IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Hari Ini Gua Terjah U.K-5...

>> Saturday, February 13, 2010

"Hello bro... haa.... gua dah bayar tol Sungai Ramal.... ok..ok...., Tol Bukit Kajang.. ok..ok... Sungai Jelok... ok...ok.. jumpa Petronas, Shell... Giants... ok.. kowtim..." begitulah ungkapan perbualan tepon antara gua dengan Blogger KulupSakah tengahari tadi.

Sebenarnya gua dalam misi terjah ke Cafe U.K-5 kepunyaan beliau yang baru seminggu di lancarkan, minggu lepas gua tak dapat hadir kerana sibuk dengan tugasan, so hari ini... cuti dan ofis gua pun dah "declared" cuti sampai "Chap Goh Mei". 23hb Feb. 2010 baru start beroperasi kembali... perghhh raya hindu budak2 gua...

Berbalik pada misi terjah gua ke Cafe UK-5  ni... antaranya atas niat memenuhi undangan saudara kulupsakah yang dah beberapa kali tak pernah dapat gua penuhi, keduanya kerana ha..ha..ha... antara menu kegemaran gua adalah Masak Lomak Cili Api... (ikan keli salai, daging salai dan ayam) tambahan pula kalau pedas giler dan yang menyediakan/memasaknya adalah orang negeri sembilan.... fuyyyooo... pasti ngancam jiwa.. wa cakap lu...

Sesampai jer..., member dah siap tunggu depan cafe dan siap reserve lagi parking untuk gua.. perghh.. macam VIP pulak gua hari ni... apalagi gua bagi ucapan selamat sejahtera, bersalaman dan bertanya khabar lebih kurang dan start order makanan, gua order masak lomak cili api ikan keli salai.... gua punya Mem Besar (bini gua la...) order set masak lomak cili api ayam biasa dan anak2 gua order ikut suka diorang sambil mengerjakan barisan keropok dan jajan dalam cafe tu...

Selesai membelasah... burppp... Alhamdulillah kenyang... sampai pulak hidangan sup ayam special.. yang ini dimasak khas dan dibelanja oleh "kulupsakah" (tauke cafe), huhhh... melantak lagi... apa lagi gua belasah jer... rezeki jangan di tolak... kalau tidak takan perut gua ni ada iras2 parpukari... cuma perut gua slim sikit jer.. dari mamat tu... masih maintain (six pack).. ha..ha..ha....

Overall.... gua salute masak lomak cili api masakan isteri kulupsakah... perghhh... memang sodap dan memenuhi selera penggemar masakan tersebut, tak perlulah gua ke R&R Seremban lagi sekadar nak menikmati masak lomak cili api kalau gua terasa gian nak makan... ha..ha..ha... gua dah ada port baru... mana lagi kalau bukan U.K-5... insyallah kalau gua gian dan ketagih lagi (mengidam)... pasti gua akan repeat lagi di UK-5. Memang best... (Kak Leha, KakCik Seroja, Ummu Asiah, M3M.. jangan jealous.. ha..ha..ha..)

Selesai kow tim semua makanan... gua order lagi tambahan air dan lepak2 sambil berbual dengan kulupsakah dan isterinya hu..ha..hu..ha... politik... ahhh membosankan... huhahuha bab lain... kah..kah..kah.... dan bla..bla..bla..., akhirnya gua terpaksa minta diri untuk blah... sebab gua jeling2 anak2 gua yang kecik 2 orang tu... dah hampir2 nak melicinkan rak keropok dan jajan dalam cafe tu... bahaya..bahaya... ha..ha..ha...

UK-5 ada pelbagai menu... dan harganya berpatutan, kalau lu orang nak cuba bolehlah kesana di buka dari Isnin - Sabtu, awal pagi hingga jam 7pm. Jom beramai2 serbu cafe UK-5..., kalau nasib lu orang baik... mungkin boleh dapat autograf artis di situ.... sambil bersantai sambil menikmati selera... alamat lu orang boleh ambik kat bawah ni:

U.K 5 Cafe
G-18-GB, Jalan Prima Saujana 2/D
Taman Prima Saujana
Kajang, Selangor.

Last entry... gua doakan dan ucapkan Tahniah dan Selamat Maju Jaya kepada Sahabat kita ini semoga di murahkan REZEKI dan berjaya dalam PERNIAGAAN beliau. Aminnn....

2 IkutSukaLu...::

author faethal Saturday, February 13, 2010 8:49:00 PM  

Salam Isa,

Mana gambar tengah melantak di UK5??
Aiseh...

ISA Saturday, February 13, 2010 9:15:00 PM  

Salam Author Faethal,

Itu yang jadi masalah gua..., bilamana kamera dan cenderahati untuk Cafe tersebut tertinggal di rumah..

Gua harapkan bini gua bawa masuk dalam kereta.. bini gua pulak ingatkan anak gua dah bawa masuk dalam kereta.

Dah separuh jalan masing2 jadi "bangau oh bangau" sabar jelah gua siang tadi....

Tapi apa pun memang sodap... ku kena try masak lomak ikan keli salai... perghhh...

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP