IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

RM5.00 - Takan Tak Mampu...!!!!

>> Sunday, January 24, 2010


Rakyat Muar khususnya telah dikejutkan dengan peristiwa kebakaran di dua buah surau dalam Kawasan DUN Bentayan dalam Daerah Muar. Surau yang terbakar ialah Surau Silaturrahim Jalan Ismail,Muar (dalam perjalanan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Maharani Muar dan Medan Ikan Bakar Sabak Awor) dan Surau Pt. Beting Jalan Salleh,Muar (bersebelahan Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Perak Muar).

Ketiga-tiga ADUN Pakatan Rakyat,YB Dr. Mohammad Taslim (Maharani) , YB Gwee Tong Hiang (Bentayan), YB Dr Sheikh Ibrahim Salleh (Sungai Abong) dan beberapa orang ahli jawatankuasa daripada PAS dan DAP telah bersama-sama bergegas melawat di tempat kejadian tersebut pada tengahari tadi.

Dalam lawatan tersebut mereka melahirkan rasa terkejut dan simpati di atas kejadian yang tidak disangka. Mereka mengutuk sekeras-kerasnya tindakan mereka yang tidak bertanggung jawab yang bertujuan merosakkan perpaduan rakyat.

Mereka juga memberi sumbangan segera untuk membantu jawatankuasa surau tersebut membaiki kerosakan. Pengerusi Jawatankuasa surau tersebut mengucapkan terima kasih di atas sumbangan segera dan keperhatinan ADUN Maharani, Bentayan dan Sungai Abong ketika mereka ditimpa musibah.

Seorang ahli jawatankuasa Surau Silaturrahim Jalan Ismail memberitahu kemungkinan kebakaran berlaku pada waktu pagi sekitar 2.00 pagi hingga 4.00 pagi setelah disedari oleh pengunjung Medan Ikan Bakar di Sabak Awor tidak jauh dari tempat kejadian. Kerosakan berlaku dengan langsir surau terbakar dan dinding surau hangus. Jawatankuasa surau merasa kecewa kerana ada manusia yang sanggup melakukan perbuatan khianat ini terutama di tempat ibadat.

Sumber: Pulak Dah.

Kalau Gereja, Kerajaan boleh bagi RM500k, inikan pula surau yang sentiasa melaungkan kalimah Allah, takan RM5k pun tak mampu di hulurkan kot... kalau dah tak termampu sangat... hulurkanlah RM5 sahaja..., ada juga sumbangannya, mana perginya semua pejuang agama yang berdemo tempoh hari... takan senyap kot...?

Kesiannnn... surau tu kan...? tak dapat perhatian dari kera...jaaan barisan nasional yang double standard.

2 IkutSukaLu...::

Prof. Era Pasca Sunday, January 24, 2010 11:11:00 AM  

dgr citer anak polis yg buat keje nih betul ke? gomo anak polis kan..?

nasib lah surau, mana penting pembelaan surau atau pembelaan anak polis tu...

noorafzan.blogspot.com Sunday, January 24, 2010 4:15:00 PM  

mmg jelas gile la..
ilang terus kera jaan bila jadi benda2 camni..
adehla~

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP