IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Yahooo... Gua Nak Rebut Tender Ni...

>> Wednesday, February 24, 2010

Perkhidmatan pesawat pemintas MiG-29N akan diteruskan seperti biasa bagi tempoh sekurang-kurangnya lima tahun lagi selepas cadangan awal menamatkan perkhidmatannya tahun ini dibatalkan.

"Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan menimbang untuk mengekalkan perkhidmatan pesawat pejuang itu atas beberapa faktor, antara lain keadaan ekonomi negara yang belum pulih sepenuhnya."

"Walaupun kita berhasrat untuk mendapatkan pesawat MRCA, tetapi keadaan ekonomi negara belum mengizinkan," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), di sini, pada Selasa.
Sumber Bernama. Sebelum daripada itu seperti petikan sebuah akhbar perdana bahawa;
"Malaysia berada di landasan betul untuk mencatat pemulihan ekonomi tahun ini berdasarkan pertumbuhan ekonomi semasa melampaui jangkaan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Beliau berkata, berdasarkan petunjuk, Malaysia jelas menuju pemulihan ekonomi yang mana negara tidak lagi berada dalam keadaan ekonomi tidak menentu susulan kemelesetan ekonomi global sebelum ini.

"Kita sudah keluar daripada keadaan itu (tidak menentu),” katanya selepas melancarkan Thomson Reuters Islamic Finance Gateway di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Pegawai Kanan (Asean, rantau Asia Pacifik) Thomson Reuters, Edward Haddad dan Ketua Kewangan Islam Thomson Reuters Global, Rushdi Siddiqui.
Sumber dari: Berita Hairan

Adussss…. Siapa kelentong siapa nih…. Siapa yang bercakap benar nih…. Lu orang nilaikan lah sendiri… ekonomi dah pulih ke... belum...?

Gua nak submit tender untuk PROJEK ini pulak…, sebab projek rembat enjin kapal selam gua dah batalkan… jadi peluang nak songlap duit rakyat masih terbuka… kurang2 pun dapatlah komisen 200 ke 300 juta… kurang sikit jer… dari syarikat PeriMekar yang dapat komisen 510juta kapal selam tu...
Tapi gua bagi jaminan… kalau gua berjaya dalam tender ni… pasti tak akan ada perempuan cun melecun seumpama model yang akan mati kena letup dengan gua…. Itu pun kalau tiada tangan ghaib yang kacau proses tender gua nih…

2 IkutSukaLu...::

Pak Oncu Wednesday, February 24, 2010 1:16:00 AM  

ISA,,,, kau jgn nak mengarut,,,, buek jer kojo ekau tu hahahhahaha !!!!

Kakcik Seroja Wednesday, February 24, 2010 8:08:00 AM  

hmmm.. ekonomi? ekonomani? poning.. poning...

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP