IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Peringatan..!!! Jangan Tertipu Dengan Karnival Jualan Murah Handphone.

>> Sunday, March 07, 2010

 

Maaf kepada semua penduduk Shah Alam, mungkin gua agak terlewat untuk mengeluarkan "peringatan" ini kepada lu orang semua. Banner di atas itu pun gua baru ternampak sewaktu gua pergi pasar seksyen 16 tadi, terus gua ambil gambar menggunakan camera henpon gua. Ok... lah asalkan lu orang boleh baca, lebih baik terlewat sikit dari takda lansung kan...?

Apa yang gua maksudkan dengan "peringatan" ialah, supaya lu orang tidak tertipu dengan jualan Karnival Hanphone seperti apa yang tertulis kat banner tu. Sebabnya ramai pembeli yang sudah tertipu, isteri gua dan kawan sepejabatnya salah satu di antara mangsanya.

Pada Desember 2009, mereka juga ada menbuat karnival di depan Pasaraya Ole-Ole Section 18, Shah Alam..., yang ramai berkerumun di karnival itu adalah orang2 melayu. Sudah pasti hasil jualan mereka berlipat kali ganda. Isteri gua yang degil (tak mau dengar larangan gua supaya tidak membazirkan duit untuk membeli henpon untuk anak2 : 3 orang) telah terpengaruh dan membelikan untuk anak sulung Iphone, anak kedua jenama CSL dan ketiga blackberry (semuanya buatan Singapore/China). Paling best semuanya bermasalah... ha..ha..ha... padan muka diorang...

Iphone - masalah memory card..., CSL... masalah tak boleh ON/OFF henpon dan Blackberry... masalah Bluetooth, tak boleh dengar suara pemanggil. Dua tiga kali ulang ke gerai yang diorang beli untuk selesaikan permasalahan tersebut sehinggalah tamat Karnival. Masalah masih berterusan. Apabila isteri gua telefon nombor syarikat yang tertera di resit jualan, mereka mengatakan henpon yang di beli bukannya dibekallkan oleh syarikat mereka dan tiada rekod nombor siri henpon yang di sebutkan. (Semua henpon tak boleh pakai... dan kerugian hampir RM1500.00 untuk 3 biji henpon termasuk kos repair itu dan ini)

Dalam waktu yang sama juga kawan bini gua pun menghadapi masalah yang sama di mana beliau telah membeli lima biji henpon blackberry sekaligus, kononnya untuk adik beradik dan sedara mara di kampung. Akhirnya mereka berdua sepakat melaporkan perkara ini ke Persatuan Pengguna dan masih dalam kes siasatan. Dan pihak Persatuan Pengguna pun ada memberitahu kepada isteri gua dan kawannya bahawa ramai yang datang membuat pengaduan berkaitan jualan tersebut.

Gua juga ada mendengar komplen dan suara tidak puashati dari peniaga2 kedai henpon sekitar section 18 yang mengatakan ramai pembeli yang terjebak dengan Karnival tersebut datang untuk repair dan pelbagai masalah berkaitan. Rupanya ramai yang tertipu.

Persoalannya di sini, jika ramai yang membuat pengaduan kerana tertipu dengan jualan Karnival tersebut, mengapa dan siapa yang mengeluarkan permit atau lesen perniagaan kepada pihak penganjur jualan ini. Mengapa di biarkan pembeli dan pengguna tertipu.

Kepada penduduk Shah Alam dan di mana-mana jua, janganlah lu orang semua menjadi mangsa penipuan Karnival Jualan ini, kerana semua produk handphone yang di jual adalah produk reject atau yang low quality. Hargailah wang lu orang. Dan gua juga bukannya nak bersikap rasis, tetapi ramai yang tertipu adalah orang melayu kita...

Dan gua juga mendapat maklumat semua gerai di karnival tersebut di naungi oleh seorang Tauke/Cukong saja, mereka menggunakan strategi perniagaan dengan memecahkan kepada banyak gerai di bawah satu Tauke bagi menampakkan persaingan harga jualan. Selebihnya... biarlah pihak Kera...jaan dan pihak berkuasa yang menyiasat perkara ini. Kerana bagi gua macam ada kes lu bela gua... gua bela lu.... asalkan masyukkkk....

Gua bukan nak buka pekong kisah yang terjadi kepada isteri gua... tapi sebagai contoh dan tauladan kepada para isteri di luar sana supaya dengar nasihat suami lu orang, memang apa yang mereka buat itu untuk anak2 tetapi ada had dan batasnya.

Dalam isu pembelian henpon oleh isteri gua itu... gua lansung tak masuk campur hinggalah ke peringkat melaporkan kepada Persatuan Pengguna. Sebab gua marah dan gua mengambil sikap buat tak tahu jer.., biar dia uruskan sendiri... sekarang ni baru dia ada akai sikit... (biasalah orang pompuan bila bab jualan murah jer... cepat tergoda... lastly bila tertipu, baru nak mengadu dengan suami... jawapan gua senang jer... lu buat lu tanggung la... gua tak masuk campur...)

p/s: Jika ada pihak Penganjur Karnival Handphone yang terbaca N3 gua ini, dan bercadang nak saman atau mengambil tindakan undang2 terhadap penyiaran/pendedahan ini..., gua amat mengalu-alukan tindakan lu orang semua...., pucuk di cita... ulam mendatang... silakan...

11 IkutSukaLu...::

Paan Ovrtd Sunday, March 07, 2010 3:35:00 PM  

Gua pun pernah beli henpon LG masa karnival ni 2 tahun lepas. Tapi ok je sampai sekarang. Tapi sekali lagi, bukan buatan China la.

ISA Sunday, March 07, 2010 3:42:00 PM  

Paan,

Nasib2 le..., yang pasti semua gerai tu.. cina, dan pembeli semuanya melayu.

Kiranya lu salah seorang yang bernasib baik kot...

Paan Ovrtd Sunday, March 07, 2010 4:25:00 PM  

Hahahaha! Mungkin jugak la. Selalunya yang lemah bab2 camni kaum hawa la jugak. Mudah bebenor percaya. Gua selalu jugak bercanggah pendapat dengan family dan kekawan bab2 elektronik ni. Padahal bukan x boleh bukak Pakcik Google kejap tengok benda tu soheh ke x, kan?

Yong Sunday, March 07, 2010 5:13:00 PM  

Amboi2!!! Bukan main lagi ngate orang pompuan. Ari tu Yong pegi SACC sebab Affinbank kat PKNS je. Ramai orang kat situ. Kebanyakannya lelaki. Walau bagaimanapun Yong setuju barang2 jualan nampak cekai

ISA Sunday, March 07, 2010 5:26:00 PM  

Paan,

Betul tu... at least carilah yang berkualiti dan berbaloi dengan RM kita..

ISA Sunday, March 07, 2010 5:28:00 PM  

Salam Yong,

He..he..he.. dah gitu lumrahnya orang pompuan nih, tapi bukannya nak ngate... teman cuma ngumpat jer... ha..ha..ha...

Yong, tetap nak mempertahankan orang pompuan nih..., dan gua pun akui... tak semuanya begitu..., ramai juga yang cereet bab kualiti nih.. tak gitu Yong...?

ISA Sunday, March 07, 2010 5:31:00 PM  

Yong,

"ramai juga yang "cerewet" bab kualiti nih.. tak gitu Yong...?"

Pembetulan untuk di atas, takut salah baca pulak... jadi "Cirit"

Maaf.. yeaaa...

Unknown Sunday, March 07, 2010 5:43:00 PM  

pi blah le.......beli iphone $550, nak warantty macam beli yang ori...perangai Melayu lama, beli nak murah, barang nak baik......pirrraaah. melayu reform.

ISA Sunday, March 07, 2010 5:47:00 PM  

Hashim,

Lu pandai baca atau tidak, kalau pemahaman kureng... jangan mengatal nak komen... buat malu diri sendiri jer...

Pergi makan paracetamol dulu...

Abd Rahman Thursday, April 22, 2010 11:02:00 AM  

Bro..hari ni 22 April 2010 ada start lagi karnival ni..gua nak taye la pengguna melayu ni..dari peratusan bro beli 3 hanphone=100% bermasalah..nampak dari komen blog bro ni aku andaikan 75% kata bermasalah
So plus bro=80-90% karnival ni teruk..so aku pon tak jadi la beli hanphone kat karnival ni..thanks bro

Anonymous,  Tuesday, May 04, 2010 2:20:00 PM  

thanks for info!

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP