IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Najib Cakap Berlapik.....

>> Sunday, October 17, 2010

Gua sebenarnya bersetuju sesangat dengan Najib dan Bajet 2011, terutama sekali di mana tiada bonus kepada kakitangan kerajaan.

"Saya tahu banyak yang lobi saya supaya mengisytihar bonus satu bulan, tetapi saya nak kongsi dengan tuan-tuan dan puan-puan bahawa bonus satu bulan ini menelan belanja sebanyak RM3.1 bilion.

Kalau ikut hati memang saya hendak bagi bonus, tetapi sebagai Menteri Kewangan yang bertanggungjawab, saya tidak boleh belanja lebih daripada pendapatan negara,” katanya. sumber

Sebenarnya Najib cuba cakap berlapik jer tu..., kalau cakap tak berlapiknya macam ni;
"Saya tahu banyak yang lobi saya supaya mengisytihar bonus satu bulan, tetapi saya nak kongsi dengan tuan-tuan dan puan-puan bahawa bonus satu bulan ini menelan belanja sebanyak RM3.1 bilion.

Dah la ramai dikalangan kakitangan kerajaan makan gaji buta, kerja malas, produktiviti out, masuk kerja pukul 7.45am tapi masih kat kafeteria, kat mapley minum pagi, pukul 9.00am minum pagi lagi... pukul berapa baru start kerja...???

Yang sebulan entah berapa banyak kursus itu dan ini, mengabihkan duit kerajaan saja, kerja langsung tak siap, susulan kerja terhadap pelanggan/rakyat lembab sehingga membuatkan rakyat menyampah dan menyumpah keraaaajaan, dan siapakah kerajaan itu.... sudah tentulah keraaaaaajaan barisan nazianal... yang mendapat cerca dan dipersalahkan.

Ada juga dikalangan kakitangan kerajaan yang tidak amanah, ambil rasuah, buat kerja luar, ambil komisyen dalam meluluskan tender kerajaan, bercinta sesama rakan sejawatan, menjahit langsir dan mengait alas meja di pejabat dan sebagainya.

Ini semuanya berpunca daripada segelintir kakitangan keraaaajaan yang tak tau diuntung, makan gaji buta. Asyik culas daripada tanggungjawap tapi melobi mahu gaji dan bonus dinaikkan... maka jawapan saya kepada kakitangan kerajaan sebegini... piiiiiraaaahhhhh....

Sebab itulah saya tak mahu beri bonus kepada kakitangan kerajaan, padan muka semua. Tetapi sebagai Menteri Kewangan yang bertanggungjawab, saya lebih prihatin untuk memberi peruntukkan kepada program Permata yang dianjurkan oleh bini saya, sebab dia pandai melobi saya,” katanya.
So... kepada kakitangan kerajaan sedar2 lah diri tu sikit, jangan makan gaji buta seperti yang tuan PM katakan... buktikan untuk produktiviti kerja tahun depan dan insyallah... dalam bajet 2012 beliau akan umumkan 10 bulan bonus.

muakakakakakakaaaaaa......

2 IkutSukaLu...::

Kerajaan Rakyat Sunday, October 17, 2010 6:15:00 PM  

Salaam bro,

yang paling betul ... yang ini...

"So... kepada kakitangan kerajaan sedar2 lah diri tu sikit, jangan makan gaji buta seperti yang tuan PM katakan..." ..... memang patut tak diberi bonus!!! hehehe...

... Beri kat Bik mama lagi bagus.. buat beli seluar dalam

Lang Monday, October 18, 2010 12:13:00 AM  

salam bro,

nak tambah adjust sket...

yang sebenarnya... daripada saya bagi bonus kepada kakitangan kerajaan bukannya produktiviti meningkat 100%, kan ada lebih baik saya laburkan wang bonus tersebut sebagai komisyen untuk bina menara 100 tingkat yg ingin saya bina... 100 yang ini berbaloi-baloi

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP