Untungnya Jadi Katak Emas. Ada Berani...???
>> Wednesday, February 10, 2010
Apabila gua baca n3 dari PerakXpress ini, gua senyum sendirian... benar dan tidak dapat di sangkal lagi, itulah hakikatnya dan begitulah kenyataannya. Kerajaan Negeri Perak bergantung kepada 3 ekor katak kuang..kuang..kuang... untuk terus berkuasa.
Andai kata... jika ada sesiapa yang berani membeli katak2 ini dengan bidaan yang paling tinggi untuk melompat kembali ke Pakatan Rakyat, apakah mungkin UBN akan masih menjadi peneraju Kerajaan Negeri Perak..? Begitulah juga sebaliknya... lompat sana.. lompat sini... siapa offer lebih gua lompat... peduli apa cakap2 orang... inilah masanya untuk buat duit dan harta... huhhh... syoknya... pakcik kayooooo....
Dan apakah mungkin Mahkamah juga terpaksa bersidang semula untuk mengesahkan siapakah Menteri Besar Perak kali ini. Dan apakah mungkin penghakiman yang berlaku semalam akan bersifat adil atau masih berpihak kepada UBN.
Apakah mungkin Sultan Perak akan akur kepada majoriti Ahli Parlimen Pakatan Rakyat setelah katak2 emas itu melompat semula bagi membentuk Kerajaan Negeri Perak. Banyak lagi kemungkinannya.
Persoalannya...? Adakah jika berlaku lompatan katak2 itu seperti yang gua bayangkan... apakah segala bentuk perundangan yang berjalan secara songsang selama ini akan diperbetulkan atau bertambah songsang bagi memenangkan UBN.
Ha..ha..ha..., gua cabar ni... kalau nak test kewibawaan UBN dan Tuan Tanah Negeri Perak selama ini, cubalah "counter offer" 3 ekor katak2 emas itu... dan sama2 kita tunggu dan lihat... betapa meloncatnya UBN sekali ini.
Melainkan UBN kena bela 3 ekor katak2 itu dengan sebaik2 penjagaan, cukup segala kebajikannya dan di kurung dalam sangkar emas serapi mungkin. Akan tetapi ianya sedikit sebanyak akan memeningkan kepala tuannya... iaitu MB Harmsah kerana "demand" katak2 emas itu semakin hari semakin tinggi... nak itu nak ini... hehehe...
Untung juga jadi Katak Emas yeaa.... inilah peluang nak berlagak dan kerek..., apa barang kalau jadi macam katak Pasir Mas... tak ada nilai lansung... kalau kena lenyek tayar lori khinzir kat highway pun orang tak pandang... no value beb....
Kalau gua jadi Katak Emas ini..., inilah masanya gua nak bermanja dengan UBN sambil mengikis dan buat harta... dalam waktu yang sama gua mohon kerakyatan Negara Switzerland... cukup tempoh nak dekat PRU-13 gua angkut anak bini pi duduk sana... dah kaya... beb.... nak bertanding apa lagi... cabut la....
4 IkutSukaLu...::
disebabkan '3' itulah tak pasal2 bertukar tampuk..
nampaknya strategi ni rakyat nampak ke'pelik'annya..
lagi2 bila semalam keputusan 5-0 (apa dalam pikiran saya?..cuba teka..
adakah disebabkan ada '5' pulak?)
Lompat si katak lompat,
Lompatlah tunggi-tinggi,
'Demand' lah katak cepat,
'Demand' lagi tinggi-tinggi.
Lompat si katak lompat,
Lompatlah tinggi-tinggi,
Cepatlah katak cepat,
Bila lagi nak susahkan Zamri.
Lompat si katak lompat,
Lompatlah tinggi-tinggi,
Sebatlah katak sebat,
Sebelum PRU13 boleh cabut lari.
Lompat si katak lompat,
Lompatlah tinggi-tinggi,
Cepatlah bro ISA cepat,
Bila lagi nak jadi macam blogger Merapukari???
Kah kah kah...
Jangan marah haaa bro ISA...!!!
Kalau marah nanti ente kena lelong kat down town velodrome cheras!!!
Kah kah kah...
mangkok yg buat keputusan tu tak pikir pasal katak tu... kahkahkah
alo bro ade 1 komen di blog http://taipingmali.blogspot.com/2010/02/ku-li-perlu-hantar-surat-mohon-keluar.html#comment-form
yang menghina sultan kelantan..wlaupn mgkin secara sinis,tp rasanye mamat nie mcm menuduh sultan kelantan ada kepentingan kpd royalti minyak kelantan,tlg ulas skit bro mamat yg berdegar2 laungkn daulat tuanku nie...bila org lain kata kt sultan wat repot polisla ape la..fakap!!!
hahn berkata...
Ku Li itu kan keturunan rapat kepada Sultan Kelantan. Dengan tidak secara langsung tentunya Sultan Kelantan mendapat faedah dari royalti minyak itu. Inilah pendirian Ku Li membelakang parti demi keluarga (semangat kenegerian) atau oleh kerana sukarnya mendapat royalti itu agaknya Ku Li di janjikan juga imbuhan.
2010 Februari 11 00:28
Post a Comment