Pow... Jangan Tak Pow...
>> Wednesday, February 24, 2010
Tengahari tadi gua ada lunch appointment dengan seseorang (Dato') di PJ Hilton, biasalah berbincang soal bisnes dan berbual2 kosong sambil berlawak jenaka. Dato ni very low profile tetapi seorang ahli perniagaan yang berjaya. Dan beliau adalah mentor gua dalam selok belok perniagaan... banyak yang gua pelajari dari beliau... hingga ke peringkat kena dera... pun ada... hasilnya... gua adalah gua sekarang ini... Alhamdulillah... syukur dengan rezeki yang di kurniakan, walaupun gua pernah tersungkur gilerrr... sebelum ini.
Apa yang gua nak kongsikan di sini secara ringkas jer...., adalah sikap ahli politik yang suka mengambil kesempatan atas kesenangan orang lain, kalau tidak susahlah seseorang ahli perniagaan yang bergelar Dato mahupun Tan Sri nak cari makan... ehem..ehem... lu orang paham2 jelah maksud gua kan...
Gua amat hormat dan tabik kat Dato ni sebab... salah satunya kerana tabiat beliau pada setiap tahun akan sponsor fakir miskin untuk menunaikan umrah, minimum 50 individu dari seluruh negeri, semuanya dari segi penginapan, makan minum dan tiket penerbangan di tanggung beres, individu terpilih hanya perlu menyediakan passport sahaja.
Dalam rancak berborak tengahari tadi kami di datangi oleh setiausaha beliau... hehe.. (awek cun cina fasih berbahasa Malaysia) joint sekali di meja kami, dalam pada itu beliau menghulurkan senarai nama rombongan umrah untuk tahun ini kepada Dato untuk rujukan sebelum pengesahan akhir.
Gua perhatikan jer... urusan mereka berdua... dan dalam diorang dok sok..sek.. sok.. sek tu... Dato pandang ke arah gua.. dan menghulurkan senarai tersebut... gua pun ambik dan buat2 tengoklah senarai tu... sebabnya gua pun tak berminat nak tengok.. kerana takda kena mengena pun dengan gua...
Dalam pura2 membelek senarai tu... mata gua terbeliak apabila terpandang ada dua salinan senarai daripada dua orang ahli politik... he..he..he... yang sorang tu taraf menteri dan yang sorang lagi tu... ada pangkat yang tinggi jugak la dalam umno sebelah kuala lumpur sana tu... selalu jugak keluar surat khabar (sorry... gua tak boleh dedahkan nama diorang kat sini).
Yang menteri tu..., kononnya sponsor 15 orang bawah nama dia, dan yang orang kuat umno kat sebelah kuala lumpur tu pulak sponsor 20 orang bawah namanya dan terselit nama seseorang yang ada gelaran Dato dan Datin... ha..ha..ha... gua tengok pun kelakar... kesemuanya kroni2 belaka.....
Sambil hulurkan kembali senarai tu pada Dato.. gua berkata untuk panaskan keadaan... "itu bukan senarai fakir miskin Dato..., hampir kesemuanya nama ketua bahagian umno ntah mana2 dan ada juga nama Dato yang terselit... dah kaya pun nak mengambil kesempatan..." geleng kepala orang tua tu sambil mengeluh dan melepaskan satu renungan yang jauh... tengah fikir panjang gamaknya..., gua perhatikan jer... lepas tu setiausaha Dato pulak menyelit bertanya.. "macam mana Dato...? you nak review dulu atau nak approve..?".
Dato terus bagi jawapannya... "Approved, nanti susah pula nak cari makan...", perghhh... dalam maknanya tu..., sebelum kami bertukar kepada tajuk lain... Dato sempat bagitau gua sebab musabab kenapa dia tolak anugerah untuk gelaran Tan Sri...., dengan gelaran Dato pun macam2 kena pow... inikan pula Tan Sri... dia bersusah payah membina empayar... orang lain pula yang menangguk mengambil kesempatan. Sekarang baru gua faham....
Dan bagi gua pulak... yang menteri tu gua memang dah lama benggang dan menyampah... kena pula yang ini lagi buat gua menyampah gila babi punya..., sponsor kroni pergi umrah konon... yang menanggung kos semua tu orang lain... menteri yang dapat nama... he..he..he... Menteri ni.. baik... suka buat amal jariah... piiirahhhh... macam haramjadah..... menipu jer...
Maaflah... kerana gua hanya boleh bercerita secara ringkas jer... banyak perkara yang sensitif melibatkan individu politik.... dan apabila sekadar cakap dengar (hearsay)... gua tak berani nak publish kat blog, kecuali kisah dua ekoq ahli politik umno yang gua sebutkan... kerana gua sendiri lihat buktinya dan tersangat tidak puashati dengan sikap ahli politik dari umno nih.... suka mengambil kesempatan... dengan nama dan kuasa yang ada pada mereka.
Tapi walau macam mana pun rezeki beliau memang murah sungguh, berkat sedekah dan berzakat. Dan tahniah buat beliau kerana pada awal bulan March ini syarikat beliau akan memulakan projek pengstrukturan kawasan dan pembinaan semula kompleks perniagaan yang bernilai RM5billion di bandar satelite...
10 IkutSukaLu...::
bro/uncle ISA..bagitau la aku.. plzzz hahahaha bezz ni.. buat cerita ngn kengkawan.. ahahahaha...tak pe la..aku teka... hmmmmm Puad zarkashi??? heheh tak pun warno dogol!!! wahahahaa
bro isa.. bgtau lah.. nak baut aksi panas nanti.. kahkahkah
Bro ade check tak nama Hj Jamluddin... mana tau dapat sponcor gak... Kroni kan dapat.. kahkahkah
Kalau depa ada telur, depa tak amik sponsor tu sebab di kuatiri jadi bahan mulut, macam KES TGN Aziz...
Yong pun nak teka. Menteri tu antu raya, sebab pandai menyamar jadi macam best je. Pemimpin ameno tu pulak pelesit sebab pandei menyelit dan mengambil kesempatan. Datok2 yang minta sponsor dalam senarai tu suma muka tembok nak ambik duit orang je, aku teka mesti toyol sebab perangai same. Amacam? Betui tak tekaan Yong.
Salam ISA,
Aku selalu support Ust Farhan Abdullah dalam bab derma2 ni.
Sebab bagi aku dia punya perjuangan lagi jerit perih.
Kalau nak kenal Ust Farhan Abdullah hang Google jek.
Ya,dia bekas pastor.
Tahfizbestari.com
AKAUN MAYBANK DIA 5622-63-012940
Kalau bro nak no HP dia pun aku boleh bagi (tapi melalui email la..)
Kang kat sini kang ramai pulak nak bunuh dia nanti
Kalau bro dapat bantu Us Farhan,aku amat sangat2 galakkan.
ampisss betul IHSB kat facebook dah dilenyapkan dari alam maya.... cilako punya puak2 jubox nieee.. bacul.. pengecut
no komen,,,,,,,,, elok lah dato poie kampong kampong mencari manusia yg daif lagi fakir,,,,,, ISA ekau leh buek kojo ni,,,,!!! jgn lah di negeri selangor jer masuk kan lah n9 sekali hahahahahha
Haji Jamaludin,
Ulasan lu gua padam sebab lu terlalu sengal dalam memberi komen.
Selalu out of topic. Dan tak membina lansung mahupun dari sudut agama atau ilmiah.
Kebnyakkan komen lu lebih kepada berunsur fitnah, itukah yang lu belajar dari puak umno.
Lebih baik lu pergi main jauh2 atau buat komen dalam blog puak2 umno, lepas ni gua tak akan layan komen lu lagi...
Kalau tak puashati... lu bukak blog sendiri dan tulis semua fitnah mengikut mentaliti lu... dan takda siapa yang nak kacau...
Sengal.. tak boleh di bentuk lagi dah...
hj jamaludin mmg sengal,nama je HJ,haji dan ka apa??
kahkahkah padan muke haji... komen tak di layan.. Sape kate pegi umrah atas tajaan tak akan di berkati? sapa kata haji? kahkahkah
tulah tak de pokok pangkal nak kritik... memang cam pangai orang melayu umno penang la.. takde ujung pangkal pastu nak melompat.. hahaha
baca,fahamkan, tak faham tanya jangan jadik bodoh dan sombong..
Post a Comment