IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Jangan Di Layan Orang Tua Tuuuu...!!!!

>> Wednesday, February 23, 2011


Aahhh... banyak sangat tuduhan terhadap mamak kutty nih... mampuih pi kat dia laaaa... rumah dah kata pi.... kuboq dah kata lai laaaa.... lai laaaaa... tapi masih tak sedar diri..., nak bercakap pasal Islam.... tapi anak sendiri pemegang saham terbesar dalam syarikat arak di Filiphina pun dia tak terlarang...

Makhluk yang bernama mahathir nih.... sememangnya dah nyanyuk... so bolayan jelah dengan orang tua nyanyuk nih..., sambil2 tu... selusuri angkara kedurjanaan yang dia dah buat selama 22 tahun jadi PM...

1. Menyekat penyiasatan atau pendakwaan ke atas kroni-kroni kanan BN seperti kes:
  • Pemberian saham oleh Rafidah Aziz, ketika itu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri kepada menantunya yang telah disiapkan kertas pertuduhan oleh Peguam Negara, tetapi tidak didakwa kerana ditutup failnya oleh Peguam Negara kononnya kekurangan bukti.

  • Penyiasatan ke atas bekas Ketua Menteri Melaka, Abdul Rahim Tamby Chik tentang penglibatan beliau dalam kes rogol pelajar bawah umur dan pengamal rasuah yang tersohor.

  • Sekatan ke atas siasatan BPR dalam kes rasuah bekas Gabenor Bank Negara, Ali Abul Hassan Sulaiman yang didedahkan secara bersumpah oleh bekas Pengarah BPR, Datuk Shafie Yahya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.


  • 2. Kegagalan dan melambatkan proses penyiasatan ke atas kroni-kroni BN
  • Penyiasatan lanjut ke atas kes Perwaja dan Eric Chia (kerana perbicaaan dilakukan secara olok-olok yang akhirnya Eric Chia dibebaskan dan sudah pun meninggal dunia). Kes Eric Chia kini diulang tayang semula dengan pendakwaan ke atas bekas Menteri Pengangkutan, Ling Liong Sik dituduh terlibat menipu kerajaan dalam skandal PKFZ yang mana dijangkakan Ling juga akan turut dibebaskan seperti mendiang Eric Chia.

  • Penyiasatan kes BMF dan kes pembunuhan saksi utama dalam skandal BMF.

  • Penyiasatan kes pelaburan Tabung Haji bernilai RM200 juta yang diluluskan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Hamid Othman.

  • Kes penyelewengan saham MAIKA Holding oleh bekas Menteri Kerja Raya dan bekas Presiden MIC S Samy Vellu.

  • Penyiasatan kes bekas Menteri Pembangunan Masyarakat dan Perpaduan Negara, Dr Siti Zaharah Sulaiman yang menyeludup kereta mewah Mercedes Benz S320.

  • Penyiasatan kes membaik pulih rumah Menteri Besar Selangor dengan kos RM5 juta Khir Toyo dan lain-lain kegiatan rasuahnya yang telah dilaporkan secara detail kepada SPRM. Khir kini menghadapi satu kes daripada berpuluh kes yang dilaporkan. Khir hanya didakwa memiliki tanah dan rumah mewah bernilai jutaan ringgit sahaja. Itu pun dijangka akan dibebaskan juga kerana ia merupakan lakonan Najib mahukan rakyat tahu bahawa yang beliau anti kepada pemimpin yang rasuah. Persepsi rakyat: Mahkamah adalah sebuah institusi ‘pembersihan’ bagi para pemimpin UMNO yang dituduh kurop, kemudian dibebaskan oleh mahkamah dengan alasan yang lapok yang rakyat bosan mendengarnya. Mahkamah Malaysia bukan institusi menegak kebenaran dan keadilan.


  • 3. Menyelewengan dana-dana awam untuk membantu kroni BN
  • Merompak wang royalti minyak Terengganu dan ditukar menjadi wang ehsan untuk kegunaan politik UMNO ketika PAS memerintah Terangganu dari tahun 1999 hingga 2004.

  • Mengagihkan projek lebuh raya Utara Selatan kepada syarikat milik Umno, UEM bagi tujuan membiayai pembinaan Ibu Pejabat UMNO, PWTC.

  • Memaksa Kumpulan Wang Simpanan Guru-guru (KWSG) menyelamat (bail out) 50.6 peratus saham MAS milik Naluri Sdn Bhd dengan harga RM8 sesaham ketika harga semasanya RM3.60 sesaham.

  • Pengambilalihan semula MAS oleh kerajaan daripada Tajuddin Ramli yang bernilai RM1.8b.

  • Pengambilalihan syarikat UMNO, Renong dan UEM oleh kerjaan melalui Dana Harta.

  • Pelaburan Tabung Haji melalui TH Technologies Sdn Bhd dalam projek ERL dengan penguasaan 80 peratus saham yang menguntungkan kroni Perdana Menteri yang menjadi rakan kongsi YTL Corporation.

  • Penyuntikan modal RM750 juta kepada BBMB, sebuah bank milik kerajaan sebelum diambil alih oleh bank milik Umno, Bank of Commerce dan membentuk Bank Bumiputera Commerce (BCB).

  • Pembelian saham Technology Resource Industries (TRI) oleh Dana Harta .

  • Pengambilalihan Celcom, anak syarikat TRI oleh Telekom.

  • Memaksa KWSP membiayai projek LRT Putra serta menyelamatkan L&G dan PLUS.

  • Memaksa Petronas membeli saham Proton.

  • Memaksa Petronas mengambil alih Litar Sepang.

  • Memaksa Dana Harta menanggung hutang lapuk berjumlah RM39.326b milik BBMB, Sime Bank dan 66 institusi kewangan yang lain.

  • Memiliknegarakan IWK setelah ia mengalami kerugian.

  • Pemilikan 200 syarikat oleh Mirzan Mahathir.

  • Kes anak Ling Liong Sik memiliki harta RM1b ketika berusia 28 tahun.

  • Penglibatan keluarga Daim Zainuddin dalam pelbagai jenis perniagaan, dan

  • Penglibatan adik dan anak Abdullah Ahmad Badawi dalam perniagaan.


  • 4. Menyalahgunakan akta-akta draconian seperti ISA, OSA dan Akta Cetak dan Mesin Cetak bagi tujuan kepentingan politik UMNO:
  • Kes ISA seperti Operasi Lalang (1987), Operasi Kenari (1989), al-Arqam (1994), Reformasi (1998), al-Maunah (2000) dan KMM (2001).

  • Kes OSA seperti kes Mohd Ezam Mohd Noor (2002).

  • Kes Akta Cetak dan Mesin Cetak seperti kes Lim Guang Eng (1999).


  • 5. Menyekat kebebasan badan penguatkuasa
  • Campur tangan terhadap tugas-tugas polis

  • Mengganggu penyiasatan BPR

  • Menghalang pendakwaan oleh Peguam Negara, dan

  • Mencampuri tugasan SPR dalam urusan pilihan raya.


  • 6. Mengagihkan tender-tender secara runding terus kepada kroni yang tidak berkelayakan sehingga menyebabkan kes-kes seperti:
  • Keruntuhan makmal computer;

  • Kegagalan menyiapkan 2,192 makmal komputer dalam fasa pertama;

  • Terbengkalainya projek perumahan polis di Batu Pahat;

  • Keretakan PULAREK; dan

  • Penyelewengan pembekalan alat-alat saintifik ke Kolej Matrikulasi.


  • 7. Mempengaruhi integriti dan kebebasan kehakiman
  • Kes Anwar Ibrahim (kes liwat 1)

  • Kes fiasco Tun Salleh Abbas;

  • Percutian Ketua Hakim Negara, Mohd Eusoff Chin bersama VK Lingam.

  • Kes tape Lingam, Suruhanjaya Diraja yang terlibat menyiasata kes ini mencadangan beliau bersama 5 orang lagi disiasat lanjut. Nazri Aziz kata tiada kes, maka kes ditutup.

  • Campur tangan seorang hakim kanan dalam pengendalian kes pengundi hantu DUN Likas.

  • Pendedahan oleh Datuk Syed Aidid, bekas Hakim Mahkamah Tinggi tentang 112 kes rasuah hakim-hakim.

  • Penghapusan bukti dalam kes seks DP Vijandran.

  • Perlantikan Mohtar Abdullah sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan setelah beliau terlibat membebaskan Rahim Tamby Chik, Tan Sri Muhammad Mohd Taib, Rafidah Aziz dan sebagainya ketika menjadi Peguam Negara, dan

  • Perlantikan Ariffin Jaka dan Agustin Paul (sudah meninggal dunia kerana mengidap barah) sebagai Hakim Mahkamah Agung.


  • 8. Kerugian dan penyelewengan dana-dana awam
  • Penyelewengan RM 40 juta wang PPRT;

  • Kerugian pelaburan Tabung Haji;

  • Kerugian RM15b Bank Negara;

  • Kerugian RM40 juta AIM;

  • Kerugian LRT Putra dan LRT Star; dan

  • Kemerosotan keuntungan KWSP hampir RM600 juta pada 2000.


  • 9. Menghina dan menyekat Islam
  • Merancang membuang nama Islam daripada pertubuhan Islam;

  • Mengucapkan penghinaan ke atas sunnah-sunnah Nabi;

  • Mengucapkan penghinaan ke atas hukum-hukum Tuhan;

  • Membiarkan penulis-penulis menghina hukum Allah, Islam, nabi dan ulama;

  • Menyekat dan memperkecilkan sekolah agama rakyat; dan

  • Memecat Mufti Selangor kerana mempertahankan tiga orang ratu cantik.


  • 10. Menghapuskan hak istimewa Melayu dan Bumiputera
  • Menutup dua MRSM di Terengganu;

  • Menutup sekolah agama rakyat; dan

  • Menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar subjek Matematik dan Sains di sekolah.


  • Atas beberapa keadaan inilah maka saya berpandangan bahawa:
  • Dr Mahathir Mohamad sepanjang menjadi Perdana Menteri telah melakukan pelbagai jenayah atau melindungi kegiatan jenayah dengan menyalahgunakan kuasa beliau sebagai Perdana Menteri;

  • Dr Mahathir Mohamad telah menyalahgunakan dana-dana awam untuk membantu kroni-kroni, kaum keluarga dan kepentingan-kepentingan BN;

  • Dr Mahatir Mohamad juga telah melakukan pelbagai penyelewengan dalam pentadbiran kerajaan termasuk membiarkan berlakunya rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya;

  • Dr Mahathir Mohamad juga telah menggunakan kuasanya untuk mencampuri urusan badan-badan penguatkuasa dan menghalang kebebasan kehakiman; dan

  • Dr Mahathir Mohamad telah melakukan pencabulan ke atas hak asasi rakyat, mencabul kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan mencabul hak istimewa orang-orang Melayu dan Bumiputera.


  • Oleh yang demikian, Dr.Mahathir perlu disiasat bagi menentukan sejauh mana keterlibatan beliau dalam pelbagai jenayah, penyelewengan dan salah guna kuasa sepanjang 22 tahun memerintah negara ini. Pihak polis yang kena belasah oleh Dr Mahathir sekarang perlu membuat penyiasatan menyeluruh tentang kegiatan jenayah yang sebutkan di atas.

    “NYAHKAN UMNO,RAKYAT PASTI SEJAHTERA”

    5 IkutSukaLu...::

    kah kah kah...MAMAK ni banyak menyumbang kebencian wa...kah kah kah,  Wednesday, February 23, 2011 7:44:00 PM  

    hoii...ISA cilakak ko ni...kah kah kah

    panjang padat info yang ko bagi pasal MADEY MAMAK ni...kah kah kah

    aku cadangkan dekat PRU13 ni sebarkan salah laku MADEY MAMAK KIMAK ni...kah kah kah

    sebab dialah yang MEMPROMOSIKAN RASUAH MELALUI PERSWASTAAN...kah kah kah

    dialah PENGASAS kepada keruntuhan PERLEMBAGAAN NEGARA bila HAKIM BOLEH DIBELI, bila RAJA-RAJA dicemuh sewaktu PERHIMPUNAN SARKIS UMNO PWTC...kah kah kah

    Raden Wednesday, February 23, 2011 8:27:00 PM  

    alaaa... org x kisah punya... sbb apa... sbb TDM la... m'sia ada KLCC KLIA... hahahahahahaha... bukan aku yg ckp... ramai pemuja dia yg ckp tauuuu... hahahahahaha

    Anonymous,  Wednesday, February 23, 2011 9:01:00 PM  

    kalau aku di pjg umur oleh ALLAH SWT,teringin sgt aku nak tengok org tua ni mampus,macam mana keadaan jasat org tua ni,yg byk membuat onar yg tidak baik pada agama islam dan rakyat msia..

    Anonymous,  Wednesday, February 23, 2011 10:13:00 PM  

    wah!!! itu mcm memang dia amat amat amat zalim. Kekadang Allah kasi peluang orang mcm ni hidup lama supaya dpt bertaubat, tapi makin lama aku tengok makin merapu, nyanyuk agaknya.

    The Observer Friday, February 25, 2011 4:59:00 PM  

    mohon rembat utk d gunakn d masa hadapan.

    Post a Comment

    Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

    1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

    2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

    Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

    Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

    You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

    Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


    “…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
    Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
    …”; al-Maa’idah:51

    Pelawat Terkini

      © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
       

    Back to TOP