IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Antara 2 Kisah (Haji Hadi Ulamak & Pemuda Bukan Ulamak)

>> Monday, January 10, 2011

Al-Kisah Zaman Rasulullah

Di zaman Rasulullah ada seorang badwi kecing dalam masjid. Para sahabat siap dengan hunusan pedang. tetapi Rasulullah dapat menahan dan uruskan secara berhikmah.

Ada kes lain, seorang sahabat minta izin untuk berzina, para sahabat terus mengangkat pedang tetapi berjaya ditahan oleh Nabi.

Ada juga kes seorang yang telah murtad, kemudian lari meninggalkan madinah. Selepas fatah makkah beliau menggunakan Othman untuk meminta keampunan dari Rasulullah. Dalam kes ini, Rasulullah berdiam diri beberapa ketika hinggalah setelah beberapa kali Othman meminta keampunan dari Nabi barulah Nabi bersuara.

Setelah orang itu pergi bersama Othman, sahabat bertanya mengapa Rasulullah mengambil masa untuk menjawab. Rasulullah bersabda bahawa para Nabi tidak akan memberi isyarat bunuh, dan aku jangka memberi masa untuk kamu menetak pedang...

Satu kes lagi, Mohd Musalmah, penyair terbilang munafiq yang sentiasa bersyair mencaruti isteri2 Nabi. Akhirnya Rasulullah bersabda bahawa beliau ingin kepala Mohd Musalmah. Akhirnya sepupu Mohd Musalmah sendiri yang mengambil tanggongjawab..

Nota: Kes yang terakhir ini, gua sendiri tak pasti sumbernya. Jika benar... maka jawapannya ada di bawah sana...

Sumber KedahLanie and Tranungkite


Al-Kisah Zaman 2011 (Sila baca ikut tajuk)

Ada seorang pemuda, dia hanya ingin berjumpa dengan seorang Ulamak dengan meminta meluangkan masa untuk 5 minit sahaja. Ulamak tu busy bebeno... 5 minit terlalu berharga baginya, jadi Ulamak tersebut bolayan pemuda tersebut dan terus masuk ke rumahnya.

Para pengikut Ulamak tersebut berasa marah akan gangguan pemuda tersebut terhadap Ulamak mereka, lalu di pelupuhnya pemuda tersebut...

Masyallah... jauh berbeza sikap seorang Ulamak dengan sikap Rasulullah...., bukankah Ulamak Pewaris Nabi....

Adakah Rasulullah dahulu duduk relax goyang kaki... tak sibuk dengan urusan dunia, tak banyak program dalam berdakwah dan pelbagai... sebab tu... anytime jer... kalau sapa2 nak berjumpa dengan beliau boleh saja, dan beliau akan melayaninya...

Ulamak sekarang busy semedang.... 5 minit... bagaikan 5 jam.... takda masa nak melayan soalan2 bodoh yang tak berkaitan dengan Islam nih.... jadi lu fikirlah sendiri....

Untuk kes yang terakhir dari Kisah Nabi di atas, sesiapa yang berani bertanggung-jawap dalam undang2 zaman sekarang ini... buatlah apa yang patut. Kalau nak pinjam pedang gua boleh bagi... tapi kena asah dululah.... nak ikut peredaran zaman gunakanlah C4... yang ini gua takda.. kena tanya mereka2 berkenaan.. hahaha...

Jika tidak ada sesiapa yang berani.... termasuklah gua sendiri. Di sini gua menuntut serta mendesak pemuda itu Memohon MAAF di atas keterlanjuran menghina isteri dan sahabat Nabi, walaupun hujahnya berdasarkan konteks dalam tajuk seperti yang dinyatakan, itu yang gua faham.

*************************************

Kesimpulan;
Kepada 2 kisah di atas, Rasulullah sudah tentu sempurna sifatnya (siapa yang berani mempertikaikan gua sendiri akan pergi pancung kepala orang itu).

Ulamak pula hanya manusia biasa, yang mempunyai pengetahuan dan tahap Ilmu Agama yang tinggi hingga selayaknya digelarkan sebagai seorang Ulamak. Pemuda itu pula hanyalah manusia biasa juga yang mungkin masih kurang Ilmu Agamanya berbanding dengan seorang Ulamak.

Maka lu orang renungkanlah perbezaannya terhadap 2 makhluk Allah tersebut (Ulamak dan Pemuda).

Jika dalam n3 ini..., bukannya gua nak menghina Haji Hadi..., gua hormat Kewibawaan dan Ilmunya. Cuma gua tidak hormat dari segi akhlaknya... ramai yang sudah tersalah tafsir (terutamanya penyokong PAS yang terlebih telan pil wala)

Namun begitu... gua amat bersetuju dengan N3 di sini. Kawan tetap kawan... seorang kawan yang baik akan menasihati kawannya, bukannya memusuhi kawannya...

Jadi bagi menjernihkan suasana dan demi kebaikan PAS, gua cadangkan apalah salahnya supaya set kan satu Appointment (perjumpaan/pertemuan) antara Haji Hadi dan Aduka (off rekod - tiada rakaman) biarlah mereka berdua berbincang dari hati ke hati, dan gua yakin kemelut ini akan selesai.

Sebagai renungan...;
(Ada kisah seorang Imam di kampung gua, rumahnya di masuki pencuri tetapi berjaya di tangkap, di tanya sebab musababnya... di beri makan dan minum dan di berikan sedikit wang kemudian di suruh balik, jika di ikutkan hati yang marah sudah tentu pencuri tersebut dah lunyai kena pelupuh... itulah sifat seorang Muslim, itu baru taraf Imam beb.... bukannya Ulamak...)

8 IkutSukaLu...::

pensel kayu Monday, January 10, 2011 6:01:00 PM  

Err..Gua baca hadith ni, lu try baca bro..

Dari Abu Hurairah r.a : Pada suatu ketika Nabi saw sedang berbicara dengan orang ramai (memberi ceramah atau pengajian), tiba-tiba datang seorang Arab Dusun menanyakan kepada beliau, ‘Bilakah datangnya saat (kiamat)?’

Nabi saw tidak langsung menjawab, tetapi beliau meneruskan pembicaraannya dengan orang ramai. Kerana sikap Nabi saw yang demikian itu, sementara orang mengatakan Nabi saw mendengar pertanyaan itu, tetapi beliau tidak menyukainya dan setengah lagi mengatakan beliau tidak mendengarnya.

Setelah Nabi saw selesai berbicara, beliau bertanya, “Di mana orang yang bertanya perkara saat (kiamat) tadi?”

Orang itu menyahut, “Saya! Ya Rasulullah!”

Rasulullah saw bersabda, “Apabila amanah telah disia-siakan orang, maka waspadalah terhadap datangnya saat (kiamat).”

Tanya orang itu, “Bagaimanakah caranya disia-siakannya amanah?”

Jawab Nabi saw, “Apabila suatu urusan (pekerjaan) diserahkan kepada orang bukan ahlinya, maka waspadalah terhadap datangnya saat (kiamat/kehancuran)[Hadis 0049] Sahih Bukhari

