Kapitalis Dalam PKR.
>> Monday, November 29, 2010
PETALING JAYA: Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Syed Husin Ali ketika merasmikan kongres Wanita Keadilan dan AMK baru-baru ini melahirkan kebimbangan kemasukkan kapitalis dalam parti yang akhirnya boleh merosakkan parti itu sendiri.
Menurutnya, walaupun bilangan mereka ketika ini agak kecil, namun keupayaan mereka untuk menguasai parti tidak boleh dipandang remeh.
“Anggota-anggota kita juga terdiri dari orang yang berbeza kedudukan ekonomi dan pangkat. Walaupun begitu, bilangan mereka yang kaya dan berpangkat masih kecil sekali.
“Akan tetapi bilangan serta pengaruh mereka mungkin boleh bertambah. Bilangan paling besar masih terdiri dari yang bependapatan atau berkedudukan sederhana dan mereka yang berpendapatan serta bertaraf rendah.
“Masalahnya di sini ialah bagaimana hendak memastikan agar bilangan kecil yang berwang dan berpangkat tidak akan dapat menguasai Parti, dengan wang dan pangkat, untuk kepentingan mereka sendiri.
“Jikalau ini berlaku bahayanya ialah KEADILAN akan berkembang menjadi seperti UMNO, terutama selepas mendapat kuasa,” ucap beliau ketika merasmikan Kongres Wanita dan Angkatan Muda Keadilan hari ini.
Ucapan terakhir beliau sebagai Timbalan Presiden berhubung isu ini seharusnya direnungkan dan diperhalusi oleh semua pihak dalam parti.
p/s: Gua tak mau komen apa2...., kerana tiada yang mustahil dalam dunia ini. Mencegah adalah lebih baik dari mengubati.... lu pikiaq la sendiri..... lalalalalalaaaaa.......
1 IkutSukaLu...::
suka tak suka memang BANYAK kebenarannya terutma cukong cukong yang telah terbiasa dengan stail MCA & UMNO - ALIBABA. Tentu ada yang cuba mengeratkan tali persahabatan dengan mana-mana yang rapat dengan EXCo seperti SETPOL jadi berhati-hatilah. DAP & PAS tak pasti tapi PKR memang ada yang cuba rapat....
(Nasib baik laa hamlau sekor tu tak talipon aku dah....)
Post a Comment