IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Apakah Najib Akan Hadir Di Mahkamah Atau Sama Macam Mahathir..?

>> Friday, February 05, 2010

Assalamualaikum semua pembaca IkutSukaAku la...

Mesti anda tertanya-tanya ke mana Naruto menghilang selama hari ini. Maklumlah hampir 5 ke 6 bulan Naruto tak membawa sebarang khabar. Ada yang kata Naruto dah surrender, ada juga yang berkata Naruto dah ke arah BN. Ada juga yang kata Naruto fed-up dengan pelbagai kemelut yang melanda PAS dan PR sekarang. Tetapi yang pasti jangkaan mereka adalah silap semata-mata. Sedangkan Pakatan Rakyat semakin mantap dan tidak terkesan pun dengan mainan politik hina dan kotor oleh UMNGOK Barisan Najis. Bagi Naruto Pakatan Rakyat masih dilihat sebagai wadah perjuangan yang lebih baik kalau nak dibandingkan dengan UMNGOK Barisan Najis.

Sebenarnya banyak hal yang perlu Naruto selesaikan kebelakangan ini. Dan kemudahan Internet Naruto yang terbatas kerana kerosakan pada laptop Naruto. Ye lah leceh bila takde laptop asyik kena pergi CC beb. Macam Aduka Taruna sekarang lah .. ke CC je dia ..he he . Mana boleh tahan ekonomi kena jaga juga. Maklumlah kita guna duit sendiri tak macam puak-puak UMNO depa boleh Online 24jam sehari sebab depa dibayar. Itu pun kekadang puak tu pemalas pasal tu posting mereka takde makna dan mengarut je.

Untuk posting sulung dalam tahun ni biarlah Naruto mengulas dulu tentang satu perkara yang menarik dalam perbicaraan Fitnah Dato' Seri Anwar Ibrahim oleh si budak gagah berperwatakkan pondan Si SAY FOOL

Perkara yang paling Naruto berminat ialah tentang orang dalam gambar disebelah tu. Melalui apa yang Naruto perhatikan dalam kes Fitnah Anwar ialan peguambela DSAI telah menfailkan sapina untuk Najib menghadirkan diri sebagai saksi perbicaraan. Maklumlah kan Najib yang mula-mula ikhlas kononnya membantu si Say Fool tu. Lepas kena liwat terus je minta biasiswa .. ha ha ha tak ke pelik tu.

Ingat tak ayat Najib apabila kes fitnah ni di mulakan..? Saya tak kenal siapa Say Fool.. ingat tak..? Bila dibongkarkan oleh Datin Wan Azizah gambar Say Fool dengan Setiausaha politik Najib Barulah kelam kabut Najib cakap yang Say Fool datang rumah dia nak mohon biasiswa.. ha ha ha nak menipu pun dah tak boleh dah. Jadi macam mana dengan kenyataan dia dulu yang dia tak mengenali Say Fool..? Senangnya politik selamat Najib. Bila dah terdesak ubah kenyataan lain. Ingat orang lupa.

Hal ini membuatkan Naruto teringat pada kes Fitnah 1 DSAI di zaman Mahafiraun memerintah dulu. Lagi detail dia punya kes. Saksi siap jumpa PM secara sulit lagi tu, tapi Si Firaun tu tak mahu pula datang ke Mahkamah. Pasal apa tak nak ke mahkamah.. sedangkan dia sendiri berapi-api menuduh DSAI melakukan seperti apa yang mereka fitnahkan. Ada pula tu Mahathir berikan syarat pula. Jika mahu di jadikan saksi peguambela Anwar mesti berikan dulu soalan-soalan yang mahu di jawab oleh Mahathir . Ayooo..! Mamak lu ingat kalau penjenayah nak disoal-siasat, soalan siasatan tu polis bagi dulu ke dan baru tangkap penjenayah tu. Lepas tu pulak soal-siasat dia dengan soalan tadi. Wah senang lah penjenayah tu nak melepaskan diri . Dan baiknya orang yang soal-siasat tu .. he he baik ada makna.

Isu terakhir ialah adanya banyak persamaan dalam kes ini dengan kes terdahulu termasuk apabila PM disapina ke Mahkamah sebagai saksi. Jadi marilah kita semua menunggu adakah Najib berani hadir ke Mahkamah memberikan keterangan sebagai saksi ataupun hanya berani melalak seperti Mahathir dulu sedangkan nak jejak tangga Mahkamah pun terasa takut sangat. Dan yang penting sekali apakah syarat-syarat akan dikemukakan peguam Najib nanti sekiranya beliau setuju hadir ke Mahkamah nanti.

Yang penting nanti pasti ada sesuatu yang akan dibongkarkan nanti yang mana Najib pasti akan berfikir bagaimana nak mengelak dari memberikan keterangan. Menurut sumber kemungkinan kes ini juga akan berkait dengan kes Altantuya . Jadi sama-sama kita lihat secerdik mana baruah-baruah perosak maruah negara ini berlakon nanti untuk mencapai matlamat politik keji mereka mengekalkan kuasa. Tapi yang pastinya kes ini menarik minat rakyat untuk kembali berfikir dan memberikan simpati mereka kepada DSAI. Secara tak langsung kes ini akan memberikan publisiti kepada PR dan DSAI sendiri dimana semakin hari rakyat semakin bersimpati dengan Pakatan Rakyat yang dibuli oleh UMNGOK Barisan Najis yang berani hanya kerana mereka berkuasa sahaja.

Ingat Najib kata dulu di Permatang Pasir : Saya tak kenal siapa Altantuya.. ha ha.. Macam sama je dengan kes Say Fool ni.

Naruto Sensei

1 IkutSukaLu...::

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP