IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Tangkap Penyangak Elaun Orang Asli.

>> Friday, October 29, 2010

Dalam isu Elaun Tok Batin Orang Asli kena songlap... apa kesudahannya, jika benar perkara ini berlaku di nasihatkan supaya Tok Batin2 melalui Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM) untuk membuat laporan Polis secara rasmi, bagi membolehkan siasatan dilakukan.

Samada Polis nak siasat atau masukkan kes ini bawah karpet itu cerita lain, yang penting dengan adanya laporan polis maka dakwaan serta desakan lain akan menyusul. Jika setakat mendesak penjelasan dari kerejaaaan hanya buang air liur jer... maka akan terjadilah kisah bangau oh bangau... tiada siapa yang akan mengaku membuat kerja hina tersebut.

Gua yakin, itupun jika benar kerejaaan peruntukkan wang kepada JHEOA selama ini, maka penyelewengan tersebut pasti berlaku dari peringkat Pengarah, Pengurus, Pegawai Gaji serta mereka2 yang sewaktu dengannya, perkara ini harus dibongkar dan bawa pelaku2 tersebut ke muka pengadilan.


KUALA LUMPUR 25 Okt. – Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM) meminta kerajaan memberi penjelasan mengenai elaun bulanan ketua masyarakat Orang Asli yang dikatakan naik dari RM450 kepada RM800, kerana ia berbeza dengan jumlah yang mereka terima selama ini.

Wakilnya, Tijah Yok Chopil mendakwa, selama ini elaun yang diterimanya hanya RM200 sebulan daripada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) berbanding RM450 seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika pembentangan Bajet 2011 minggu lalu.

“Selama ini, semua ketua masyarakat Orang Asli hanya menerima RM200 sebulan yang dibayar JHEOA tiga bulan sekali,” katanya pada sidang akhbar di pejabat Majlis Peguam Malaysia di sini hari ini.

Sehubungan itu katanya, kerajaan perlu menyiasat perkara itu dengan terperinci kerana dikhuatiri berkemungkinan terdapatnya unsur-unsur penyelewengan.

Sementara itu, Tok Batin Kampung Buluh Nipis, Kelipit Tijit mendakwa, sepanjang menjadi ketua masyarakat Orang Asli ditempatnya, dia tidak pernah menerima elaun sebagai ketua masyarakat.

“Kami di sini ibarat menjadi pengemis kerana jumlah elaun yang diterima melalui projek tanaman kelapa sawit yang dilaksanakan JHEOA terlalu sedikit berbanding jika diusahakan sendiri,” katanya.
Memang keparat laknat betul... perampok2 duit elaun/gaji orang2 asli ini....., tak selamatlah dunia akhirat bagi anak bini makan duit haram.

rujuk di sini.

5 IkutSukaLu...::

Abang Chot,  Friday, October 29, 2010 5:33:00 PM  

Kot depa potong KWSP...Sokso...Cukai Pintu , Cukai Tanah , Cukai Pendapatan , Cukai Perkhidmatan , Cukai Taksiran , kot tu yg jadi kurang sampai RM200.00 utk 3 bulan kot... ngaaa....

hj jamaludin,  Friday, October 29, 2010 6:59:00 PM  

Bismilah Hir Rahman Nir Rahman
Salam Bro ISA
Orang Asli ini pun satu hal, perkara macam ini pun nak bising bising . Dah la malas nak isi borang tuntutan bulanan ketua masyarakat Orang Asli .Malas nak pergi ke pejabat Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA)dan pergi ke Bank untuk buat clearance cheque bulanan yg di peruntukkan oleh kerajaan PM 1 Malaysia. Nasib baik atau alhamdulilah ada orang orang UMNO untuk tolong buat clearance cheque bagi pihak ketua masyarakat Orang Asli. So tak kan tak ada komisyen untuk puak UMNO yg sanggup membanting tulang untuk buat tuntutan elaun bulanan bagi pihak ketua masyarakat Orang Asli.
Lain kali buat kerja sendiri , jangan nak memandai nak suruh orang atau puak UMNO untuk jadikan balaci.Baru ambil sedikit komisyen da nak bising bising , bershukor la walaupun dapat RM200.00 je dari tak dapat langsung . Tengok macam kakitangan pejawat awam berapa sahaja kerajaan PM 1 Malaysia bagi duit bonus tahunan , sedikit pun mereka tak bising malah mereka ( pejawat awam )berkata "TERIMA SAHAJA LAH JANJI DAPAT DARIPADA TAK DAPAT LANGSUNG.!!!!!!!!!!!

hj jamaludin,  Friday, October 29, 2010 7:49:00 PM  

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Khas untuk Lu Bro ISA sempena Lu nak dilazerkan batu batu yang ada kat dalam diri Lu . Lagi pun esok 30/10/2010 lu nak d lazerkan sebelum itu Gua ada petua sebelum Lu kena Lazer dengan Doktor kat hosital. Lu letakkanlah tangan Lu yg kanan di Bahagian terasa sakit( kalau kat lancau lu pegang kat lancau tapi jangan pijit dan jangan pakai Jelly Kelly)Dan Lu urut lancau yang sakit tadi sebanyak 7 kali dan ucaplah " A'uudzu bi 'izzatillaahi wa qudratihi min syarrii maa ajidu" translate bahasa Melayu Perkasa " Aku ( sebut nama lu jangan sebut nama SAYFOOL )mohon perlindungan demi kejayaan Allah SWT , demi kudrat Allah SWT dari nyerinya rasa sakit ini."
So sekarang Gua pulak nak jampi kat lu pulak sebelum esok lu kena lazer " Bismillaahi urqiika . min doa in yu'dziika. min syarri kulli nafsin. au'ainin haasid.
Allaahu yasyfika. Bismillaahi urqiika. " Maksud ikut fahaman Zambry Mugabe " Dengan nama Allah ! Ku jambi kamu dari segala penyakit yang menganggumu ( dalam hati gua niat nama lu ! Bro ISA) dari kejahatan segala sukma atau sorot mata yang dengki. semoga Allah SWT menyembuhkan kamu ( niat d hati nama BRo ISA)!
Di atas nama Allah , Aku jampi kamu BRo ISA. Amin ( semoga lu sihat insyakAllah )

Anonymous,  Friday, October 29, 2010 8:13:00 PM  

kan hj jamaludin...tak tau syukur lansung org asli ni. Abis yg org umno dok telan yg kononnya 'komisyen' tu apa hal. dah kalau main ambil je komisyen tanpa persetujuan tuan punya badan tu tak salah ke. Itu dah di kira pecah amanah tuan haji. Mcm tu contohnya kerani di kaunter pembayaran tak kiralah bank ke pejabat pos ke...tuan haji masuk duit rm 400 dan kerani tu amik rm 200 sebagai komisyen sbb menguruskan duit tuan haji tanpa pula tuan haji tahu...amacam?. Hangin ke tak hangin? hek ele, tak kena batang tubuh sendiri boleh ckp la tuan haji. tapi yele, org umno ni semua nak komisyen, ketua cawangan nak komisyen, ketua wanita cawangan pun nak komisyen, ketua pemuda cawangan nak komisyen..pokok pangkalnya, semua nak komisyen.Kadang2 tu sampai tahap mcm mengemis, muka sardin je mintak duit. he he he....hidup melayu! ha ha ha..

opisboi Saturday, October 30, 2010 6:53:00 AM  

inilah perangai UMNGOK sampai duit org asli pon depa bedal. Yg org asli pon satu juga dah bertahun kena kencing masih sokong UMNGOK.Puak2 UMNGOK ini sama jahat dgn SEYTAN

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP