Orang Islam Dalam Bahaya...??? Kata umnoapco... hahahaha....
>> Sunday, January 09, 2011
Pada malam krismas baru-baru ini, Tuan Guru Nik Aziz telah dijemput bagi menghadiri satu 'parti' di Istana Terengganu di Kuala Lumpur. Ianya ialah satu pertemuan yang dianjurkan oleh bekas Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi.
Semasa TG Nik Aziz di hospital di Kelantan dan dilawati oleh Tun Abdullah Badawi, Tok guru telah diberitahu bahawa Agong hendak bertemunya pada malam krismas.
Maka pergilah TG Nik Aziz ke Istana Terengganu di Kuala Lumpur. Apa yang TG Nik Aziz tidak tahu ialah yang Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri juga akan berada di situ. Jadi TG Nik Aziz merasa kurang senang kerana tidak dimaklumkan hal ini. Beliau rasa ditipu kerana dimaklumkan pertemuan malam itu adalah di antara beliau dan Agong.
Apa tujuan pertemuan tersebut?. Tujuannya adalah supaya Agong bertindak sebagai orang tengah bagi menyatukan PAS dan UMNO. Antara hujah yang dibangkitkan ialah Orang Islam dalam bahaya, orang islam sedang menghadapi musuh. Dan orang Islam perlu bersatu. Pas dan UMNO perlu bersatu demi orang Islam.
Tetapi..
Siapa dia musuh orang Islam?
Siapakah yang dimaksudkan membahayakan orang Islam?
Sudah tentu maksud UMNO adalah orang bukan Islam. Sebab itu UMNO mengajak Pas bersatu demi kepentingan orang Islam. Adakah UMNO menganggap orang Cina, India, Kadazan, Dusun, Dayak dan seterusnya semua suku kaum yang bukan beragama Islam itu ialah musuh?.
Adakah ini maksud UMNO???
Selagi bukan Melayu selagi bukan Islam adalah musuh kepada orang Melayu dan Islam. Ini bercanggah dengan dasar 1Malaysia. Dasar 1Malaysia ialah untuk menyatukan semua rakyat Malaysia. Tidak kira kaum atau agama. Tetapi tindakan baru-baru ini untuk mendesak Pas bersatu dengan UMNO untuk menghadapi musuh Islam bercanggah dengan dasar 1Malaysia. Bermakna UMNO tidak ikhlas.
Adakah UMNO tidak ikhlas untuk mengajak PAS bersatu?. Atau UMNO tidak ikhlas dalam menjalankan dasar 1Malaysia?. Saya rasa UMNO tidak ikhlas pada kedua-duanya. UMNO sebenarnya bukan hendak sangat bersatu dengan PAS, tapi UMNO tahu jika mereka tidak bersatu dengan PAS maka dalam pilihanraya akan datang UMNO akan menghadapi kesukaran.
Demi untuk memenangi pilihanraya, maka UMNO perlu bersatu dengan Pas. Bukan kerana Islam, bukan kerana bangsa, bukan kerana agama. Tetapi demi kuasa politik, itu yang sebenarnya.
Dasar 1Malaysia adalah karut!!!
Kerana dasar 1Malaysia jika dijalankan dengan ikhlas maka tidak akan timbul isu kaum atau isu agama. Maka semua kaum dan semua agama (mempunyai hak) sama rata. Maka orang Islam dan bukan Islam, orang Melayu dan bukan Melayu kesemuanya satu taraf, tidak ada perbezaan diantara satu sama lain.
Tok Guru Nik Aziz telah menjawab desakan atau jemputan untuk bersatu bersama UMNO dengan satu ceramah berkenaan perkataan 'Allah'. Mengikut cerita.., Agong tidak senang dengan lecture atau kuliah yang diberikan oleh TG Nik Aziz. Maka sekerat jalan Agong telah berundur dan meninggalkan majlis. TG Nik Aziz juga mengambil kesempatan apabila Yang Mulia Dipertuan Agong keluar, beliau memberikan alasan beliau tidak sihat dan meninggalkan majlis.
Gagal sekali lagi!!!!
Satu usaha untuk UMNO menjemput Pas bersatu. Pas tolak bulat-bulat. Pas tiada niat untuk bersatu dengan UMNO. Pas berminat untuk bersatu dengan PKR dan DAP dalam gabungan Pakatan Rakyat. Itu adalah hasrat Pas dan hasrat TG Nik Aziz. Dan UMNO tidak akan berhenti di sini.
UMNO akan mencuba sekali lagi untuk menjemput, mendesak dan merayu Pas untuk bersatu. UMNO bagaikan orang gila talak. Sudah bercerai tetapi tidak dapat menerima hakikat telah bercerai. Masih terbayang-bayang dan termimpi-mimpi untuk kahwin semula dengan PAS yang telah lama meninggalkan UMNO.
Sumber... hasil rembatan gua dengan cemerlangnya dari Pulakdah....
Persoalannya.... benarkah PAS (sebuah parti) tidak mahu bergabung dengan umno, atau PAS (di wakili oleh Pemimpin Atasannya yang tidak mahu bergabung dengan umno), atau mungkin benarkah seperti sok sek sok sek.... masih ada lagi angin perpaduang.... kah...kah...kah..... itu lu orang kena tanya Kepala Mafia...
1 IkutSukaLu...::
Pedulikan pertemuan KRISMAS, pedulikan apa agenda MEREKA sehingga yang benar, benar-benar berlaku.
Blogger umnoAPCO sedikit pun tak KERIAU pasal pertemuan sulit ni. KENAPA blogger pro pembangkang BERIA-IA benar memutar episod ni?
KUASA adalah ditangan RAKYAT bukan ditangan mereka. Kita cukup hebat dan faham apa demokrasi. Jika perkara ini betul-betul menyusahkan RAKYAT mari kita ajar MEREKA dengan merosakkan undian dipilihanraya akan datang.
Tidak ada gunanya jika kita HEBOH tentang KUASA RAKYAT tetapi tidak menghayati maksudnya.
Post a Comment