IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Alhamdulillah... Syukur....

>> Friday, February 12, 2010

"Katanya beliau bertindak keluar dari PKR kerana ragu dengan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim."


Apa sekalipun alasannya keluar dari PKR, itu dia punya pasal... pastinya sesiapa jua yang menjadi ahli politik dalam Pakatan Rakyat tidak mudah dan susah untuk mencari makan. Kalau nawaitu menceburi politik sebagai batu loncatan untuk ruang mencari makan dan mengumpul harta kekayaan, lebih baik daripada awal lagi duduk dalam umno. Di situ sudah tentu2 tempat bagi mereka2 yang ingin mengumpul harta kekayaan.

Gua dengar juga perihal belakang tabir mamat nih dari member2 sebelah utara, tetapi sekadar "hearsay" saja, so gua tak mau ulas apa-apa dan itu hak dia untuk memilih dan membuat keputusan.

Yang pastinya, cakap2 ahli politik semuanya kena tapis dengan berlapis-lapis tapisan, kerana semuanya hancing.... kalau boleh pakai pun sekadar 2 ke 3 persen sahaja... selainnya lu orang pikir la sendiri.

Apa yang gua cuba tekankan di sini dan paling penting sekali adalah kepada para pengundi sekalian, para pengundi haruslah berhati-hati dan beringat apabila tiba masanya PRU-13, muka2 seperti Zahrain, Zulkifli Nordin dan beberapa orang lagi yang bermasalah dalam PKR termasuk juga yang bermasalah dalam PAS seperti  Nasharudin Mat Isa, Hasan Ali dan semua puak2 geng Perpaduang haruslah di cantas, jangan berikan undi lu orang kepada mereka... kerana mereka akan mengkhianati mandat dan kepercayaan pengundi mereka sendiri.

Lebih baik jangan keluar mengundi kalau muka2 pengkhianat parti ini menjadi calon waima calon bebas sekalipun, dan kalau teringin sangat dan gian nak mengundi, lu orang buatlah undi rosak. Dan kalau terasa nak mengundi jugak... paling low class dan paling busuk hancing serta jijik sekali, lu orang pejamkan mata undi calon ubn. yang ini gua tak galakkan lansung... tetapi biar jadi pengajaran kepada buragas pengkhianat undi rakyat seperti mereka.  

Buragas2 seperti mereka biarlah mampos terus dari arena politik tanahair. Ambil contoh seperti Nasharudin Mat Isa selaku Timbalan Presiden PAS, Parlimen Bachok sudah tentu bukan miliknya lagi untuk PRU-13, dan kemana hendak di campakkan mamat ni. Melainkkan atas EHSAN kalau umno sudi mendermakan satu kerusi Parlimen kepadanya, nak balik Negeri Sembilan belum tentu dia boleh hidup di sana.

Apatah lagi Hasan Ali..., biar mati beragan dalam dunia politik. Gua dah katakan sebelum ini kepada Khalid Samad selagi Hasan Ali jadi Pesuruhjaya PAS Selangor jangan harap gua akan undi PAS dalam PRU-13 nanti, tidak kiralah siapa calonnya dan gua dah mintak maap awal2 lagi dengan beliau.

So... dalam kes Datuk Zahrain ini... elok lah kalau dia pujuk sekali Zulkifli Nordin dan geng2 yang bermasalah supaya keluar dari PKR secepat mungkin, sebelum PRU-13 bermula. Supaya senang program pemutihan dan pembersihan dalaman Parti dapat dilaksanakan.

Begitu juga dengan PAS.... aaahhhh... PAS... gua malas nak komen lebih2.... pasal para ulamaknya handal2 belaka, khatam semua surah dan hadis, wala dan thiqah menjadi ugutan... tak caya tanya Haji Hadi...

"Ilmu tinggi macam mana pun, kalau tak di amalkan tak guna juga"
Part ini tanya Mustapha Ali.... Setiausaha Agung hamPAS.

3 IkutSukaLu...::

petai Saturday, February 13, 2010 12:07:00 AM  

salam ISA

dalam tibi 3 suku, aku tengok member ni mcm baik je..tak sangka perangai mcm ni..aduh aku tertipu..
nyesal aku tengok

Mamamat Saturday, February 13, 2010 10:27:00 AM  

Salam tuan
Teman cukup setuju dengan ayat ni .. Lebih baik jangan keluar mengundi kalau muka2 pengkhianat parti ini menjadi calon waima calon bebas sekalipun, dan kalau teringin sangat dan gian nak mengundi, lu orang buatlah undi rosak.
Kalo PR masih mencalonkan deme mewakili PR, memang teman tak ngundiler pada PRU 13 walaupun malaun tu tak bertanding di tempat teman

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP