IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Malaikat Izrael Dah Mengintai YB ini...???? kah..kah..kah...

>> Friday, February 18, 2011



Belum pun habis BN meraikan kemenangan di PRK Labis.
Belum pun sampai sebulan Adun Tenang, Azhar Ibrahim berkhidmat sebagai Adun.
Belum pun hilang warna merah tanah kubur Datuk Sulaiman Taha.
Adun Tenang yang baru, Mohd Azhar Ibrahim dilaporkan telah diserang sakit jantung.
Khabarnya sudah 4 hari beliau dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

Mohd Azhar Ibrahim 39 tahun merupakan seorang bekas ADO telah meletak jawatan lebih awal dari perkhidmatannya kerana menjadi calon BN pada PRK Tenang yang lalu. Oleh kerana itu dipercayai beliau berkemungkinan tidak dapat wang pencen dari jawatannya itu. Ini kerana sebagai kakitangan perkhidmatan awam, dia perlu bekerja selama 10 tahun bagi melayakkan dia menerima pencen.

Tidak mengapalah, sebab beliau pun sudah menang sebagai Adun Tenang. Tapi syarat sebagai wakil rakyat (Ahli Parlimen/Adun), beliau perlu menjadi wakil rakyat selama 2 penggal berturut-turut bagi membolehkan dia menerima pencen. Bagi wakil rakyat yang berkhidmat hanya sepenggal, dia tidak layak menerima pencen.

Jadi sama-samalah kita berdoa supaya Mohd Azhar Ibrahim ini kembali sihat dan dapat berkhidmat kepada masyarakat Labis. Kasihan juga kepada keluarganya. Andai apa-apa berlaku kepada Tok Ai, maka tiadalah pencen terbitan untuk mereka.

Penat PRK Tenang tidak hilang lagi, rasanya tak sanggup untuk PRK kali ke-2 di Tenang dalam satu penggal!!!!

Sumber : PulakDah.....

p/s: teringat gua masa kecik2 dulu,  habis jer.. mengaji Quran... Ustaz suruh nasyid dulu... lagu yang top masa awal 80an dulu... hahahahaaaa.... lagu kat atas tu ler....

"Bila Izrail datang memanggil... tubuh terbujur di pembaringan... jeng..jeng..jeng..."
"Seluruh tubuh akan menggigil... bla..bla..bla...."

Kalaulah Ro$mah Man$or anak beranak dan sekalian Pemimpin umnoapco/bn karaoke lagu ni... mau aman 1Malaysia... kah..kah...kah...

Nota: LAGU INI PERNAH DIHARAMKAN OLEH RTM PADA SUATU KETIKA DAHULU KERANA KONONYA LAGU INI MENYERAMKAN DAN MENEGAKKAN BULU ROMA PENDENGAR (TERUTAMA NYA AHLI POLITIK "HAPRAK" ). SEBENARNYA BULU KETIAK DEPA YANG TEGAK !!!

6 IkutSukaLu...::

otaklunyai Friday, February 18, 2011 9:38:00 AM  

Qadha Allah S.W.T dah sampai... Bertaubatlah cepat2. tu kira untung tak disentap sekali rap... bertaubatlah, supaya tidak mati ketika bersekongkol dengan kumpulan yg sesat lagi menyesatkan ummah tu ...

lah Friday, February 18, 2011 9:42:00 AM  

Tazkiran tabii dr Malaikat tu..Bartaubatlah akan semua dosa kepada Allah swt dan kepada manusia lain jika ada..sebelum terlambat..
Astagfirullah..

JAKA,  Friday, February 18, 2011 9:57:00 AM  

Datuk Ai ni hamba tidak kisah sgt.

Yang penting Datuk Seri AI (Anwar Ibrahim) hamba doakan berjaya menghancurkan fitnah terhadap beliau, sihat walafiat dan meneraju negara sikit masa lagi.

Ammiiiiiiiiiiinnn

lobai joram pergai..,  Friday, February 18, 2011 12:47:00 PM  

Doakan dia sihat kembali..Kesian kt anak2 dan Isteri dia..
Kita masih ada perasaan kasih pd sesama seKalimah wlw berlainan anutan politik..
DSAI tuh dh level x tercapai dek sesiapa dugaannya dlm sejarah politik moden..
Ramai org mendoakan DSAI..

win win malaysians,  Saturday, February 19, 2011 1:01:00 PM  

dulu waa dah cakap jgn jadi calon susah rakyat nanti naik hospital turun hospital buat susah org,dahlah badan mcm guni beras,kan kah penat tu nak berulang alik,itu waa pesan sama pakatan nak cari wakil carilah yg bersih segalanya,ni kan naiya org,bodo barang siapa tak ikut prinsip proaktif,kalau ikut idea mat sembab inilah jadinya,kan aku adah bilang cara dia cara lama...cara sesak nafas...nak mampusss,sekali waa pesan pakatan bepositif jgn cuak,langgar terussss amin..

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP