IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Misteri Serangan Di Pantai Port Dickson Terbongkar.

>> Thursday, January 21, 2010


ALOR GAJAH - Meskipun ujian pemadanan kedua membuktikan bahawa bukan buaya yang menyerang Mohamad Helme Leman, namun posmen tersebut tetap menafikan.

Semalam, pemuda berusia 25 tahun itu dikunjungi beberapa pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan termasuk Pengarahnya, Ishak Muhammad.

Lebih menarik, Ishak turut terlibat melakukan pemadanan tersebut dengan menggunakan seekor buaya tembaga yang baru mati.

Mohamad Helme juga ditunjukkan menerusi komputer bagaimana serangan buaya berlaku untuk mendapatkan gambaran sebenar.

Hasil daripada pemadanan tersebut, Ishak mengesahkan bahawa bukan buaya yang menyerang mangsa. Sumber: Kosmo.

Wakakakakkkk....., lawak jugak kisah ni yea... jikalau bukan buaya... habis itu gerangan apakah yang telah mencederakan mangsa. Gua pun anak laut juga... gua pun pernah menjadi nelayan (kampung gua betul2 tepi laut dan perkampungan nelayan).

Justeru itu.. elok berterus terang sajalah, jangan kerana takut kehilangan pelancong di Pantai Port Dickson, bagi alasan yang mengarut2. Kalau benar itu adalah serangan dari buaya air masin, maka lakukan operasi untuk menangkap haiwan tersebut dengan segera. Bila dah dapat tangkap, umumkan haiwan tersebut telah berjaya ditangkap dan pantai Port Dickson selamat untuk pelancong/pengunjung, barulah pelancong/ pengunjung berasa yakin.

Jika masih bermain teka teki dan masih berbentuk 'MISTERI' ini akan menjadikan pelancong/pengunjung semakin takut dan fobia memikirkan apakah jenis haiwan/pemangsa tersebut? Dan menjejaskan industri pelancongan.

Adakah ianya Ikan Paus? mustahil ianya ikan paus..., jika ianya Jerung? ada kemungkinannya kerana gua sendiri sebagai nelayan dulu pernah lihat bot pukat tenggiri mendaratkan jerung 5 - 6 kaki panjangnya... dan mungkin itu serangan anak jerung yang sengaja nak test power... tapi gua masih sangsi ianya adalah jerung.

Atau apakah ianya "Raksaksa"? Jikalau Raksaksa Malaysia mana ada Ultraman nak lawan, nak harapkan Kluangman dengan Cicakman... sendiri mau ingat la... cekeding semacam jer... hero melayu nih... macam mana nak lawan raksaksa...

Apakah ada kemungkinan ianya sinonim dengan mitos misteri masyarakat melayu yang sampai la ni pun masih segar... ha..ha..ha.. ini mesti serangan dari Hantu Air...., kui..kui..kui... mana ada lagi orang yang seberani Badang yang sanggup cekak leher Hantu Air... dan jadi sengal sanggup makan muntah hantu... burpp... kenyang...

Andai kata jerung bukan, buaya pun bukan dan hantu air pun bukan... habis gerangan "misteri" apakah yang gigit sampai begitu ngeri sekali..???

Kak Mah kata hantu yang gigit... apa ke tolol benar kak mah ni... Hantu gigit kat tengkok la..., bukannya kat kaki, kalau kat kaki tu hantu toyol namanya... tak caya tanya Al-Banjari.. dia expert benda2 ni..., dah tu pulak toyol mana boleh hidup dalam air... mati kelemasan la.... kalau hantu kopek... itu gua tak tau la... kak mah mungkin tau kot...

Keadaan semakin berbelit dan semakin kalut...., penyelesaiannya senang... cuba tanya Isa Samad... itukan kawasan Isa Samad... sure dia boleh kasi settle kes ni.... sap sap soi maaaaaaa..... berapa mau...

6 IkutSukaLu...::

Yong Friday, January 22, 2010 7:54:00 AM  

Kesian Yong tengok posman ni. Tentu dia trauma nak kelaut. Dah tu pulak orang kata dia mengarut nampak buaya. Sapa saksi peristiwa tu? Mangsa le. Mangse masih hidup dan boleh bagi tahu. Tangkap je binatang tu. Habis cerita.

Tapi ade satu posman yang duduk kat Behrang tu langsung Yong tak kesian. Camne kot jadi pilihanraya kat Perak? Tentu dia kena gigit buaya Perak.

Prof. Era Pasca Friday, January 22, 2010 8:33:00 AM  

seriou ooo...

ahad ari tu g mdi pd..

Unknown Friday, January 22, 2010 11:46:00 AM  

Salam anakanda

PERHILITAN bercakap melalui bontot!

Anonymous,  Wednesday, July 21, 2010 11:41:00 AM  

gue lahir kat p.d. pernah bertugas sebagai penyelam dan penyelamat pantai port dickson selama hampir 10 tahun. p.d dekat dengan sungai linggi. buaya kat situ kadang-kadang saje je jln makan angin kat situ. gue selalu traning berenang samapi kat tengah laut tu sorang atau dengan anak murid gue budak rungus spesis bajau laut gak. hati dier orang kering beb. budak p.d pun tak leh lawan. kite orng slalu nyelam kat p.d cari orng lemas, tak de ape ape pun. terus-terang gue katakan kat p.d ni banyak yu terumbu, yu bodoh, yu cicak (pasir, alu2x dan biawak laut. tapi spesis yu ni kecik aje tak lebih 2 kilo pun. kalau terpijak memang la dier gigit cam kucing dan anjing gak. menatang yang gua sebutkan ni gigi dier memang tajam termasuklah sesetengah batu karang kalau tak caya tanya penyelam pro. lebih2x lagi si alu-alu tu. boleh koyak kulit & daging kalau dier cium. ikan ni tak makan orang tapi dier suka amik tau, org diver kalau boleh ngelak jumpa spesis ni kalau dier berenang sorang2x. gigi dier bersilang beb. spesis yu kecik ni banyak terdapat kat bagan pinang hingga ke pekan p.d. mana ade orang p.d nak mandi kat situ. org p.d slalu mandi pantai yang ade penyelamat pantai atau kat tempat yang ade banyak orang. kalau buaya yang gigit dah tentu dier sambar, pintal dan libas kat mamat tu. so far p.d tu lebih slamat berbanding pantai lain kat malaysia. gue nak bagi tau yang gue ni dah lebih 60 x dive, dah lebih 20x slamatkan orang yang hampir lemas kat p.d,. penah mengajar adik mardihah berenang kat laut( perenang jarak jauh termuda di malaysia, pernah buat demo menyelamatkan mangsa lemas di depan civil defence singapore kat p.d. untuk maklumat semua tak lama lagi saya akan menyelam kat semua pot karang kat p.d untuk mengenalpasti kawasan untuk dijadikan taman laut. ini pun atas arahan bos beb kat upen.ns untuk bantu penduduk persisir pantai p.d bangunkan usahawan industri pelancongan kat p.d dan bersihkan nama p.d semula. sedih hati gue bile orang busukkan nama p.d macam dier orang busukkan nama p.d macam kes j.e dulu.

Anonymous,  Tuesday, August 03, 2010 2:12:00 PM  

Sbg penduduk PD dan salah seorg peniaga di PD ini amat terguris hati dgn fakta2 yg tiada bukti yg kukuh bg org yg tak berfikiran matang. Dgn adanya fakta kata buaya mengigit mangsa itu memberikn kesan negatif pd sektor pelancongn dan memberi impak pd peniaga2 kecil. Sedangkn gigitan itu bkn lah disebabkan buaya malahan buaya yg dijumpai di Tanjung Agas itu adalah jauh dr pantai peranginan.. Ia dijumpai diKuala Sungai Linggi dan telah dihanyutkn oleh arus sungai hingga ke Pantai Ixora Permai.
Ada baiknya org yg hebohkan fakta ini dimkn buaya terus dr memberi beratus org lain sakit hati krn kesan tak langsung ditanggung... dr perasaan simpati menjadikn org lain menyumpah pula krn membuatkn org lain takut utk ke PD... Harap berhati2 dlm membuat fakta yg tiada asas kukuh lain kali...

Din,  Wednesday, August 04, 2010 5:39:00 AM  

utk Tanpa Nama:

Tp brader...dah keluar paper buayo besor giler terdampar kat laut tuh...pulak tu pernah ada gambar buaya bawak bangkai kijang ke persisiran pantai nk melahap (ahli pencinta alam ambk gmbr tu. Search la Google). Tkkn lu nak gua bukak baju, bukak seluar, bogel terjun suka ria dalam laut PD tu? (Lu nak ajak gua mati ker?...Ey lu pegi mati sorang2 la...)

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP