IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Pesanan Kepada Pemegang Pingat PJK.

>> Friday, July 09, 2010

Perut adalah pusat kebanyakan penyakit. Pakar perubatan sependapat mengatakan ubat yang paling mujarab untuk menjaga kesihatan adalah dengan mengawal makan.

Malah Nabi Muhammad sendiri pernah bersabda yang bermaksud, "Setiap penyakit disebabkan oleh banyak makanan dan setiap ubat disebabkan oleh sedikit makan.

Sememangnya terlalu banyak makan boleh mendatangkan pelbagai masalah seperti sakit perut, kembung, sembelit, rasa mual, muntah atau cirit birit. Kesemuanya ini berpunca daripada makan dan tabiat makan kita. Ia menandakan berlaku ketidakseimbangan organisasi dalam usus kita.

Ada 10 simptom yang perlu diingat kerana ia menandakan kita mengalami masalah pencernaan (aktiviti enzim) iaitu:

  • Banyak angin (lebih kerap kentut daripada biasa)
  • Kembung
  • Cepat penat
  • Mudah berparut
  • Keradangan kulit
  • Berat badan bertambah dengan cepat
  • Sering sendawa
  • Pedih ulu hati
  • Makanan tidak hadam
  • Keradangan lain
Antara cara yang boleh diamalkan untuk menggalakkan kesihatan saluran pencernaan kita ialah:


  1. Jangan makan terlalu banyak. Walaupun sudah jadi budaya kita untuk makan setiap kali keluar atau berjumpa kawan, kawallah makanan yang masuk ke dalam perut.
  2. Kunyah makanan hingga betul-betul lumat. Kunyah makanan perlahan-lahan (sekurang-kurangnya 30 kali, dan ada hadis yang menyarankan 44 kali kunyah) sebelum makanan ditelan. Ada rahsia di sebalik saranan ini kerana makanan yang dikunyah hancur mengandungi lebih banyak enzim dari air liur dan ia sebenarnya memudahkan proses pencernaan.
  3. Minum sebelum atau selepas makan. Elakkan minum ketika makan kerana ia akan mencairkan enzim pencernaan dalam perut. Proses pencernaan akan berlaku lebih sempurna dalam keadaan perut yang berasid. Jika terpaksa, minumlah dalam tegukan yang kecil tetapi elakkan minuman berkarbonat, soda atau minuman berais kerana menghalang pencernaan. Sebaiknya minum 10 minit sebelum makan atau sekurang-kurangnya sejam selepas makan.
  4. Amalkan jadual ke tandas yang tetap setiap hari. Ia secara tidak langsung memberi laluan kepada badan menyingkirkan bahan toksin secara berkala dan memperbaiki persekitaran usus.
  5. Makan lebih banyak sayur-sayuran mentah (termasuk ulam dan salad) serta buah-buahan kerana ia mengandungi banyak bahan yang boleh melancarkan proses pencernaan.
  6. Minum air secukupnya. Air menjadi bahan pengantara yang terbaik dalam badan. Badan yang tidak cukup air secara automatik akan merangsang fungsi enzim dan mengganggu proses penghadaman. Malah anda lebih sukar ke tandas jika tidak cukup air, walaupun banyak makan sayur-sayuran atau buah-buahan.
  7. Bersenam selalu. Senaman boleh merangsang badan mencapai fungsi sebenar dan menggalakkan proses pencernaan.
  8. Elakkan diri daripada tekanan. Tekanan akan merangsang enzim untuk menjalankan semua fungsi metabolik dan jika ia berterusan, boleh mendatangkan masalah kepada badan.
  9. Makan produk tenusu kultur (contohnya yogurt dan cheese) atau probiotik kultur tempatan seperti dadih.

Kepada pemegang anugerah pingat PJK (Perut Jauh ke Depan), jom pakat2 kawal pemakanan sekalian, macam gua nih.. dari saiz 36 sekarang dah tinggal saiz 32, harap2 boleh dapat balik saiz 27 macam zaman bujang dulu2... ha..ha..ha...

Gua nak pulangkan balik pingat PJK pada sultan yang anugerahkan kat gua dulu, apa barang pingat2 nih semua... tak menjamin kesihatan yang sihat... kepada rohani dan jasmani... wargghhhhhh....

8 IkutSukaLu...::

Abang Chot,  Friday, July 09, 2010 2:26:00 PM  

Bik mama ada baik juga amalkan petua ni kalau tak nanti sudah plak nak ajak pi Perancis ...ngaaaa...

Lang Friday, July 09, 2010 4:44:00 PM  

bro... masa gua pegi kursus kesihatan satu masa dulu... penceramah tu kata... saiz pinggan anda adalah sebesar saiz pinggang anda...

bagi gua nak kawal makan kena kawal tekak... nak kawal tekak jangan ikut nafsu... banyak benda makanan dalam dunia ni memang sedap2 belaka... tak kan nak tulis amaran pada makanan: amaran! makan berlebihan membahayakan kesihatan..

warta 365,  Friday, July 09, 2010 4:52:00 PM  

lagi 1,setiap ADUN/MP umno/bn lahanat WAJIB makan durian/kambing banyak2 disamping makan rasuah..semoga cepat mampos..PRK la kita,.la la la....wkahakahka

hj jamaludin,  Friday, July 09, 2010 6:07:00 PM  

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Bro ISA
Bab klaus no 2
"Kunyah makanan hingga betul-betul lumat. Kunyah makanan perlahan-lahan (sekurang-kurangnya 30 kali, dan ada hadis yang menyarankan 44 kali kunyah) sebelum makanan ditelan. Ada rahsia di sebalik saranan ini kerana makanan yang dikunyah hancur mengandungi lebih banyak enzim dari air liur dan ia sebenarnya memudahkan proses pencernaan" Bro bab in gua susah sikit sebab gigi tinggal belasan sahaja , so bab kunyah susah sikit , gua pakai tela sahaja yg man liat.Da tua Bro.
Lagi satu Bro , kebiasaan Tuan rumah akan tersinggong kalau kita dah habis hindangan . Tuan rumah akan kata kita bagaikan tak sudi makanan yg mereka hidang.Kes tersinggong.
Lagi 2 Bro .Apa Lu sudah gila ka Bro? . Makan FREE!!!!!!!! lu buat malu malu kuching .Rezeki jangan di tolak Bro , Maut selalu kejar lu sebab lu selalu cari maut ,sehinnga lanun somali pun da boleh ceroboh wilayah lu. Ha Ha Ha.

ISA Friday, July 09, 2010 6:40:00 PM  

Abang Chot,

Tak baik lu kutuk2 Bik Mama di hari jumaat ni.. ha..ha..ha...

ISA Friday, July 09, 2010 6:42:00 PM  

Lang,

Memang kena kontrol bro.. gua pun spesis membujur lalu melintang gua telan jer...

ISA Friday, July 09, 2010 6:44:00 PM  

warta 365,

Gua cerita bab kontrol makan bhai.., apa kena mengena dengan politik..???

Jadi ke... PRK bro... durian banyak nih... kambing yg belum sembelih pun berlambak lagi nih..

ISA Friday, July 09, 2010 6:47:00 PM  

hj jamaludin,

Itulah... tak gosok gigi, kan dah habis semua gigi lu..., gua yang dah 70 tahun ni pun gigi masih strong...

Gua kalau bertandang rumah orang, tuan rumah mesti tersinggong punya, sebab takda balance lagi untuk dia... gua makan sampai habis... tak baik membazir, itu amalan setan.

Lanun Somali setakat boleh ceroboh jelah... nak menguasai tak boleh beb.. wilayah gua maaaa...

ha..ha..ha..

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP