bukan main lagi anda mengada-ngada, sampai sudah besar kepala hanya kerana seorang dua yang di sisi anda bermuka-muka
Jangan nanti anda tangisi bila semuanya tak berguna lagi, masa gemilang anda tak mungkin kembali bila pengundi dah mula benci....
(Yang kat atas tu puisi ke..., pantun berkerat2 ke... atau apa2 jelah... gua rembat dari blog Kakcik Seroja tanpa izin beliau... nanti2 gua belanjalah Mee Bandung Tesco Ampang semangkuk dua... hahaha...)
Kat bawah ni pula apa bezanya dua gambar tersebut.... kah..kah...kah...
Banyak sangat makhluk bangang dalam gambar kat atas... hahaha...
cuba teka siapa paling bangang sekali...????
Ada persamaan tak gambar atas dengan gambar ini... hahaha....
4 IkutSukaLu...::
Rembat je.. kakcik tak kisah. Harap2 maksudnya sampai kepada Yang Berkenaan. :)
Kah kah gua ingat gambar badak berendam lagi bagus letak kat belakang la
haha tergelak aku tgk gmbr kempen tu..orang lain semua naik motor, dio sorang je berlari..bajet pertandingan maraton ke apa...haha
tu dia hamba umno yg belaritu,hah,hah tuah2 dpt kantau kot bodo tak habis2 nasib baik tak waa punya nenek,inilah menteliti sang melayuuuugok pekosa..
Post a Comment