rosn,  Monday, January 10, 2011 9:45:00 PM  

sudah2 lah..ulamak ke pemuda kee semua tak sempurna..
bagi aku biarlah pemuda td menjadikan peristiwa tu sebagai pengajaran.jangan ingat dia saja yang betul..lagipun dia ni dah kurang ajar bebenorrdari segi tulisan kat blog diee..
kalau aku,jika kutuk aku kee atau keluarga aku, memang aku tak lepas.
skurangnya jgn meghina ulamak dimedia..masalah budak ni menghina orang di media..
SURUH BUDAK BENGAP NI PERBETULKAN SIKAP DIA DULU SEBELUM NAK PERBETULKAN ULAMAK/ORANG TUA..
boleh kee kita sebagai orang muda kalau berjumpa dengan orang tua yang agak tak brpelajaran, kita kutuk orang tua tu..
sebagai anak muda wajib menghormati orang tua w/pun org tua tu buta huruf..
pikir2lah jangan main ikut bedal jee..lagi plak pemuda tu, dgn semua orang dia jd masalah.ni bukan yg pertama dia ni jd masalah dah banyak dah..takkan nak pertahankan dia lagi kot.akuilah dia ni memang jahat suka kacau orang..tutup kes lahh..

Lang Monday, January 10, 2011 11:00:00 PM  

salam bro,

nabi muhammad tu bro diturunkan untuk dijadikan contoh akhlaknya.. diperingkat awal sebelum arahan ibadah ni diperturunkan, Allah mencantikkan akhlak rasul... kenapa? apa tujuannya..

pertama supaya islam itu cantik dan molek dimata manusia tak kira yg islam atau yg bukan islam...

kedua supaya jadi contoh ikutan peradaban dalam islam... lu pikirlah... kalau orang itu mengaku sayang nabi, pehal tak nak ikut akhlak nabi?... senang je bro...

jangan bila maulud, ikut sama berarak sambil memuji2 nabi... tp nabi sendiri tak dikenalnya...

kedua2 makhluk tu tak kira mana yg benar, mana yg salah, kalau salah sorang ikut adab nabi kan nampak cantik perilakunya...

mampu ke kita menahan nafsu amarah kita bila kita tercabar atau dimalukan?.. sehingga kita lupa janji allah yang mengatakan ...'jika satu aib manusia kita dedahkan maka allah akan dedahkan 10 keaiban kita'... wallahualam

ISA Monday, January 10, 2011 11:14:00 PM  

محمد زهراوي

Komen lu ini boleh dijadikan sebagai renungan dan gua bersetuju...

ISA Monday, January 10, 2011 11:16:00 PM  

rosn;

Gua cuma menampilkan perbezaan sifat antara yang bergelar Ulamak dan bukan ulamak.

Bagi gua... kedua2nya salah...

ISA Monday, January 10, 2011 11:19:00 PM  

Lang;

Bukankah sabar itu separuh daripada iman.

Anak kecil mungkin tidak tahu apa2, kadangkala kerenah mereka boleh membuatkan kita menjadi marah, tetapi seorang dewasa yang berakhlak Rasulullah masih boleh melayaninya... kerana apa...???

ating Tuesday, January 11, 2011 9:45:00 AM  

bagi aku la..

jahat mana pun aduka tu.. seorang ulama tak patut bertindak samseng..

itu bukan islam

baring atas jalan raya juga bukan islam.

membenarkan yang salah kerana taksub dengan pemimpin pun bukan islam..


kalau Aduka salah... tegur dia, saman ke?.. report polis ke?.. bukan pukul..itu samseng...


Aku terus terang...

aku dah hilang hormat...

dah la suka cakap siapa sokong umno tu bukan islam...

motif?...

tuhan kah Pas ini?..

hanya Tok Guru Nik Aziz rasanya yang masih genuine dalam PAS.

mahaza Tuesday, January 11, 2011 1:22:00 PM  

Apabila AT mengutuk para sahabat dan isteri Rasulullah berkaitan dengan perang Jamal. Aku ambil sikap berkecuali terhadap pandangannya kerana debu-debu yang bertaburan dibaju para sahabat yang dijamin syurga - Umawiyyah, Ali serta Aisyah lebih mulia dari umat-umat terkemudian.
Jadi sikap AT terhadap siapapun yang dirasakan tidak menepati 'citarasanya' melambangkan dirinya yang sebenar.
Dalam kes di Rusila, mungkin perlu dapatkan keterangan dari pihak berkecuali

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP