"Lu... tunggu ayah saya meninggal dunia dulu...."
>> Saturday, October 30, 2010
Cerita nih...gua dapat dari member2 dari utara, gua tak tau kebenarannya... tapi boleh la buat santai jiwa...
Kisahnya...., baru-baru ini Lim Guan Eng (KM Penang) turun padang bertemu rakyat. Dalam ucapannya, dia kata dia nak jadi macam khalifah Umar Abdul Aziz.
Seorang AJK Dewan Ulama' yang turut hadir berkata (dalam hati), "Paklong ni dia hanya pandai sebut Umar Abd Aziz. Dia bukan tau siapa dia Umar sebenarnya. Dia pakai sebut ja kot..."
Dan sepanjang ucapannya itu dia hanya bercerita kisah kehebatan Umar Abd Aziz. Umar tak ambil duit rakyat. Umar pulang balik peruntukan kerajaan kepada dia. Umar padam lampu kerajaan kerana anak dia datang nak tanya urusan peribadi. Umar itu dan Umar ini serta berbagai2 lagi akan kehebatan Saidina Umar Abd Aziz..
Beliau juga berkata, sejak sekian lama..., Umar Abd Aziz menjadi idolanya. Beliau juga berazam nak jadi pemimpin macam Umar. "Kini saya sudah jadi Ketua Menteri dan saya berazam akan mengotakan janji saya untuk menjadi Umar Abd Aziz."
Buat pengetahuan lu orang semua, Guan Eng tak duduk di rumah rasmi Ketua Menteri dan dia tak ada rumah sendiri. Dia menumpang di rumah bapanya. Bila Mohd Sabu tanya kenapa tak duduk rumah rasmi kerajaan, dia kata untuk masuk rumah tu..., banyak perlukan duit, nak kena renovate saja kosnya RM 300,000.00
Saya tak rela duit rakyat dibazirkan untuk kediaman seorang ketua menteri.... perghhhh.. punya la bagus mentaliti dia.., tak macam mentaliti Najib Razak, nak renovate mahligai PM saja RM65juta... tak termasuk rumah TPM lagi tu... dan untuk gua berbaik sangka, gua hanya anggap berkemungkinan itu duit pusaka mak bapak dia kot.... ikutsuka dia la nak belanja apa pun... apa ada hal... hahahaha...
Berbalik semula kapada kisah tadi... dalam sesi soal jawab, ada seorang hadirin tanya: Mana tuan tahu kisah Umar Abd Aziz ni. Orang Islam pun ramai yang tak tahu....???
Guan Eng jawab, dulu semasa saya dipenjara, antara orang yang kerap mengunjungi saya ialah Dato' Fadhil Noor (Al Marhum Presiden PAS). Dan dialah yang membekalkan kepada saya buku2 berkaitan Islam, termasuk satu buku tentang Umar Abd Aziz. Bermula dari situ saya kenal tokoh Islam yang hebat ini....
Jika itu jawapannya, bagaimana pula dengan kita yang mengaku sebagai orang Islam??? Lu fikirlah sendiri.... hahahaha.....
Dalam kisah yang lain pula, Mat Sabu kata, "Awak boleh jadi macam Umar Abd Aziz, tapi awak ada satu kekurangan. Umar beragama Islam. awak masih belum Islam."
Guan Eng dengan selamba derrrkk menjawab, " Lu... tunggu ayah saya meninggal dunia dulu...."
Tetapi...., kalaulah ikhlas niatnya itu, gua doakan dan marilah kita semua mendoakan supaya makbul akan niat & hajatnya itu. Dan kalau betullah si Guan Eng ni masuk Islam...., Karpal Singh pasti kena sawan.... hahahaha....
Wallahualam.....
7 IkutSukaLu...::
karpal singh kena sawan, pastu geng2 apno sume gile meroyan. haha~
Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Salam Bro ISA
Petikkan dari N3 Lu "" Lu... tunggu ayah saya meninggal dunia dulu...." Ha Ha Ha . Kalau umor bapak LGE si Lim Kit Siang macam umor Lee Kuan Yew baru padan muka!!!!!!!!!!!
Ini cerita lama bro..baru dapat ke?
mmg Nabi cakap kalau ada Nabi lain lagi selepas beliau yg plg layak ialah Umar.
jgn gunakan nama Umar utk pancing rakyat.
macam gunakan nama Nabi utk lelaki berkahwin 4.
Salam bro Isa,
Kenapa orang Melayu Islam ini kedekut sangat.Baru nak tumpang sekaki perli-perli.Tak perlu perli,yang perlu perlihatkan sokongan kita.
Tak salah Umar nak dijadikan ikutan.Kalau tak A-Z sifat,pemikiran dan tindakan .A saja pun ok.
Yang LGE cerita baik-baik mengenai Tokoh Islam itu kira 1000 kali ok berbanding orang Islam sendiri mengagung-agung tokoh Barat.
Beliau telah pasang niat pun kira ok(Allah tahu itu)
.Adalah lebih baik jika diajak bapanya bersama.Tak lah menunggu terlalu lama.Atau siapa pergi dulu.Betul tak?
Suruh abang Mat bisik-bisik!
Apapun setiap perbuatan dimulai dengan niat.Niat yang baik dan terlaksana pula itu paling bernilai di sisi Allah.
Allah yang lebih mengetahui .Dia Yang Awal Dia Yang Akhir,sedangkan kita manusia yang terburu ,keliru dan menerka-nerka.
Marilah kita berdoa bersama-sama semoga Allah membuka pintu hati LGE memeluk islam. Kita sepatutnya sbg orang islam memberi galakkan dan dorongan kepada LGE bukannya memerli@mengkeji seperti Almarhum Dato Fadzil Noor. Saya pun malu orang seperti LGE tau kisah hidup Khalifah Umar Abd Aziz yang kita ni nama jer Islam tapi kisah hidup tokoh-tokoh islam pun kita belum tentu tau sekadar nama jer kita tau....
Kalian semua,
1.Kah..kah..kah..
2.Bagus LGE ada niat masuk islam.Allah sahaja yang tahu niat dia sebab jatuh cinta dengan Islam agama Allah ini ikhklas atau niat dia nak selit sebagai batu loncatan untuk jadi pemerintah Malaysia??
3.Yang nyatanya bila India jadi pemimpin dia akan sehabis kuat membantu puak dia berjaya,jika melayu jadi pemimpin begitu,bila jawa pun begitu,bila cina pun begitu,banjar pun begitu dan semua sama..
4.Bila LGE yang keturunan cina jadi pemimpin maka cina jugalah yang akan berkuasa..jika melayu nak hidup..kena ikut cina jugalah..
5.Aku tak nak jadi cina..aku suka prinsip cina..yang penting jangan diperintah cina di negara melayu..sebab di negara cina tak ada pulak melayu menjadi pemerintah...dasar 'kiasu'& 'komunis' mereka ni..habis semua nak disebat..negara orang pun nak disebatnya..dah dapat kekayaan ekonomi tu kira ok pe.Ini kuasa politik pun nak di sebatnya.
6.ISA ni lainlah..sebab dia ada banyak 'share' untung dengan puak2x ni kot..tu yang puja sangat tuu...hee..hee..sory bro..
7.Tapi aku yakin bro ISA ini memang sure pernah makihamun cina bila terkena kencing dengan puak cina masa beli barang-barang kat premis cina..kalo tak dia, bini dan anak2x dia..tak pun sedara mara dia..aku percaya korang ni pun sakit hati juga dengan puak cina ni..
anon tanpa nama-ikhtiar selagi bernyawa
Post a Comment