Mengaku Islam Tapi Buat Perkara Maksiat.
>> Saturday, January 16, 2010
Kalau dalam satu ketika puak-puak Hidup Melayu bermati matian berdemo demi untuk mempertahankan kalimah "Allah" daripada digunakan oleh penganut kristian.
Tetapi dalam waktu dan ketika yang berlaian, Pimpinan Puteri Datuk Rosnah Abd Rashid bersama-sama merasmikan Kejohanan Bina Badan yang disertai oleh kaum wanita. Tidak kah ini akan menghadirkan bala Allah kerana mempermainkan peraturan dan hukum hakamnya...??
Tapi apa yang perlu dipelikkan,kerana parti yang bukan berdasarkan perjuangan Islam akan beginilah jadinya.
Petikan dari Al-Banjari.
Apakah bezanya cerita di atas dengan cerita yang bawah ini. Mayat tak reput tetapi busuk... itu adalah urusan Allah.
“Begini, dia menjalankan semua yang disuruh agama tetapi, dia juga melakukan perkara yang ditegah, umpamanya dia jadi dukun atau bomoh dan bersahabat dengan syaitan.”
“Mayat tak reput, berbau busuk, badan dan muka berbulu pernah saya dengar ceritanya. Kata orang yang terdahulu dari kita, mayat-macam itu menandakan yang si mati masa hidupnya orang berilmu, hafaz Quran tapi, banyak mengamalkan perbuatan yang ditegah oleh agama,” tokok guru agama itu dengan nada suara yang bersahaja.
Petikan dari sini.
Renungan ini baik untuk semua pemimpin PAS dan umno yang kononnya perjuangkan Islam bukan hanya pandai cakap jer....
Dan juga pedoman buat kita semua sebagai orang awam.... semoga ada kebaikkan bersama.
"Asuhlah dia dengan agama sebelum melepaskan dirinya ke mana-mana, bila dirinya sudah ada asas agama kita tidak bimbang, bila dia pergi ke mana, walaupun merantau ke kaki langit, dadanya sudah berisi dengan akidah islam,”
Post a Comment
Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.
1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.
2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.
Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com