IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Projek Di Pasir Mas Sudah Lama Lulus...!!!!

>> Monday, October 18, 2010

KOTA BHARU 17 Okt. - Dakwaan Pas bahawa UMNO telah membuat janji ‘projek segera’ di Pasir Mas adalah tidak benar kerana Projek Perumahan Rakyat yang diumumkan Anggota Parlimen Pasir Mas Ibrahim Ali baru-baru ini sudah lama diluluskan kerajaan Pusat.

Ketua Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Pas seharusnya menyelidik terlebih dahulu sebelum menuduh UMNO sudah mula memancing undi untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan tersebut.

"Tunggulah pengumuman Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) mengenai projek perumahan itu di Pasir Mas pada 24 Oktober ini. Tidak semua yang kita umumkan itu adalah segera dan mungkin apa yang kita umumkan itu sudah lama dalam perancangan atau sudah diluluskan.

"Apa yang Pas buat sebab dia tak ada isu dan rakyat perlu faham mengenai perkara itu,” kata Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau yang sebelum itu mengadakan dialog bersama lebih 30 pekilang di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa mengulas dakwaan Pas bahawa UMNO kini mula membeli undi pemilih DUN Pasir Mas dengan mengumumkan ‘projek segera’. - Sumber asal - Bernama
Weiiii.... Ahli Parlimen Pasir Mas hidup lagi laaaaa..

oopppssss.... sori Stopa Mohd... gua salah paham... rupa2 nya lu nak bagitau dari sekarang dan hari ini bahawa Projek Di Pasir Mas sudah lama di luluskan oleh Keraaaajaan Pusat.

Nanti bila tiba masa dan ketikanya, PAS tak boleh sesukahati tuduh lu orang nak pancing undi kan.... ha..ha..ha..... lu memang bijak bro...

1 IkutSukaLu...::

Anonymous,  Monday, October 18, 2010 11:21:00 AM  

Kesian tok pa, tak pernah menjadi apa yang dia cakap, duit dah habis beliun beliun dah. Setakat jadi jurucakap jer ler engkau tok pa ooi.

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP