IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Oh... My God...!!!!

>> Saturday, January 09, 2010

Oh… my GOD….

Acapkali kita terdengar ungkapan tersebut dari mulut melayu2 yang terlebih mat saleh dari mat saleh sendiri. Bermula dari sekarang hentikanlah… menggunakan perkataan tersebut.

Oh… my GOD….

Kebanyakkannya di ucapkan oleh anak2 orang kaya yang kehidupan mereka lebih kebaratan dari orang barat sendiri. Dalam rumah speaking London siang dan malam, hinggakan pelat untuk berbahasa melayu.

Oh… my GOD….

Tuhan orang melayu adalah ALLAH, Tuhan Kristian adalah GOD… nama itulah yang menjadi rebutan sejak kebelakangan ini. Di heret ke Mahkamah, menjadi cetusan demonstrasi, menimbulkan kekecohan di dada akhbar dan media, membakar semangat bangsa, menimbulkan provokasi agama dengan membakar tempat peribadatan bangsa lain.

Oh… my GOD….

Rakyat melihat, Rakyat menilai… siapakah pencetus onar ini semua, mengapakah Kera…jaan tidak berlaku tegas dari peringkat awal lagi, kerana ianya melibatkan isu agama dan kaum dan ianya satu isu sensitif dalam negara berbilang kaum. Sepatutnya Kera..jaan sudah dapat menghalang perkara yang terjadi hari ini dari berlaku lebih awal lagi.

Persoalannya…? Mengapakah ianya di biarkan…? Apakah ada kepentingan isu ini kepada Rakyat…? Atau isu ini memberi keuntungan dan berkepentingan kepada mereka2 yang dalam keadaan terdesak demi meraih sokongan dan simpati rakyat… khususnya melayu.

Oh… my GOD…

Di manakah suara Ulama Kerajaan, mengapakah mereka menjadi syaitan bisu? mengapakah mereka merelakan diri mereka diperalatkan oleh pemerintah? Apakah mereka tiada jati diri dalam menegakkan syiar Allah?

Bukan dalam isu ini sahaja, malahan banyak isu yang melibatkan Islam, tetapi mereka2 ini buta dan bisu. Takut untuk menegur sang penguasa, contoh perbuatan haram di Tugu Negara sepatutnya mereka wajib bangun menegur pemimpin hingga mempertaruhkan jawatan masing2. Tetapi tidak… mereka lebih rela membisu dan bersubahat menanggung dosa. asalkan dapur mereka berasap. 

Oh… my GOD…

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menolak tuduhan pembangkang bahawa UMNO telah mempolitikkan isu penggunaan kalimah Allah sebaliknya pembangkang sebenarnya memulakan isu itu. Mat sembab ini masih lagi dalam kesembabpannya… ada otak tak boleh guna.

Semalam, "Jangan... jangan, jangan tuding jari kepada UMNO, kita (UMNO) amat bertanggungjawab, jangan kata ini dicetuskan oleh UMNO, itu kenyataan melulu yang anda buat. Kata Najib kepada wartawan.

Semalam, Kerajaan tidak akan berkompromi dengan pihak yang cuba mencetuskan ketegangan di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini, malah sedia menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menghalangnya. (Hishamudin KDN)

Oh… my GOD…

Sejarah tidak pernah menipu…., Adakah seorang PM menggalakkan orang ramai mengadakan demonstrasi untuk mencetuskan kemarahan kaum, ha..ha..ha.. bapa borek anak rintik.

Oh… my GOD…

Apa yang gua nampak… apa yang terjadi hari ini adalah hasil kerja tangan pemimpin kera…jaan yang mabuk kuasa dari parti umno. membiarkan isu agama dan perkauman menjadi topik hangat dalam menutupi isu-isu besar yang lain…

Oh… my GOD – Yang nampak bersalah dan di persalahkan di sini

Oh... my GOD......... please forgive meeeee.........
.

3 IkutSukaLu...::

ISA Saturday, January 09, 2010 11:49:00 PM  

Testing 123... test..test...

storm62,  Sunday, January 10, 2010 12:59:00 AM  

Oh my GOD...face lift ke, model baru?

Oh my GOD...keep up the good work bro.

Kakcik Seroja Sunday, January 10, 2010 8:02:00 AM  

Skrg dah diringkaskn jadi OMG la pulak.... :(

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP