Anwar Dan Sepol.. Siapa Betul...?
>> Sunday, February 07, 2010
Video klip ini juga ada di siarkan dalam blog House PK. Lihat bagaimana puak2 cyber trooper umno manipulasi kes ini.
Kalau gua jadi Anwar pun, gua akan ambil tindakan yang sama dalam situasi yang serupa. Pengalaman 1997 telah banyak memberi pengajaran supaya lebih berhati2. Gua tak nak komen banyak pasal Musang dan Petai, semua dah sedia maklum siapakah mereka. Dan balaci 2 ekoq ni tak boleh melibatkan diri dalam kes kali ini.
Gua lebih berpegang kuat pada kisah mata lebam, adakah patut PM masa itu kata Anwar hantuk/tumbuk mata dia sendiri sehingga lebam sampai keluar kenyataan dalam TV dan akhbar. Lastly... kebenaran perubatan terserlah... sapa KPN masa itu yang kaki tinju tu yang belasah Anwar dengan mata tertutup, buat macam "punching bag" ikut suka dia bagi penumbuk.
Gua tak nak kata Anwar betul atau Sepol yang betul, kedua dua ekoq ni gua tak kenal secara peribadi. Tetapi gua mahukan "Keadilan" dalam perbicaraan. Bagi gua dalam kes liwat 2 ini..., masih banyak keraguan yang tak boleh di terima oleh logik fitrah akal manusia... terutama sekali mengikut akal gua yang tahap tadika ni.. jika berdasarkan cerita si Sepol tu.
Sebab itu dalam blog ini semenjak kes ini di bicarakan, gua asyik bercerita dan meluahkan pendapat/keraguan gua dalam blog ini, supaya dapat di kongsi bersama dan untuk pencerahan minda sesama kita, terutama kepada golongan pembaca yang malas berfikir.
Sebabnya kerana masih ada lagi golongan "melayu stupid" yang lembab dan malas berfikir terutamanya dari kalangan manusia melayu kain pelekat dan RM200 jenis wala' buta. Manusia di anugerahkan akal untuk menimbang nilai sesuatu perkara (berfikir), bukannya menelan setiap perkara itu dengan percaya mengkhinzir buta sahaja.
Jikalau kes 1997 banyak perkara/fakta yang boleh di ubah dan di pinda, contoh seperti tarikh kejadian di Tivolli Villa, sedangkan semasa tarikh kejadian bangunan itu pun belum siap lagi, itu satu contoh dan banyak lagi fakta yang di pinda dan lu orang cari sendirilah. So.. kalau macam tu... nak percaya dengan sistem mahkamah yang ada... perghhh.. gua pun kena berhati-hati kalau terkena pada diri gua.
Tambahan pulak berlawan dengan Barisan Najis (BN) yang mantan PM-4 dan bekas Presiden parti itu sendiri mengatakan ianya sebuah parti "yang busuk sehingga ke usus", ha..ha..ha... lu orang hadamkan sendiri kecaman seorang tua yang gua kategorikan telah berada dalam tahap nyanyuk mengikut peringkat/tahap umurnya jika mengikut kajian/jadual perubatan.
Renung2kan lah....

2 IkutSukaLu...::
ramai sangat melayu yang masih timbang-timbang kan bila berfikir, tapi tak nak guna mata dan fikir bulat-bulat
Pergi mampos lah bangkai...
Bahasa macam katak mengerang...
Post a Comment