IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

PDRM Tiada Integriti Bawah Musa Hassan.

>> Sunday, February 21, 2010


Part 1


Part 2

"Wanita ini tidak memilik sebarang senjata berbahaya. Ibu tunggal yang malang ini sedang berada dalam kereta tapi ditembak seperti haiwan,"
Ekoran dari kejadian tembakan itu ibu kepada seorang anak berusia 11 tahun itu telah mengalami kecacatan kekal yang mana tapak tangan sebelah kanan beliau telah hancur, separuh dari paru-parunya terpaksa dibuang dan dua tulang rusuknya patah akibat lima das tembakan polis. klik sini

Kronologi kejadian boleh baca di sini, di mana beliau dan rakan2nya di seksa dan di paksa membuat pengakuan untuk menutup salah laku polis yang macam haramjadah tu.

Contoh lain seperti kes seorang budak yang mati di tembak polis dalam keadaan tangan bergari... klik sini. Apa sudah jadi dengan kes ini... senyap bukan...? Di manakah pembelaan kepada keluarganya...? Harammmmm... mati katak jelah...

Contoh terbaru..., seorang budak yang sedang menunggu bapanya di Stesen LRT tiba2 di pelupuh oleh empat orang anggota polis tanpa usul periksa.... klik sini.

Persoalannya...? Apa yang sudah terjadi dengan Jabatan Polis Di Raja Malaysia ini (PDRM). Adakah dengan kuasa yang ada, mereka boleh bertindak dengan sesuka hati dan sembrono tanpa rasa tanggung-jawab. Ini bukanlah kes pertama... dan sebelum ini pun banyak kes yang melibatkan kecuaian dan kebangsatan polis2 ini semua.

Laporan dan banyak pengaduan di buat... semuanya hampeh.. dan di senyapkan... akhirnya... Melayu mudah lupa.... dan diorang pun seronoklah nak membuli dan kerek tak tentu pasal dengan seragam diorang tu... dengan perkataan ... "Kami Polis..." perghhh... macam bagus2 jer... dalam drama Gerak Khas boleh la... bila cakap macam tu orang dah goyang konon...

Cuba kat luar dalam dunia nyata..., "Kami Polis...", lu orang jerkah jer... apa...? Polis...? Kad kuasa mana...? Nak apa...? Ada waran...? lu orang tengok la... polis tu yang goyang balik wa cakap lu..., tapi dengan syarat... lu orang mesti clean.... jangan pulak lu orang ada hal (kalau ada hal tapi berlagak cool, peluang 50/50 la...) kalau tidak kat situ jugak lu orang kena belasah... ha..ha..ha.... sendiri mau ingat la....

Berbalik pada tajuk, wajarkah jika PDRM (Polis Di Raja Malaysia) di tukarkan kepada PRDM (Polis Raja Di Malaysia)..?

Maka wajarlah jika KPN - Musa Hasan nak letak jawatan pada bulan March 2010 ini (tapi mengikut cerita biras gua dalam bulan May 2010, yang mana satu betul gua pun tak tau, yang pasti eloklah dia berambus secepat mungkin), kerana dalam zaman dia lah... banyak perkara2 pelik dan ajaib berlaku, dan kepercayaan orang ramai kepada Polis sebagai penjaga keamanan semakin terhakis.

Gua tak nampak lansung apa jasa dia pada Malaysia dan Rakyatnya, apa yang gua tahu kes dadah yang hilang dalam balai polis Johor Bahru bernilai RM48juta tu masih belum setle lagi... perghhh... ini lah kes yang paling bangang dan bodoh oleh PDRM sepanjang gua hidup ni... Dadah nilai RM48juta boleh hilang macam tu aje... dari dalam bilik kebal bahan bukti Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) pulak tu.... hebat.. hebat..., sama hebatnya dengan sarjan yang hilangkan enjin jet pejuang TUDM...

Malaysia hebat kan...? Dan Selamatkah kita semua...?

Ini sebagai Renungan, tiada kaitan dengan cerita di atas;
Kepada puak2 Melayu yang mengaku Islam terutama puak2 umno... bukalah mata lu orang semua..., jadikan Musa Hasan ini sebagai contoh di mana tidak semestinya Bapak dia seorang Ustaz dan Guru Agama, maka anaknya juga akan terikut dengan didikan Agama sejak dari kecil.

Gua yakin Ustaz Hasan Azhari telah memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak2nya... tetapi lihatlah hasilnya... Musa Hasan dari tukang angkut tilam jadi KPN yang haprak... dan makan caci maki sumpah seranah rakyat Malaysia dari tahun 1998 hingga la ni...., sekoq lagi tu.. dapat title Dato... sebab banyak berlakon sebagai Dato dalam filem dan drama.... peluk bini orang... anak orang .. yang bukan muhrimnya atas alasan berlakon... hukumnya tetap HARAM...

Dan gua pun ada pengalaman di mana gua berkawan dengan anak seorang Pak Imam, di mana gua mengaji Quran dengan bapak dia, member gua ni... nama punyalah sedap mengikut nama salah satu bulan dalam kalendar Islam, hasilnya sekarang ni member gua ni salah sorang dari gangster gang tarik kereta kat jalan Klang Lama... apa dah jadi ni... salah bapak dia ka...? Tapi member tetap member... gua kawan jer... perangai janganlah di ikut.... he..he..he.... bila sesak... calling2 jer... weiii... lu tolong gua... bla..bla..bla... setle problem...

Kepada Wardina... lu bersabar jelah... rezeki Allah yang beri.. bukannya TV3 suku atau syarikat2 lain yang beri.... selagi boleh sedut oksigen Allah ini... selagi itulah rezeki tu ada.. jangan tunduk dan menjadi hamba duit atau hamba kepada sang penguasa, kawan2 dan orang sekeliling kita...

Lebih baik dengar lagu Raihan lagi bagus... Iman tak dapat di warisi dari seorang Bapa yang Bertaqwa... puak2 umno totok hafal lagu ni... tapi tak meresap ke jiwa... sebab dah tebal karat birunya... ha..ha..ha....

4 IkutSukaLu...::

Pak Oncu Sunday, February 21, 2010 10:36:00 AM  

Iman tak dapat di warisi dari seorang Bapa yang Bertaqwa..... maka jadi lah ianya mangkok hayun n haram jadah,, tidak ado laie nilai nilai kemunusia dalam diri nya yg ada hanya lah nilai nilai n sifat sifat haiwaniah!!!!!!!! hahahhahahah
ekau setuju tak ni ISA???

ISA Sunday, February 21, 2010 11:07:00 AM  

Pak Oncu,

Eden setuju bonarrrr.....

noorafzan.blogspot.com Sunday, February 21, 2010 12:37:00 PM  

kalau kamu tak kuarkan entry ni, sumpah sampai bila2 pun kita tak tahu cerita sebenar..
pepun thanks bro..

sekarang saya dah jelas..
macam2 dah Allah SWT tunjuk kat kita bukti kepincangan mereka2..
bangkai gajah manalah boleh disorok kan..

nyamuk Sunday, February 21, 2010 1:53:00 PM  

betullah bro.... aku pun dah tak caya dengan polis nieeee.. betul ke banyak kes 2 sebelum nie selesai... atau mereka yang mati yang di gelar bermacam-macam geng tu betul wujud atau sedar menjadi mangsa penipuan polis bagi menunjukan pada masyarakat antarabangsa polis kita nie paling cekap.....

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP