IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Mahkamah Lawak Antarabangsa,

>> Wednesday, February 10, 2010

N3 ini buat kawan2 yang bertanya kenapa gua tak mempercayai kes liwat 2, dan kenapa gua tak percaya pada Hakim dan Mahkamah Malaysia. Sebabnya, perjalanan kes yang terdahulu tak nampak telus dan mahkamah menjadi bahan lawak antarabangsa.... salah satu contoh seperti di bawah ini.

Seperti yang gua katakan pada kawan2 di luar sana, gua pasti dan teramat yakin, Anwar pasti akan ke penjara 20 tahun. Perbicaraan ini hanyalah satu prosedur jalan ke penjara sahaja, kerana hukuman dan keputusannya sudah siap.

HARI 5 - 1 April 2003 (Bahagian 2)

THE CORRIDORS OF POWER : Raja Petra Kamarudin

Alibi Anwar adalah sekuat Rock of Gibraltar.

Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur diberitahu bahawa menurut Seksyen 402A Kanun Acara Jenayah, alibi tertuduh berkenaan kedudukannya ketika jenayah didakwa dilakukan perlu disiasat dan ditentukan oleh polis.

Pada mulanya, Anwar Ibrahim dan adik angkatnya dari Indonesia, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja didakwa meliwat Azizan Abu Bakar sekitar Mei 1992 di Tivoli Villa.

Anwar kemudiannya berjaya membuktikan alibinya. Alibinya adalah bahawa Tivoli Villa masih dalam proses pembinaan dan belum pun siap pada Mei 1992. Jadi, kejadian itu tidak mungkin berlaku.

Apabila Pembelaan memfailkan Notis Alibi, dan Pendakwa menyedari kesilapan mereka, mereka terus meminda tarikh dalam pertuduhan kepada satu hari dalam 'Mei 1994'.

Pembelaan membantah tindakan yang tidak ortodoks itu, dan Hakim ‘berani’ pula mengatakan bahawa Pembelaan sepatutnya berdiam diri. Menurutnya, Pembelaan sepatutnya membiarkan Pendakwa meneruskan hujah dan membuat kejutan pada akhir perbicaraan, yang mana ia dapat memusnahkan kes Pendakwa.

Pembelaan dengan ikhlas mendedahkan kesilapan besar ini (pertukaran tarikh), tetapi jangankan dia membuang kes itu, malah Hakim membenarkan pindaan saat akhir itu, dan mentertawakan Pembelaan kerana tidak cukup licik.

Ya, hanya seorang yang licik yang akan menyarankan strategi licik seperti itu – kini terbuktilah bahawa perkataan 'licik' terlalu sopan bagi menggelarkan hakim berkenaan.

Kemudian, mereka mendapati bahawa ada satu lagi masalah 'kecil'. Azizan menyatakan bahawa dia tidak pernah diliwat tahun 1992 dan bahawa semua kejadian liwat berlaku - jika ia memang benar-benar berlaku - sebelum Mei 1992 (kemudian, dia mengubah pula tarikh itu kepada 'September 1992').

Jadi, kini, 'Mei 1994' juga tidak dapat digunakan dan mereka sekali lagi terpaksa meminda tarikh dalam pertuduhan. Namun mereka tidak boleh memindanya kepada 1992. Jadi, mereka memilih 'satu hari pada 7:45 malam dari 1 Januari 1993 hingga 31 Mac 1993' sebagai tarikh baru. Bagi mengesahkan tarikh baru itu, Azizan terpaksa mengubah keterangannya dan mencanggahi keterangannya sebelum itu.

Selanjutnya baca di sini.

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP