IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Gurau Malam Sabtu, Hj Jamaluddin...

>> Friday, July 09, 2010

Sesiapa yang pandai bahasa arab, bolehlah perbetulkan kalau ada salah dan silap. Hj Jamaluddin jangan marah...., bukan gua yang cakap... tapi gua rembat dari blog ini.

Nama2 ni penting jugak bro... bukannya apa.. takut Malaikat konfius masa soal jawap kubur nanti... kah..kah..kah... Malaikat tanya dalam bahasa Arab ke... atau dalam bahasa Melayu..??? Nanti time gua jawap soal kubur gua booking Altantuya jadi penterjemah gua boleh tak...????Atau dah ada orang lain yang booking....

Nama yang tidak memberi apa-apa makna, lebih buruk lagi jika apabila dipendekkan memberikan makna yang tidak elok seperti:

Ezani – dipendekkan menjadi: Zani (lelaki penzina)

Nama yang terpengaruh dengan budaya barat, contohnya:

Isaac – asalnya Ishak (Nama Nabi)
Harry – asalnya Khairi (Kebaikanku)

Nama yang memberikan makna yang tidak jelas atau lucu dalam bahasa Arab, contohnya:

Syamsul Bahri (matahari lautan)
Badrul Hisyam (bulan yang pecah-pecah)
Nik (kemaluan perempuan atau mentah, tidak matang)
Rafidhi (Syiah pelampau)
Atan (keldai betina)
Haikal (rumah berhala, kerangka, lembaga)
Jamalullail (keindahan malam)

Nota: Sekiranya sesuatu nama memberikan beberapa makna termasuk yang baik dan buruk maka harus menggunakannya kerana ini ada dilakukan oleh Nabi s.a.w. sendiri, contohnya:

Zainab;- makna baik nama bagi sejenis pokok yang wangi - makna buruk : pengecut

Mu`awiyah;- makna baik: pembela / pejuang - makna buruk: yang menyalak.

Nama yang mempunyai ‘ni’ dihujungnya seperti ‘Halwani’ yang sering digunakan pada orang perempuan masyarakat Melayu yang sebenarnya bermaksud ‘lelaki penjual kueh’.

Nama-nama yang membawa maksud yang buruk atau langsung tidak memberikan apa-apa makna kerana salah sebutan atau ejaannya seperti:

Sukri (kemabukanku) – sepatutnya Syukri (Kesyukuranku)
Sya`ari (buluku) – sepatutnya Asy`ari
Nordin (tiada makna) – sepatutnya Nuruddin (cahaya agama)
Kadir (keruh) – sepatutnya `Abdul Qadir (Hamba kepada yang Maha Berkuasa)
Jamaluddin (Unta agama) – sebetulnya Jamaaluddin (kecantikan agama) yakni sebutan yang panjang pada ‘maal’.

Gabungan yang salah atau tidak kena pada tempatnya seperti ‘Nurhafizah’ tidak memberi apa-apa maksud kerana gabungan ini salah dari segi kaedah bahasa Arab, dan contoh gabungan yang betul: Nurhayati (cahaya hidupku), Nur`aini (cahaya mataku)

Nota: Harus menamakan dengan nama-nama bintang, burung atau bunga seperti Surayya, Aktar (tuah atau bintang dalam bahasa Farsi) dan lain-lain.

Kalau nama Najib, Roswah, Apdal, Hamidi, Hishamuddin, Nazri, Rais, Sharizat, Bung, Khairy, Katak... apa maknanya pula dalam bahasa arab. Yang pasti nama Somali Pirates dan ikutsukaaku takda dalam bahasa arab. Kalau nama "Isa" lu .. orang pasti tahukan.... bangga dan ujubnya gua.... ha..ha..ha...

9 IkutSukaLu...::

mahaza Friday, July 09, 2010 11:41:00 PM  

Nasihat yang amat baik

Sistem pendaftaran anak baru lahir sekarang mengguna borang banyak membantu memberi nama yang betul. Nama orang dulu dia dok pi sebut kat pendaftar (polis) nasiblah sapa yang ambik masa tu.

Contoh ; Usman jadi Osman atau Othman
Kena macam kat belah Sabak, nak bagi nama Zulaikha sebab pakcik aku jawanya pekat, polis ikut sebutan jadi Solekah. Jiran aku namanya Muhamad Dah (Aku ingat Polis tanya Muhamad apa? Bapak dia jawab Muhamad dah.....) begitulah.

ISA Friday, July 09, 2010 11:47:00 PM  

mahaza,

Betul tu... ramai orang dulu2 yang teraniaya suatu ketika dulu.

CodeNameSomaliPirate Friday, July 09, 2010 11:57:00 PM  

ISA...

Nik (kemaluan perempuan atau mentah, tidak matang)? Alamak, Dalam banyak nama kenapa ini yang keluar. Nanti ko kena pecat bang!.

Apahal pulak Hj Jamaludin tu.. dah jadi unta ka.

Nasib baik wa Somalian, boleh la cket-cket 'arab

ISA Saturday, July 10, 2010 12:08:00 AM  

Somali Pirate,

Gua awal2 dah minta maaf, bukan gua yang cakap... gua cilok dari link blog yang gua bagi tu...

Reality... maaaa, gua bukan macam utusan meloya... sembunyikan berita dan menipu..

Bodek2 takda dalam kamus gua...

hj jamaludin,  Saturday, July 10, 2010 12:37:00 AM  

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Apa pun, lu orang nak kata atau nak keneng atau nak ketawakan atau nak permainkan atau nak sindir atau nak ejek ejek nama gua ,gua tak pernah marah kepada arwah orang tua gua . Bagi gua, arwah orang tua gua yg memberi nama gua JAMALUDIN ( walaupun di terjemahan dengan erti maksud "unta agama"oleh Maulana Muhammad "asri Bin Yusoff). Bagi gua kesilapan ejaan huruf pada nama gua oleh arwah orang tua gua menjadi sindiran/bahan hinaan orang . Gua tetap menganggap kedua orang tua gua adalah wali wali keramat . So Bro ISA & Lanun Somalian , lu tak perlu minta maaf dgn gua sebab nama gua , arwah orang tua gua yg bagi . So lu orang minta maaf la kat arwah orang tua gua di Pusara Aman di Temasik.
Bak kata perbahasa Melayu Perkasa " Kerana mulut , badan merana" Bak kata Papa Rock Temasik " Bukan kerana Nama".

ISA Saturday, July 10, 2010 1:49:00 AM  

hj jamaludin,

Cool bro..., bak kata gua dah minta maaf awal2 lagi, dan komen gua pada mahaza.

baca yang tersirat bro...

merajuk pulak dia... ha..ha..ha... dah lama tak dengar lagu Ramli Sirap tuh... caya lu hj.

Lang Saturday, July 10, 2010 1:56:00 AM  

ji..

walau apa pun nama yg diberi oleh orang tua kita.. kita patut bangga... pertama orang tua kita bukan orang arab... maaf cakap buta arab... huruf kenal.. arti memang diorang tak tahu..

jangankan dulu... sekarang pon berapa kerat yg tahu makna bahasa arab.. orang mengaji kita mengaji.. mcm burung kakak tua..

lagi satu ji... nama kita dah tercatat kat luh mahfuz sebelum roh kita turun kedunia... itu semua tuhan punya kuasa...

yang terpenting bukan nama ji... tetapi diri dan akhlak perlu perkukuhkan...

sori bro isa... bukan nak bela hj.. tp sekadar beri pandangan... aku pon tak tau bahsa arab... terfikir jugak dulu cam ne nak jawab dalam kubur... tp sekarang dah tak hairan lagi dengan persoalan tu... semua allah punya kuasa yg memiliki segala apa yang ada di langit dan dibumi serta keseluruhan alam ini..

wallahualam..

ISA Saturday, July 10, 2010 2:29:00 AM  

Lang,

Setuju dengan pandang lu. Pasal tu orang tua2 suruh mengaji dan kaji...

Macam ayat gua kat atas tu... (malaikat tanya dalam kubur) bukan ayat kosong bro... hanya untuk orang yang ada akal jer.. bro..

Dan juga jawapan gua kepada Mahaza. Dan hj pun sedar akan hakikat itu.

Harap orang sekarang lebih berhati2 dalam memberi nama pada anak2.

wallahuaklam...

Lang Saturday, July 10, 2010 2:39:00 AM  

hehehe...

bro... bila lu kata nak booking jurubahsa situya tu, gua memang paham... gua siap gelak lagi... akal lu memang tajam.. sinis... mcm perumpamaan ada badak balik lalang...

gua hanya nak share je pasal ilmu dlm komen gua...

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP