IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Pendedahan Kelakuan Anak2 Zaman Sekarang.

>> Thursday, March 04, 2010

Semakin canggih teknologi, semakin canggih dan berani pula anak2 zaman sekarang memperlihatkan kelakuan tak sebonoh mereka. Malahan mereka berasa bangga pula dengan mendedahkan aktiviti sumbang mereka dalam Facebook, mySpace dan lain2 lagi.

 
 Perghhh... baik punya comolot....

Ini adalah salah satu contohnya, nak tau lebih lanjut lu orang boleh lawati (klik) blog ini. Banyak pendedahan dan gambar2 anak2 melayu yang memualkan. Buat malu kaum jer... depan mak bapak baik mengalahkan malaikat.... belakang mak bapak jadi kepala Iblis...

Kepada Kera...jaan "Ketuanan Melayu" apakah tindakan lu orang semua, kepada umno yang kononnya memperjuangkan "Melayu dan Islam" inikah hasil perjuangan lu orang selama ini.

Kepada Rais Yatim, agak2 apakah tindakan lu terhadap lelaman web seperti Facebook, MySpace yang telah di salah gunakan oleh budak2 ini semua. Apakah akta dan sekatan yang boleh lu lakukan dalam membendung hal-hal yang memalukan bangsa dan agama. Janganlah sibuk nak sekat dan mengugut blogger dengan pelbagai akta dan tindakan, sedangkan isu keruntuhan akhlak dan moral bangsa dan agama di kesampingkan.

Perkara pokok dan yang paling utama di sini.., adakah anak2 melayu ini semua beragama Islam...? Betulkah mereka beragama Islam...? Mungkin papagomo boleh tolong jawap kot... kerana PAS itu Melayu... umno itu Islam..., lagipun kalau ikutkan contoh dan tauladan dari Islam cara umno yang dipertunjukkan oleh para pemimpinnya ... inilah Islam yang sedang mereka pelajari, contohi dan di amalkan oleh anak2 melayu ini.

Apa pula kata Majlis Agama Islam, Tok Mufti dan Cendekiawan Islam semua dalam isu ini..., kalau nak bukti... rajin-rajinlah melayari lelaman web yang gua sebutkan itu..., tak perlu lu orang semua nak buat serbuan kat taman2 bunga dan sebagainya... duduk jer.. depan komputer dah boleh tangkap pelaku2 perbuatan sumbang ini. Bukan setakat yang berselingkuh..., yang penuh bangga tengah tonggang air kencing setan pun berlambak... takut lu orang jer... yang tak menang tangan nak buat tangkapan...

Cukuplah setakat ini... kalau bantai lebih2 nanti... tau pulak marah, tapi gua rasa individu2 yang bertanggung - jawap yang gua sebutkan di atas semuanya makan gaji buta dan sibuk berpolitik... macam sial... jer....

3 IkutSukaLu...::

Anonymous,  Thursday, March 04, 2010 11:46:00 PM  

haha kita ni..nak salahkan kerajaan dengan UMNO..si UMNo ni boleh jawab..pesal lak tanggungjawab diorang..masa tu kuar la masitah ngn harusani...tambah lak ngn ridhuan tee.. huhuh....suruh buat law untuk anak2 ISLAM ni tonat..tak nak..undang2 Melayu...cam zaman semerah padi..idak jugak.. hahahaha... adoi..bende ni biasa dah.....membe2 aku kalau yang jantan tu..tak ngire parti...sama aje perangai cam haram...ada sorang tu siap hasut aku lagi..adoi..nasib baik akai dan iman aku kuat..tu la uncle...kalau ada anak dara tu..jaga2lah..jngn dapat orang cam saya jadi menantu..dah saja ku tahu tidak BER-DARA-H...ku siasiakan...

Anonymous,  Friday, March 05, 2010 2:14:00 AM  

Anak muda ini di besarkan di Zaman Che Det menjadi PM selama lebih 20 tahun..Ini lah hasilnya pada anak muda yang akibatnya terpaksa kita tanggong,Di zaman itu lah dimana Peruntukan Sekolah Agama Rakyat di tarik balik dengan Rakusnya.Ulamak di hina dan artis di agongkan,Rasuah bermaharaja lela.,,lihat lah dan jangan meyesal pada mereka yang mengundi BN disepanjang Regim UMNO memerentah.Kita sedang di timpa bala sosial yang sangat ketara

SiamangBukit Friday, March 05, 2010 3:37:00 AM  

Ulama penipu mesti di bongkarkan. Banyak juga kerja sumbang dilakukan oleh rakyat yang berkerajaan Parti Kencing (PIS)

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP