GEORGETOWN- Hutang Kerajaan Persekutuan tahun ini meningkat lebih 10 peratus berbanding 2009 yang didapati membebankan rakyat dan menyebabkan mereka terpaksa menanggung kesan ketidakcekapan pengurusan kewangan oleh Kerajaan Pusat, kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
Guan Eng berkata, hutang Kerajaan Persekutuan pada 2009 ialah RM362 bilion dan meningkat lebih RM408 bilion tahun ini.
“Ini bermakna 27 juta rakyat terpaksa membayar anggaran RM15,000 seorang untuk memikul hutang yang ditanggung oleh kerajaan,” katanya.
Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP turut menolak dakwaan kerajaan Barisan Nasional (BN) tindakan tidak menaikkan kadar tol untuk tempoh lima tahun akan menguntungkan rakyat.
“Jika dilihat pada fakta yang terdapat dalam buku Bajet 2011, jumlah pampasan yang diberikan kepada Projek Lebuhraya Utara Selatan PLUS dari 2006 hingga 2009 berjumlah hampir RM3 bilion.
“Ia melibatkan RM655 juta pada 2006, RM698 juta (2007), RM731 juta (2008) manakala 2009 sebanyak RM850 juta kepada pemegang konsesi tol,” katanya.
Menurutnya, kerajaan sepatutnya mengambil alih terus semua konsesi tol di negara ini secara ‘one off’ agar rakyat tidak dibebankan dengan isu pampasan kepada konsesi dan kenaikan kadar tol.
Inilah jasa Barisan Nazianal kepada Rakyat Malaysia.
1 IkutSukaLu...::
Bismilah Hir Rahman Nir Rahmin
Salam Bro ISA
Pisang walid d bawa belayar
Masak sebiji diatas peti
BN hutang duit, Pakatan Rakyat nanti boleh bayarkan.
Hutang undi je dibalas peti (loghat Kelantan ertinya duit)
Post a Comment