IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Najib Punya Lawak Ada Masyukkkkk....!!!!

>> Tuesday, October 19, 2010

Gambar... gua rembat dari Siapa Ntah... ha..ha..ha....

Gua banyak hairan dengan cara Barisan Nazianal memerintah, apasal benda2 bodoh jer... yang diorang nak buat ambil contoh seperti "Pembinaan projek bersepadu "Warisan Merdeka" dengan menara 100 tingkat tertinggi di Malaysia bernilai RM5 bilion yang dijangka siap pada 2015."
KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Bhd akan membangunkan projek bersepadu berharga RM5 bilion, yang membabitkan menara 100 tingkat, yang dijadual siap pada 2020, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. "Kita berasa sungguh bangga kerana ke mana sahaja kita pergi, semua orang mengetahui tentang Menara Berkembar Petronas. Satu lagi mercu tanda yang akan dibangunkan oleh Permodalan Nasional Bhd ialah Warisan Merdeka, yang dijadual siap pada 2020," katanya semasa membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat hari ini. - sumber mStar.
Apa... penting sangatkah "Warisan Merdeka" itu kepada rakyat, atau ada kepentingan sebaliknya kepada perut2 boroi mereka. Untuk apa projek tersebut.... itu satu persoalan yang perlu di jawap...!!!!

RM5 billion boleh di bazirkan kepada projek yang hanya untuk bermegah sahaja, tidak berfaedah kepada rakyat. Sedangkan pemberian bonus kepada kakitangan awam seramai 1.2 juta yang berjumlah 3.1 billion tak mampu nak bayar.

Pada gua ianya salah satu sudut kebodohan barisan think thank dan ketuanya iaitu Najib sendiri... dan apakah ianya satu balas dendam keraaaaajaan terhadap kakitangan awam yang kebanyakkannya menyokong Pakatan Rakyat....??? Apakah ianya salah satu cara Keraaaajaan Barisan Nazianal menghukum mereka2 yang tidak menyokong BN... renung2 kan lah....

Lagi satu yang perlu dipersoalkan ialah peruntukkan yang didakwa oleh Anwar Ibrahim dalam Parlimen di mana SPR di peruntukkan sebanyak RM250 juta untuk mengendalikan PRU-13.
KUALA LUMPUR, 18 Okt – Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) disediakan dengan peruntukan besar hampir RM250 juta untuk perbelanjaan tahun depan, didakwanya sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum tergempar.

“Kami ada menerima maklumat. Dan, saya ingin mengetahui perkara sebenar... bahawa SPR telah dimaklumkan peruntukan sebanyak RM250 juta disediakan kepada agensi itu sebagai perbelanjaan tahun depan,” kata beliau ketika membahaskan ucapan Bajet 2011 hari ini.

Kata beliau, ia berbeza daripada angka peruntukan RM35 juta yang akan disalurkan kepada suruhanjaya itu oleh Kementerian Kewangan.

Anwar juga mempersoalkan mengapa peruntukan yang melambung kepada SPR itu tidak dimasukakn ke dalam perbelanjaan Jabatan Perdana Menteri, yang diumumkan Jumaat lalu.

“Mengapa peruntukan ini disediakan sebelum bajet diumumkan, tetapi tidak dimasukakn ke bajet,” kata beliau.

“Adakah (peruntukan ini) bermakna persiapan ke arah pilihan raya tahun depan? Kemungkinan Menteri Pertahanan tahu sesuatu sebab beliau senyum, jadi saya merasakan beliau ada maklumat,” katanya.
Apa lagi yang disembunyikan oleh Keraaaajaan Najib ini.... jeng...jeng...jeng.... kita akan bongkar nanti.... tunggguuuuuuuu.....

3 IkutSukaLu...::

Pak Oncu Tuesday, October 19, 2010 1:18:00 AM  

Bukan kepentingan rakyat tu yg utama tetapi kepentingan kroni dan handai taulan mesti di UTAMA kan ,, apo lah ekau ni ISA tak faham faham !!!!!!! hahahhahahahahaha

Lang Tuesday, October 19, 2010 5:50:00 PM  

salam bro,

jangan le jelez.... lepas bujet ada persidangan... buku bajet akan bertebaran dan perwakilan akan memilih, melobi dan membeli...

psst!! bro kalu agak2 nak ketawa sampai terkeluor anak tekak mcm dalam gambar atas tu... join la persidangan... mesti lawaknya tahap gaban...

Anonymous,  Wednesday, October 20, 2010 10:04:00 AM  

lang, apa mu cakap ni..bro ISA dok satu blk ngan dato yakob..kekeke
tapi lawak bang gambar ni..gua nak pecah perut beb

i'm no king kwan abgjay

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP