IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Lanjutan Mak Bapak Jual Anak Dara.

>> Tuesday, March 23, 2010

Di sini di berikan beberapa tips dalam urusan menentukan belanja hantaran. Sekarang ini ramai yang mengeluh mempertikaikan belanja hantaran perkahwinan semakin mahal dan tinggi harganya, kalau nak murah boleh juga... senang saja, katil almari meja solek buat sendiri kekekekeke...

Kat sini cheq ada beberapa sebab/alasan kenapa zaman sekarang ni hantaran kahwin semakin mahal. Hah... hangpa bacalah:-

Sebab dan Alasan;
1. Anak pompuan sorang tu saja, kenalah buat secara besaran. 2. Anak pompuan sekolah tinggi 20 tingkat, banyak dah belanja pelajaran dah di habiskan.
3. Anak pompuan paling jambu dalam family.
4. Anak pompuan kerja high post
5. Anak pompuan biasa pakai barang branded
6. Anak pompuan yang tastenya... berkajang-kajang kalau disenaraikan
7. Kakak belum kahwin, jadi kena kasi double untuk belanja kakaknya sekaligus
8. Anak pompuan yang rasa dirinya... lengkap segala-galanya
9. Bapak pompuan tauke kayu balak, mak pulak bekas eksekutif
10. Untuk membuktikan yang si lelaki mampu menyara anaknya yang high-maintainence.

Selalunya jawapan yang diberi oleh pihak lelaki kalau hantaran melampau sangat (ni depa dok mengumpat antara family lelaki saja)

1. Eh!!!! ni nak meniaga anak ke apa? Kadang tu mak bapak ok jer... si anak pulak lebih-lebih.
2. Kalau pandai masak ke jahit ke, satu hal jugak. Ni asyik pandai mekap je..
3. Camni bilang kat depa simpan anak tu dalam store buat perhiasan.
4. Kalau lawa macam Karishma Kapoor tu takpa jugak. Ni hidung pesek macam kena lenyek je.
5. Apa diorang ingat kita sedara Bill Gates ke?
6. Lupakan sudah budak pompuan tu. Nanti mak carik kan yang lebih power dari Catherine Zeta-Jones.

Ini pula kata2 dari pihak sebelah pompuan yang lelaki teringin sangat nak dengar;
1. Ikut suka hatilah. Berapa yang pihak lelaki nak kasi..., kita ambik je,,,. member tak cerewet.

2. Takpelah... Kalau tak boleh adakan sekarang, kahwin dulu. Lepas tu bayar pelan-pelan cara instalment.
3. Jangan bimbang. Hangpa cuma adakan hantaran je.... Duit majlis semua kita sponsor.
4. Pasal sekarang ni musim grand sale sana sini, jadi kita ada staff discount. Hangpa cuma kasi 10% je.
5. Berapa hangpa nak bagi, bagilah. Nak ambik free pun takpe. Anak pompuan kita ramai lagi.6. Apakata kalau hangpa ambik kakaknya sekali. Tapi hantaran tetap sama. Kira 2 for the price of 1 ler.  Risaulah kakaknya tak kahwin- kahwin lagi... 

Kalau kena pulak family lelaki yang loaded kekayaan 7 keturunan tak habis punya, jawapannya :-
1. Okay setuju. Kita up lagi RM10,000. Nothing much ler....
2. Ehh... sikit benar!!! Camni tak nak lah.... Tak sama standard dengan kita punya expectation.3. Ni... hantaran kira Rupiah ke Sin. dollars..? Kita cuma simpan American dollars je.
4. Kita tak biasa pakai cash laaa... Hangpa pilihlah nak AMEX ke... Diners ke... boleh kata semua kredit kad kami ada la...
5. Sebagai hadiah upacara masuk meminang ni.. kami ada siapkan kereta Lambhorgini. Tu anak bujang kami tengah parking kat bawah tu.
6. Ni... hangpa mintak hantaran ke... mintak duit nak belikan dia baju tiduq... Murahnya...?

Ha.. ha..ha... gua cilok dari blog udanglipan, bukannya apa... sebenarnya ada lanjutan dengan topik ini, semuanya berkaitan dengan n3 sebelum ini berkaitan kisah mak bapak berniaga anak dara mereka yang gua pernah siarkan bulan lepas kot.... gua pun malas nak cari dan buat link.

Tunggu jelah sambungannya pukul 6.30pm nanti secara auto publish...

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP