Kerajaan Perpaduan Tidak Akan Berlaku - Presiden PAS.
>> Friday, February 19, 2010
Semenjak kes keputusan JKD-PAS berkaitan Khalid dan Hasan, gua dah malas nak ambik pot lagi perihal dalaman PAS..., nak terlungkup ke... nak mampus ke... itu parti punya hal... sebab semuanya politik maaa..., hanya sebagai wadah perjuangan menuju pembentukan kerajaan negara Islam.
Memandangkan saf kepimpinannya sendiri dah tak terkawal, di penuhi oleh dedalu2 perpaduang, kemudian bosan dengan ahli yang fanatik tertelan pil wala, so... gua ambil sikap tunggu dan lihat... sejauh mana tarian wayang kulit PAS dengan permainan tabla umno hendak beronggeng.
Bila terbaca di bernama, kenyataan Haji Hadi..., gua rasa dia dah terjaga dari tidur akibat maki hamun dan teguran dari pelbagai pihak, terutamanya para bloggers..., tetapi apa yang gua perkatakan ini hanya dalam topik ini sahaja... sebab perjalanan politik ini masih panjang... boleh berubah-ubah...
Baru-baru ini, 50 penggubal undang-undang Australia itu telah meminta Malaysia menggugurkan pertuduhan yang melibatkan Anwar itu. Tindakan mereka ini dikecam hebat oleh pelbagai pihak di negara ini kerana dilihat cuba mencampuri urusan dalaman Malaysia.-- BERNAMA
Abdul Hadi bagaimanapun berkata PAS tidak bercadang untuk mengemukakan sebarang bantahan berhubung campur tangan anggota Parlimen Australia itu.
Beliau mencadangkan agar badan kehakiman negara ini diletakkan di bawah Parlimen atau Majlis Raja-raja bagi mengelak badan itu dipengaruhi oleh mereka yang berkepentingan.
Mengenai cadangan PAS untuk menjalin kerjasama dengan UMNO dalam isu-isu keselamatan, ekonomi, agama dan politik, Abdul Hadi berkata PAS sentiasa terbuka untuk mengadakan sebarang bentuk muzakarah dengan UMNO.
"Kita bersikap positif sepanjang masa dalam perkara yang positif, yang baik dan kita akan bekerjasama," katanya.
Bagaimanapun, menurut Abdul Hadi, kerjasama untuk membentuk kerajaan perpaduan seperti yang pernah dicadangkan dahulu tidak akan berlaku.
Lu orang baca yang warna merah tu.... dari konteks ayat... menyatakan ketegasan Presiden PAS, jika benar Alhamdulillah... dan gua berharap PAS dapat memantapkan Parti demi perjuangan Islam. Bukannya memantapkan puak2 UG...yang masih berkeliaran di dalamnya. Buatlah perubahan demi kesejahteraan Parti dan negara Islam.
JKD-PAS sudah jadi kambing hitam...? ini pun harus di perbetulkan... SU Agung PAS... ? malas nak cakap banyak pasal mamat nih.... lu orang nilaikanlah sendiri... secara neutral... tanpa pengaruh pil wala...

9 IkutSukaLu...::
aku perasan...PAS start huru hara..sjak bagan pinang...adoi..takkan pasal bagan pinang kot suma dah tak tntu hala... camana ni..macam la PAS tak biasa pada kekalahan...tapi apa pun..pasal bagan pinang..terpaksa diakui..populariti doremon lebih mndahului zulkifli ahmad dari PAS...hmmm
Helo bro ...lu nak melingkup ke nakm berambus ke itu lu punya hal.
Aku dah berpuluh tahun ikut Pas.
Pimpinan dtg dan pergi....begitu juga mereka yg mendakwa pejuang Islam.
Sapa2 tak tahan dgn ujian dan halangan dlm perjuangan Islam sememangnya akan pergi tanpa dihalau.
Aku tak kisah berapa ramai yg tinggal dlm Pas...selagi hidup perjuangan Islam akan diteruskan.
Budaya hangat2 tahi ayam tiada dlm perjuangan Islam.
Budaya nak glamour, nak sanjungan , nak balasan dan dihargai dan lain2 lagi tiada dlm kamus perjuangan Islam Pas.
Pengalaman dlm perjuangan mengajar akan kerenah dan mehnah yg mencabar ketahanan mental dan fizikal.
Apa yg berlaku sekarang belum apa2 lagi..tapi bagi yg masih mentah memang biasalah cepat melatah seolah-olah dunia akan kiamat.
AzamDean,
Start huru hara sejak perbincangan mat spek dalam gelap (UG).
Dan pendedahan Ustaz Ahmad Awang dalam Muktamar PAS di Ipoh, isu berkaitan sejak PRU-12.
amri,
lu sakit ke...? pergi hospital bro...
-xyah sruh g spital, sruh telan pil wala' byk2 lg..brula die bole cite kat sume yg die dah brpluh tahun telan pil wala'..citt, poodaah!!
zargus2702,
lu lagi ganas bro... ha..ha..ha..
"Abdul Hadi bagaimanapun berkata PAS tidak bercadang untuk mengemukakan sebarang bantahan berhubung campur tangan anggota Parlimen Australia itu."
Malaysiakini baru menyiarkan interview dgn Presiden PAS dimana Presiden PAS menyelar tindakan ahli parlimen australia.
jadi, apalah sangat kenyataan ini,
"Bagaimanapun, menurut Abdul Hadi, kerjasama untuk membentuk kerajaan perpaduan seperti yang pernah dicadangkan dahulu tidak akan berlaku."
Ini bukan pertama kali kenyataan tersebut dibuat. Sejak kenyataan pertama, sudah banyak kali kenyataan tersebut diulang.
Dari segi tindakan, isu kerajaang perpaduang ni masih lagi hidup dan aktif sakan. Yang mati mungkin istilah " kerajaang perpaduang" kot sebab puak-puak UG ni dah panggil dengang nama lain yang kita tak tahu.
UMNO sekarang ini sedang menyediakan satu lagi bola tanggung untuk PAS sumbat gol sendiri - isu sebatan wanita.
aku dah dapat rasa siapakah pemimping PAS yang akan ulas isu ini dan merembat bola tanggung ke dalam gol PAS. adakah penjaring gol tersebut striker handalan dari team kerajaang perpaduang? Saama-sama kita tengok...
bat_lapang(bat8)
bat_lapang(bat8),
Terima kasih gua setuju dengan lu, baca perenggan 3, sebab itu gua katakan 'dalam topik ini sahaja'.
Gua cuba bersikap positif, at least bagi gua satu jentikan ke telinga Hj. Hadi. Kita tengok sejauh mana permainan mereka.
Dalam ayat ini pun 'Mengenai cadangan PAS untuk menjalin kerjasama dengan UMNO dalam isu-isu keselamatan, ekonomi, agama dan politik, Abdul Hadi berkata PAS sentiasa terbuka untuk mengadakan sebarang bentuk muzakarah dengan UMNO.' banyak yang perlu di perhalusi.
"menjalin kerjasama bro..." dalam bentuk apa tu...?
Orang Politik ni memang pandai buat kenyataan politik mengikut keadaan dan tempat.Esok lain pulak nadanya...Cuma aku nak tengok /dengar apa mainan mereka bila TGNA dah tak lagi menjadi faktor didlm PAS...
Post a Comment