IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Gua Keturunan Raja Tau...

>> Wednesday, September 29, 2010

Lu orang semua mesti pernah terima email ntah dari mana punya mat saleh atau negro atau pak arab dari pelbagai negara yang mengaku akaun keluarga mereka dibekukan akibat mak bapak diorang kemalangan, jadi pelarian dan pelbagai lagi... kononnyalah... hahaha...

Alih-alih... diorang offer lu orang semua jadi pewaris/penama harta kekayaan yang bernilai berbillion paun sterling tu... dengan percentage tertentu.

Dengan cerita di bawah nih.... ada kesamaan tak...???? Boleh percaya ka...??? Macam gua nih... kalau ikut cerita salasilah keluarga keturunan Raja jugak dari negeri ????. (sori tak boleh sebut tau..) tapi disebabkan Allahyarham Moyang gua terlebih cerdik... beliau telah membawa diri dan buang gelaran Istana dan jadi rakyat biasa jer..., syukur alhamdulillah dengan tindakan beliau tu... kalau tidak mampuih gua kena sumpah seranah kutuk kow..kow... dengan rakyat... kih..kih..kih...

Gua keturunan Raja tau....!!!! Raja apa...???? Raja Kapoooooorrrrrr.... hahahaha....
Tapi kalau gua nak hidup senang lenang tanpa usaha tulang empat kerat nih... boleh tak gua buat tuntutan macam mamat kat bawah nih.... hehehe....

KUALA LUMPUR 27 Sept. - Seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu yang sah memberitahu, beliau memerlukan kira-kira RM5 juta bagi membangunkan semula Istana Darul Jambangan yang musnah akibat bencana alam pada 1932.


Datu Mudarasulail Kiram Ibni Almarhum Sultan Muhd. Mahakuttah Kiram (gambar) berkata, apabila siap kelak, istana itu akan dibangunkan sebagai pusat pentadbiran dan pemerintahan Kesultanan Sulu.

Kata Datu Mudarasulail Kiram, pihaknya mengharapkan ada pihak yang bermurah hati membantu melaksanakan hasratnya itu memandangkan aset Kesultanan Sulu yang dianggarkan bernilai hampir RM9 bilion masih tidak dapat digunakan kerana dibekukan pihak Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) sejak sekian lama.

"Beta telah lama mencari pelbagai dana untuk membina semula Darul Jambangan. Kami tidak boleh menunggu terlalu lama dan mengharapkan aset yang dibekukan itu. Kami perlu membina istana itu dahulu," katanya pada satu sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu, Datu Mudarasullail Kiram mendakwa, dirinya mendapat pengiktirafan dan pengesahan dari Rumah Bichara Kesultanan Sulu sebagai waris kepada ayahandanya itu pada 1991 dan seterusnya ditabalkan sebagai Sultan Sulu yang sah.

"Ketika Sulu bergolak berikutan peperangan antara Kerajaan Filipina dan puak Islam Mindanao pada 1974, ayahanda Beta secara rahsia telah menghantar Beta ke Sabah.

"Kemangkatan ayahanda Beta pada 1986 menyebabkan pemerintahan di Sulu kucar-kacir. Sewaktu Beta masih berada di Malaysia dan seolah-olah dilupakan, sultan-sultan palsu pula tumbuh bagai cendawan," katanya.

"Ada antara mereka yang mengaku sebagai Sultan Sulu ini menjual anugerah dan gelaran Datuk kepada orang ramai terutama dari Malaysia," katanya.

5 IkutSukaLu...::

Admin Wednesday, September 29, 2010 1:33:00 AM  

Ingakan darul jamban rupanya jambangan jng mare silap baca..

iNCeK aKiM Wednesday, September 29, 2010 1:37:00 AM  

terbaik punye alasan!!! klw nk tipu pon, agak2 la woi!!! haha~

ISA Wednesday, September 29, 2010 2:08:00 AM  

Incek Akim;

Donia... Donia... semuanya nak mudah...

Yamaha R6,  Wednesday, September 29, 2010 8:59:00 AM  

Salam Bro ISA
Lebih baik gua dirikan Masjid bersama Janda Ellina Maulad Mahather . Dengan membantu membina Masjid bersama si Ellina dapat menyelamat Ellina dari Lanun puaka/celaka dari Sudan ( bukan Lanun Somali). Dan boleh la, gua bercucuk tanam bersama Ellina dan insya'allah akan tumbuh anak anak pokok yg Halal. apa macam Bro Isa lu sokong atau dokong idea gua tak?

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP