Siapa Anjing Politik...???
>> Wednesday, January 06, 2010
Sebenarnya aku malas nak menyentuh isu pengunaan kalimah Allah ni lagi, sebab asbabnya kerana bosan dengan keletah permainan politik kerajaan yang di beri mandat kepada barisan nasional/umno. Hanya orang-orang yang bangang saja mengikut rentak tari permainan ini.
Kepada orang2 yang berpegang teguh kepada Al-Quran dan Sunnah, mereka tidak mudah tertipu dengan semua dakyah yang di bawa oleh umno. Mari kita fikirkan kenapa aku berkata demikian.
1) Apabila kes ini di failkan oleh Herald Weekly ke Mahkamah Tinggi untuk tuntutan penggunaan Kalimah suci itu. Maaf aku tak berapa faham sangat dengan sistem tugasan Hakim untuk mengendalikan kes bicara. Sekadar andaian sahaja, contoh jika isu ini melibatkan agama Islam, mengapakah Ketua Hakim yang berkuasa penuh melantik Hakim berbangsa cina dan bukan beragama Islam untuk mengendalikan kes ini.
Siapakah Ketua Hakim Negara? atau Ketua Hakim yang menugaskan Hakim Lau Bee Lan mengendalikan kes ini. Dianya Berbangsa apa? Ugama apa? Inilah bangsat haramjadah yang yang pertama sekali punca kepada kekecohan ini. Meletakkan orang yang salah dan tidak layak sama sekali berbicara/menghakimi perkara yang berkaitan dengan Islam.
2) Apabila keputusan kes di jatuhkan, mengapakah KDN mengambil masa yang lama untuk mengfailkan rayuan? Sedangkan kes Nizar dengan MB Haramjadah Perak hanya mengambil masa satu jam sahaja rayuan di luluskan, apakah ada Hakim yang lebih tinggi darjatnya dari semua Hakim atau Ketua Hakim Negara?
3) Siapakah bangsat2 melayu yang mula melompat dan berdemonstrasi, bukankah bangsat daripada parti yang menjadi tunjang kerajaan?
4) Akhbar manakah yang memanaskan isu ini dengan segala provokasi dan putar belit memainkan isu agama dan bangsa setiap hari? Bukankah akhbar pencacai kerajaan.
Walaupun perkara ini di tanggani oleh Kerajaan sendiri, tetapi semua ini hanyalah lakonan, dan gua dah boleh agak pengakhiran keputusannya, dan bunga2nya telah terjawap hari ini.
Apabila Mahkamah Tinggi sebentar tadi menangguhkan pelaksanaan perintah membenarkan akhbar mingguan Katolik, Herald, menggunakan perkataan "Allah" berikutan persetujuan pihak-pihak terlibat demi kepentingan negara.
Yang membuatkan gua angin apabila ada sebuah blog yang mengatakan blogger2 yang menyokong pengunaan Kalimah Allah kepada Herald atau Kristian sebagai “Anjing Politik”, gua rasa itu satu penghinaan yang keterlaluan kepada blogger2 lain. Dan blogger yang mengeluarkan perkataan tersebut harus memohon maaf dan menarik balik perkataan itu.
(Maaf lu orang cari sendiri blog tersebut, kerana gua tak suka bermusuh dan atas dasar hormat kepada penulisan beliau sebelum ini yang tidak menyebelahi mana2 pihak, sebagai suara rakyat)
Apa yang gua nampak tak ada blogger2 yang menyokong secara sembrono dan membabi buta, setiap blog yang mengulas isu itu semuanya bersandarkan kepada Al-Quran dan Sunnah. Dan ianya di sokong oleh Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Hadi Awang.
Presiden PAS - Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyatakan, "PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi".
Kenyataan beliau bersandarkan kepada Al-Quran, berdalilkan Surah Ali Imran ayat 64:
قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْاْ إِلَى كَلَمَةٍ سَوَاء بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلاَّ نَعْبُدَ إِلاَّ اللّهَ وَلاَ نُشْرِكَ بِهِ شَيْئاً
وَلاَ يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضاً أَرْبَاباً مِّن دُونِ اللّهِ
Yang bermaksud: Katakanlah hai ahli kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan dia, dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya, sebagai tuhan selain Alllah.
Jadi di manakah kewajarannya blog yang menyatakan bloggers yang menyokong penggunaan kalimah tersebut sebagai “Anjing Politik”. Yang gua nampak blogger tersebut hanyalah sebagai batu api yang menyemarakkan dan cuba membakar semangat supaya orang2 melayu PAS dan PR untuk sama2 bangun berdemontrasi seperti puak2 umno lakukan.
Maaflah.., penyokong PAS mahupun PR tidaklah sebodoh dan sebangang penyokong umno dan NGO kelolaan Raja Katak yang kononnya sayangkan Islam tapi jahil teramat dalam menyatakan kebenaran berkaitan Islam. Hipokrit AGAMA.
Blogger tersebut juga mengatakan apabila kata-kata Dr. Haron Din juga dipertikai hanya kerana pandangan Haron Din tidak menyebelahi mereka.
Sebagaimana yang gua katakan sejak mula lagi dalam n3 gua sebelum ini, ini semua game umno/bn, kebanyakkan ahli PAS sudah tahu siapakah pemimpin PAS yang memegang kad keahlian umno dan apakah itu geng perpaduang. Siapakah yang termasuk dalam senarai tersebut.
Sebab itu gua tak ulas dan sentuh lansung kenyataan dari Nasharudin dua tiga hari lepas, kenyataan Harun Din semalam dan Hasan Ali hari ini, sebabnya gua dah malas nak layan kerenah geng UG ni semua. Gua sekadar nak tengok sejauh mana permainan mereka kerana Presiden sendiri telah mengatakan tiada pintu untuk UG dan kes di tutup. So... gua hormat dan senyap buat sementara waktu.
Lu orang semua boleh nilaikan sendiri kenyataan diorang ni semuanya berbau ke arah umno. Dan yang paling celaka dan bangsat sekali ialah Hasan Ali kerana kenyataan dia seolah menentang kenyataan dari Presiden PAS semalam. Orang yang macam Hasan Ali nih sepatutnya di humban dari tingkat 15 Plaza Masalam biar mampus cepat sikit kerana mencemarkan imej Presiden dan Parti.
Jika ada yang mengatakan gua tak suka Perpaduan dengan umno, pendirian gua sama dengan TGNA. Dan kalau gua sokong perpaduan dengan umno sekalipun, tolong bentangkan bentuk perpaduan yang geng UG hendak sangat tu… demi melayu dan Islam, tolong bentangkan dan ianya mestilah berpihak kepada Islamic State, bukannya cara umno tetapi cara PAS dan yang di tuntut sebagai sebuah negara perlembagaan Islam yang sebenar.
Jika ingin bercakap soal natijah dan ancaman sekiranya kebenaran tersebut di teruskan, itu soal lain, kalau tidak kenapa rakyat masih memberi mandat kepada umno/bn sebagai kerajaan, jadi sudah pasti kerajaan yang ada sekarang ini akan berbuat seuatu bagi membendungnya, pandai cipta pandai selesaikannya. Melainkan selama ini rakyat melantik kerajaan yang bodoh yang sanggup menjual agama demi kuasa… jadi siapakah yang bodoh itu.
Semua parti politik adalah sama saja tak kira umno, pkr mahupun pas... pasti ada ahli atau pemimpin yang macam celaka dan haramjadah. Jadi isu ini bukan kerana sokongan kerana parti, tetapi lebih kepada akidah dan fakta yang termaktub dalam Al-Quran, bukannya bersifat sensitif bangsa dan perasaan. Lagipun dalam kubur nanti tiada pertanyaan lu bangsa apa...?
Berbalik kepada isu asal, jadi tak perlulah blogger tersebut hendak menganjingkan dan melaknattullah bloggers2 yang tak sealiran dan menyahut provokasi bodoh lu itu.
Gua teramat yakin semua bloggers yang berpegang kepada AL-Quran dan Sunnah tidak akan mudah terpedaya dengan dakyah perkauman dan agama yang di bawa oleh puak umno. Orang yang waras tidak akan terikut dengan politik perkauman dan agama yang di bawa oleh umno.
Pak Bakaq tanya tu... siapa yang main politik murahan... tolong la jawap.
Dalam pada itu pun gua terasa amat sedih apabila terbaca komen ini dari blog beliau, mengapalah Pak Karamu melabelkan diri sebagai anjing kepada orang yang jahil agama. Gua berharap Pak Karamu dapat menarik balik komen tersebut, kerana kita tidak perlu tunduk kepada provokasi murahan seperti itu.
p/s: Gua dulu tadika Montessory PJ, Sekolah Menengah La Salle Jalan Gasing…, takda pulak gua jadi Kristian. Gua pun baca Bible gak… tapi gua tak tolak Al-Quran dan Sunnah sebab gua tau hukumnya murtad dan kafir.
Akhir sekali gua mohon maaf kepada blogger tersebut jika ada terkasar bahasa atau apa2 sekalipun. Hanya sekadar menegur... peace..
9 IkutSukaLu...::
Tahniah bro..
Gua pun hangin gak bila tetiba dilantik jadi anjing nih.. tenkiu kerana bersuara, bukan nak bermusuh..
Salam,
Aku tahu yang dikritik itu adalah aku. Dan aku tidak marah kerana 100% amarahku diarahkan ke tempat yang lain.
Aku menulis "Anjing Politik : Suatu Definasi" kerana tidak mahu persahabatan maya ini disalahertikan oleh perkara yang samar.
Dan, jika kamu memahami asbab amarah ku, pasti kamu juga akan faham arah amarhku itu.
Just my 2cent bro!
blog mana brother ISA? blog bila berUWANG sudah menaip ke? just tanye je... heh... baginda sempoi je... lantak pi lah nak kate kite ape pun... yang penting bile depa cakap cantu kite jawab Ikut Suka Aku la!!!
Dan, perihal Pak karamu, tidak sedikitpun mengurangkan rasa hormat saya pada beliau.
Semoga Allah memaafkan kita kerana kebodohan kita yang kita tak sedari.
Kita semua adalah kerdil di sisi Allah.
kadang2 ada antara bloggers nak tunjuk hebat penulisan melalui tajuk entri...jadi kerana keyboard kome berpecah...sepatutnya benda2 ni tak payah dipanjangkan...bila panjang, jadi macam harun din, title kufur dia bagi...
dulu kat umno jer bagi kufur, sekarang sama2 pas pun kufur...
Aslmkm bro!
Sempoi la lu punya N3. Wa respect tp jgn kembang. Apa dalam kepala lu, itu dalam kepala kitorg sume.
Kita bkn sokong membuta tuli, bkn tolak tak pakai otak. Apa yg presiden Pas ckp tu dah jelas. Dlmnya ada timbangrasa, ada yg dibolehkan dan ada yg patut dihalang kalo disalahguna. Cukup dah tu. Yg buat masalah tu, puak tu. Diorg yg rancang agar PR member bergaduh sesama sendiri dgn meniupkan api perkauman dan agama. Aku bkn nak tuduh tp aku tgk YB Zul tu semacam je. Nak kata ikhlas berjuang pasal agama pun susah gak. Tapi dia ni ekstrim melampau, kalah org Pas tapi lebih kepada org Umno. Nak kata bodoh, lawyer. Jgn dia jadi mcm stgh2 geng PKR sudah. Berlakon je sampai tunggu pecah lobang, baru bukak topeng. Harap xsampai ke situ udah le.
aku tak paham arr.
simple je.
asalkan kalimat Allah dalam kepala otak masing2 org islam sudah disematkan sebagai Yang Esa.
apa orang lain nak kata pi lantak laa.
kenapa perlu dibincang secara ilmiah berpartisan?
ini bukan politik 101.
ini soal akidah, tauhid.
dan ahli politik atau kita juga tidak boleh tidak dibenarkan bercakap semata2 kerana kita amek berat politik.
anjing? suka ati laa nak panggil apa.
dalam kepala otak aku, aku manusia.
lalalala...
PAS MEMANG KUFUR! PENYOKONGNYA LAGI KUFUR, BODOH BINGAI DAN SUDAH SEMSTINYA ANJING KURAP POLITIK!
Aduhh!Bosannye komen N.AJIS di atas.Langsung xde hujah.Hanya taw maki hamun je!Tu la gaya puak pencacai parti perkauman umNGOK..
Post a Comment