Apa Pilihan Lu Orang..???
>> Friday, May 28, 2010
Gua pernah siarkan entry pasal Bomoh kat sini. Gunakanlah logik akal lu orang semua dengan perbandingan antara Doktor dan Bomoh nih.... jangan terjerumus dengan Bomoh2 yang khurafat dan syirik sudah laa.... rosak akidah bro...
Selain itu berhati2 dengan setiap perkataan berkaitan penyembuhan perubatan ini, samada dengan doktor mahupun bomoh favourite lu orang.... diorang tu semua perantara dan penyebab sahaja... yang menyembuhkan setiap penyakit adalah Allah SWT...., dah tu... layan jelah kisah kat bawah nih...;
Doktor dengan bomoh, kedua-dua pekerjaan diorang mengubati orang.... jadi apa perbezaan mereka niyh?
bomoh: anak ni kena tindih dengan hantu ni masa nak tidur, lain kali kalau nak tidur basuh kaki....
bomoh: kamu ni dah terkena kencing langsuir, (handal betul tok moh nih... kencing langsuir pun dia tau... macam mana rupanya yeaaa.... kot langsuir makan petai/jering.... amacam...????) ha..ha..haaancingggg....
bomoh : ekau dah tersampuk sebab kencing rata-rata dan tak mintak izin penunggu.. lain kali kono sobut "tok nenek... anak cucu nak tumpang kencing..." muaaakahakahakhakk (ntah bila masa tok nenek lu orang duduk menenggek kat tepi busut tu...)
doktor: bil rawatan, ubat, khidmat kaunseling... semuanya RM200.00
bomoh: ekau bayar laa.... ikut ikhlas dan yang termampu udah le.....jangan lupa bawak garam sekilo.. buat putus ubat... (hehehe... apa kejadahnya garam sampai sekilo...?)
Sumber di cilok dari blog ini, pada 24/05/10. Minta halal yeaaa.... kepada tuan punya blog. Gua dah tambah garam dengan ajinomoto buat penyedap rasa.... ha..ha..ha....
1 IkutSukaLu...::
Salam Isa,
Pak Sheikh pernah jumpa bomoh satu Malaya, bila doktor pakar belum berjaya menyembuhkan. Pak Sheikh tak kisah, kesembuhan adalah dengan izin Allah. Kita juga berusaha.
Bercakap tentang bomoh, Pak sheikh kalau dapati bomoh sekian dan sekian keluar keris atau menurun, terus tinggalkan bomoh sekian dan sekian kerana jelas boleh letakkan kita ke jurang syirik.
Pak Sheikh juga pernah cuba perubatan alternatif,(ramai yang ada gelaran doktor yang didapati dari Universiti Open Universiti,Sri Langka dengan sedikit bayaran) dalam pelbagai bentuk. Tapi banyak juga yang mengarut. Guna terapi itu dan ini. Bayaran mengalahkan doktor pakar.
Pak Sheikh juga jumpa ustaz yang konon ada kepakaran mengubat mengikut perubatan Rasulullah S.A.W. Ada yang charge gila babi. Sembuhnya tidak juga. Alasan puak ini, Allah yang menyembuhkan. Mereka berusaha saja. Betul alasan itu.
Entahlah, Isa. Ada masanya rasa give up nak berubat. Tapi Setiap penyakit ada ubatnya melainkan mati,lebih kurang mahfum hadith Nabi S.A.W. Lalu, Pak Sheikh terus berusaha dan lebih berhati-hati agar tidak terjumpa dengan bomoh yang 99.9% adalah penipu dan boleh meletakkan kita dalam keadaan syrik terutama bila puak ni kata: "Kamu terkena sihir oleh orang yang berbadan kurus dan rambutnya kerinting".
Jumpa lagi. Salam wa'rahmah.
(nota: Isa , ada herba yang power yang boleh buang batu karang tak?. Dah tiga kali Pak Sheikh dibedah, tumbuh pula lagi).
Post a Comment