Harusani... Takda Maknanya... kah..kah..kah...
>> Thursday, July 29, 2010
KUALA LUMPUR, 29 Julai — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria sebagai “orang kecil” yang mahu “mengusik” parti Islam itu supaya menerima idea kerjasama perpaduan dengan Umno.
“Biarlah (Harussani) hendak cakap apa pun, beliau hanya nak usik PAS sahaja.
“Lagipun beliau hanya orang kecil, saya tidak mahu layan beliau,” kata Hadi.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang membayangkan PAS tetap dengan pendirian bersama Pakatan Rakyat, sebagaimana telah pun diputuskan pada muktmar-muktamar lalu.
“PAS tetap tiada apa-apa, jadi biarkan sahaja.
“Saya tidak mahu komen lagi pasal perkara ini,” kata beliau kepada The Malaysian Insider mengulas pendedahan terbaru Harussani bahawa adanya pemimpin-pemimpin PAS selain Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang menemuinya bagi membincangkan soal perpaduan orang Melayu dan Islam.
Harussani bagaimanapun enggan mendedahkan identiti pemimpin tersebut bagi mengelakkan keadaan bertambah buruk.
Sementara itu, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula menegaskan PAS tetap tidak akan bekerjasama dengan Umno sampai bila-bila masa.
“Kita tetap tidak akan mengadakan sebarang perbincangan mengenai kerjasama dengan Umno. Jadi Umno perlu faham, tidak perlu nak terus ajak PAS.
“Selain itu, kita juga tidak pernah memberikan mandat kepada sesiapa pun untuk bincang soal kerjasama itu dengan Harussani.
Sebelum ini, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap dengan pendiriannya menolak sebarang perbincangan atau kerjasama dengan Umno kerana menganggap parti itu telah menyimpang daripada perjuangan Islam.
Malah Nik Aziz mengulangi bahawa Umno terus menunjukkan minat mahu membincangkan kerjasama dengan PAS selepas menyedari kedudukannya menjadi lemah pada pilihan raya umum ke-12 dua tahun lalu.
Pendirian Nik Aziz itu turut ditekankan menerusi satu kenyataan semalam.
Selain itu, dua naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub menegaskan, pihaknya tidak pernah memutuskan untuk meminta Harussani agar menguruskan pertemuan Umno-PAS bagi membincangkan penyatuan orang Melayu dan Islam.- malaysiakini
Baru gua faham kenapa Haji Hadi buat derkkk jer.. pasal kenyataan perpaduang Harusanasini.., yes..yes... gua sokong Haji Hadi 100 peratus, benda remeh dan kecik macam tu buat nak layan, buang masa jer.. lagipun Harusanasini hanya "orang kecil" jer... biarlah yang setaraf dengannya saja melayan isu tu.., bravo.. Tuan Presiden..., tapi lain kali tolong buat kenyataan awal sikit... sebab lu dalam perhatian bro...
Tim. Presiden umnoApco pasti terkedu membaca kenyataan Presiden PAS. Jangan nangis lagi sudah laaaa.... ha..ha..ha...
2 IkutSukaLu...::
salam..
patut la ms tgk brita ari tu...sha mcm was2 jerk..hehehe...ayt dia lebeh kurang cmnie..
"ade y dtg jumpe...ade 2 owang...sy x nk sebut kan nama...sy x nk sebutkan nme...tp memang ade 2 owang...."
beh kurang g 2 la ayt nye...dr pahaman sha la...dan sha ubh ikut ayt sha... :D
oohhh..dia hanya "owang kecil"...baru sha paham...
nursha410,
hehehe... tau takpa, itu pasal gua pun kurang melayan isu ini...
semua tu mainan mereka jer...
Post a Comment