AG Dah Negotiate Baik Punya... Enjin F-5E... kah..kah..kah...
>> Thursday, July 01, 2010
Lanjutan dari berita The Star, memetik bahawa enjin jet F-5E telah di bawa pulang ke Malaysia tanpa sebarang gantirugi atau pembayaran di buat. Apa-apa sajalah cakap Menteri Malaysia nih.... ntah yea.. ntah tidak... ha..ha..ha... wapuchitau... wa pun tak tau maaaa....
Siang tadi gua melepak kat lobi satu hotel di KL... dengan somebody... somebody..., mamat nih bagitau yang enjin tu sebenarnya di keluarkan dari Malaysia oleh top-top people... connection G to G jugaklah... yang kena tangkap tu... kambing hitam jer....
Perjalanan enjin tu memang jauh dan terpaksa melalui Uruguay, yang sebenarnya enjin tersebut di bawa balik dari Iran. Kerana Iran kena sekatan ekonomi dan Iran juga mempunyai banyak pesawat juang F-5E. Lepas tu mamat tu tanya gua...
"Isa... kalau negara lu kena sekatan ekonomi... macam mana lu nak dapatkan sparepart untuk kenderaan lu... mesti dengan cara pasaran gelap atau seludup kan...???"
Gua tak jawap... tapi gua dapat tangkap maksudnya, persoalannya adakah Iran beli dari Malaysia melalui jalan belakang dan isshhhh... susah nak cakap kat dalam blog ni la.... nanti si auw..auw... ajak gua dating pulak.... kat Taman Kemunting...
Dan lagi sedikit tambahan garam dan gula buat penyedap cerita.....
"Enjin yang di bawa balik tu... cuma bangkai jer... semua komponen penting dah barai beb...., memang la Malaysia tak bayar satu sen pun... sebab nak kena repair dan beli komponen baru bhai....."
Apa punya mangkuk ayun Menteri Malaysia yang bangang dan cuba membangangkan rakyat.... konon AG dah negotiate baik punya.... lawaksss... lawakssss sarkas la... lu orang semua...
4 IkutSukaLu...::
Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Bro ISA , enjin di bawa pulang ke Malaysia tanpa bayaran dikenakan . Bagi gua kan "BULL SHIT" . Barang niagaan gua hantar ke S.Korea dgn kapal pun kena bayar kat agen perkapalan dan bila "end user reject" barang niagaan gua , gua ambil balik barang tersebut menggunakan agen perkapalan pun kena bayar lagi . Mana ada free in return cargo . Bro ISA lu tanya dengan dia orang tolong buktikan BL ( Bill of Landing)without charges. Betul ke free transportation bila dapat bawak balik enjin tersebut.
Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Bro ISA, lu punya N3 yg inikan samalah dalam cerita AHMAD ALBAB .
Ada 1 jin gemuk boleh hilang kan enjin (harta) dgn sekelip mata . lepas itu dgn sekelip mata jin gemuk itu boleh datangkan balik enjin (harta). Dan jin gemuk itu katakan "Ini enjin 1 Malaysia yg punya".Atau diorang gunakan "Flying Carpet" untuk bawa pulang enjin yg hilang kot . Kalau Flying carpet da tentu FRee delivery.
Lagi satu kan Bro ISA , lu ni macam AR Tompel masih tak percaya sampai lu kata " Aku tak percaya , entah BAJU YAHUDI mabuk manakah dia orang da pi ambil balik enjin tu.??? Ha ha ha
hj jamaludin,
he..he..he..
sebagai managing director kadang2 kita kena buat2 bodoh, jangan tunjuk pandai... nanti diperbodohkan pulak.
lu paham maksud gua kan...???
depa habaq kata tak kena bayar pun hampa gadoh, kalau habaq kena bayaq macam bagi kat razak b sampai 500 juta lebih tu pun hampa gadoh juga.
Post a Comment