IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Ekk..Elehh.. Naik RM5 sen pun nak kecoh...

>> Thursday, July 15, 2010

Monolog bernilai 5 sen - tribute untuk Umnorisme.

Ahhh...!!!! 5 sen jer. Takkan itu pun nak riuh!!! Pasir yang diorang curi kat Selangor tu lagi banyak. Entah berapa juta diorang dah ambik... nak bising-bising pasal minyak naik 5 sen?

Bersyukurlahhh..., kat Singapore, Hong Kong, Taiwan, Thailand petrol lagi mahal ooo... Korang ingat sesaje kerajaan membazir duit yang kita bayar tuh? cuba tengok keliling korang, Jalanraya, highway, sekolah, hospital, lapangan terbang korang tau tak, Jambatan Pulau Pinang tu yang terpanjang kat Asia.., KLCC tu. menara berkembar tertinggi di dunia!!!

Kat Bangladesh, Zimbabwe, Sudan ada tak benda-benda macam ni? tak jumpa yobbb!!! Tu pun korang nak bising-bising. Berkorbanlah sikit, apa salahnya... apa korang tak sayang kan negara ke?

Hahhh!!! Apa??? Tak patriotik langsung!!! yob... negara kita nak bankrap lagi 9 tahun yob, inilah masanya nak tolong negara kita... inilah masanya kita buktikan semangat patriotik kita... bila lagi nak berkorban untuk negara? jangan kata nak lawan Israel.., berdemo depan US Embassy pun hangpa tak berani, takkan petrol naik 5 sen hangpa nak riuh!!!

Sudah la... yob.., Cuba la fikir secara rasional... guna la otak kepala lutut tu sikit, Hat mana-mana yang selalu membazir tu jimatkan la sikit tak payah makan ikan kembong, ikan bilis pun ada... kalu makan 2 kali sehari, cuba tukar diet tu... makan 2 hari sekali.... Ishhh, tak pernah aku dengar orang mati tak makan 2 hari sekali.

Makan nasi, kandungan gulanya banyak, elok sangat la kerajaan naikkan harga gula, apa orang kata... kurangkan gula dalam minuman, lebihkan gula dalam senyuman... gitu la lebih kurang.

Ehhh...ehhh! Dah terlambat nihhh! Pukul 12 nanti harga minyak naik 5 sen... diorang dah beratur panjang kat stesyen minyak nih... nak isi minyak penuh-penuh nanti boleh la tahan sampai tahun depan!!! banyak safe tu yob...

Sehari 5 sen, kalu setahun dah berapa? Ok jumpa lagi...

Assalamualaikum!!!!

Oleh Teratailiar.

1 IkutSukaLu...::

hj jamaludin,  Friday, July 16, 2010 12:00:00 AM  

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Salam Bro ISA.
Bak kata peribahasa Melayu Perkasa "LAKSANA LEMPING TERBUANG" ertinya'Bagi orang yg berada perkara2 kenaikkan macam ini tiada memberi kesan tapi bagi orang yg tidak kemampuan ( miskin) sangatlah besar efeknya' atau "LAKSANA APUNG DIPERMAINKAN GELOMBANG" erti nya " Hidup melarat di negeri sendiri" Bijak sungguh orang Melayu mentakbir Negara Malaysia . So Bro Lu amalkan nyanyian ini jika setiap kali kerajaan pemimpinan PM 1 Malaysia menaikkan harga keperluan harian sbt.SI LUNCAI TERJUN DENGAN LABU LABUNYA ,(chorusnya ajak Pak Long/Mak Long/Baginda/Lang/Teratailiar/JandaLimah/Mother 3M/Manjung Mari/DLL)BIARKAN BIARKAN BIARKAN . Kena nyanyi sampai PRU13. Ha Ha Ha!Pandainya orang Melayu cari Duit?

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP