Pak Duda dan Mak Jan.
>> Tuesday, January 12, 2010
Di sebuah perkampungan ada seorang duda yang sudah berumur tinggal seorang diri dirumahnya. Anak2nya semua bekerja di bandar. Berdekatan rumahnya itu ada seorang janda yang juga agak berumur dan juga tinggal seorang diri. Sudah bertahun lamanya mereka berjiran dan sering juga berhubung kala kesunyian.
Suatu hari di suatu petang yang redup, si duda duduk di bawah pokok rambai sambil merenung ke arah rumah si janda. Si janda perasan dan datang menegur si duda;
"Pak Uda oii... apa yang dimenungkan tu..." Si duda menunduk seketika lalu menjawab;
"Ada perkara aku nak bagitau kau ni Mak Jan" Berkerut dahi si janda, kerana kelihatan serius pulak si duda tu.
"Ape nyer.. serius aje bunyi nyer.." Si duda merenung si janda, lalu dengan kekuatan yang ade si duda berkata;
"Aku ni kepingin nak berbinikan kau, kau sudi tak..? Si janda tersenyum dan diam seketika, lalu si janda menjawab;
"Ermmm... sudi..." Setelah berborak seketika si janda dan duda pun pulang kerumah masing2 kerana hari sudah menjelang senja.
Pada malam itu si duda gelisah... dia tidak ingat jawapan yang diberikan si janda petang tadi.. adakah dia sudi atau tidak... yea lah dah tua... memori pendek sikit. Setelah berfikir sejenak, si duda tidak jugak mendapat jawapan lalu terpaksalah dia bertanya sekali lagi kepada si janda. Si duda mendail nombor telepon si janda, nak pergi ke rumah si janda tak molek pulak dah malam2 macam ni. Kena tangkap basah lagi naya... fikir si duda.
"Hello... mak jan.. pak uda di sini... aku nak bertanya sikit... almaklum dah tua2 ni melayu mudah lupa... petang tadi aku bertanya pada kau, sudikah kau berkahwin dengan aku.. apakah yang kau jawab."
Mendengar suara si duda, si janda pun berkata "Aku jawab aku sudi.. ikhlas dari lubuk hatiku yang suci dan murni ini, selamat kau telepon aku Pak Uda..."
Si duda berasa pelik dengan kata2 si janda lalu bertanya "Kenapa kau cakap macam tu..?"
Dan si janda menjawab "Aku pun terlupa siapalah yang ajak aku kahwin petang tadi"
ha... ha... ha....
2 IkutSukaLu...::
sengal!
gersang punye mak jan.
ok kelakar juga....terhibur aku
nak elak lupa
....banyak zikir
....banyak baca Al-Quran
....buat senaman minda
....buat seks berpada-pada
....tak makan jeruk asam
....
....
....
Post a Comment