Berapa Ribu Gaji Ro$mah Man$or Sebulan...????
>> Saturday, January 22, 2011
Rais Yatim merupakan seorang Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan yang memang efektif apabila dengan pantas dan bingkas memberi penerangan dengan jelas tanpa bersuluh berhubung isu kiritikan lawatan rasmi isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor ke luar Negara.
Rais Yatim berkata lawatan isteri Perdana Menteri itu ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh baru-baru ini dibenarkan mengikut Peraturan Etika Anggota Pentadbiran 1988/1999 yang diputuskan oleh Kabinet.
Mengikut Perkara 1180A di bawah peraturan itu, seseorang isteri anggota pentabiran dibenarkan untuk mewakili seseorang suami atau membuat lawatan ke luar negara atas urusan rasmi berkaitan sesuatu aspek atau perkara asalkan tidak bercanggah dengan kerja rasmi dan urusan kementerian atau menteri berkenaan.
Menyentuh mengenai lawatan ke Oman atas jemputan kerajaan negara itu, Rais berkata Rosmah hanya menjalankan tugas sebagai seorang wanita yang prihatin terhadap pendidikan anak-anak, orang kurang upaya, aspek pendidikan dan hubungan antara wanita yang sememangnya digalakkan.
"Beliau (Rosmah) harus memainkan peranan untuk membantu negara dan Perdana Menteri (Najib Tun Razak) dalam kerja-kerja sampingan yang memberi kepentingan kepada negara," katanya. (Bernama)
Diharap dengan penerangan yang cukup jelas ini rakyat seharusnya terbuka dan positif dengan initiatif dan pro aktif isteri PM kita atas sikap keperihatinan beliau sebagai seorang wanita terhadap pendidikan anak-anak, orang kurang upaya, aspek pendidikan dan hubungan antara wanita.
Apa juga matlamat dan tujuan, yang rakyat ingin lihat ialah terjemahan usaha-usaha murni ini menjadi realiti dalam kehidupan isteri PM itu sendiri.
Maksudnya isteri PM mestilah dilihat menimang anak-anak dan cucu-cucu atau menantu di dalam rumah tangganya dahulu baru lah berganjak keluar sehingga ke Oman dan Negara Timur Tengah yang lain.
“Berpipi-pipianlah dengan cucu-cucu dan menantu dahulu barulah berpipi-pipian dengan Shah Rukh Khan, nampak tak genuine la Bro….” kata rakan kepada rakan MR semasa minum di Starbuck, Village Mall, Sungai Petani.
"Ketam Bunga mengajar Ketam Nipah berjalan"
Mummy Rokiah
p/s: Ehmmm... Rais Yatim masa tuduhan Rogol... ambil masa 2 minggu nak keluarkan kenyataan. Dalam isu Ro$mah Man$or tak sampai dua tiga hari... pantas jer dia keluarkan kenyataan... nampak sangat dia punya bodek... oooppsss... dia ni memang pun terkenal dengan aksi bodek dan penjilatan tegarnya... hahahaha....
Persoalannya Rais Yatim oooiii... mampuih pi lah Ro$mah Man$or nak melawat ke mana saja, tetapi atas peruntukkan kewangan dari mana...???? Kalau macam tu... apa guna dengan Menteri2 yang berkaitan... makan gaji buta ke...????
2 IkutSukaLu...::
penduduk marahkan nik aziz kerana tiada pembangunan di kawasan beliau sendiri. makan gaji buta ker ?
DR1221;
Kalau peruntukan negeri dinafikan, macam mana nak bangunkan negeri... hahaha.. lu fikir lah sendiri...
Post a Comment