Kak Mah Kena Penampar.
>> Thursday, January 21, 2010
Setelah gua berijtihad sekejap lepas bangun tidur pagi tadi sambil pekena teh mulberry sekole, gua ingat nak tukar blog ni jadi blog agama. Sebabnya dalam dunia internet sekarang ni tak banyak bahan agama-agama ni.
Berdasarkan maklumat terkini, tak sampai 10 peratus. Itu pun dah dikira sekali dengan blog Kahar. Para uztaz dan imam, tak ramai yang celik IT. Tambahan pula masjid-masjid dan surau-surau tidak menawarkan kemudahan wi-fi.
Mereka lebih gemar membeli keyboard yang ada huruf arab untuk kepuasan sendiri dan memandang serong kepada kutu-kutu yang jarang ke masjid. Dalam masa yang sama, anak mereka menghisap syabu.
Islam adalah agama yang syumul iaitu bersifat menyeluruh bagi setiap aspek kehidupan dari sains hingga ke sastera, dari politik hingga ke politeknik, sosial, ekonomi, ternakan cacing dan serba-serbi.
Jadi semua itu melibatkan hubungan dengan bukan sahaja tuhan tetapi sesama manusia dan alam sekeliling. Oleh itu orang yang beriman, bertakwa dan setiap hari memakai kopiah perlu memberi signal jika hendak masuk ke simpang ketika memandu.
Begitu juga dengan budak-budak tabligh. Membasuh baju adalah satu ibadat. Memakai deodoran pula boleh menjana hubungan baik sesama manusia.
ha..ha..ha... : nukilan pipiyapong.
2 IkutSukaLu...::
ha ha ha ha ,,, blog yg bersumber agama apo yg ekau nak tulis ISA??????
Salam bro. Jemput datang ke masjid KLCC. Baru diumumkan 2 minggu lepas yg perkhidmatan WiFI telah disediakan di perkarangan masjid KLCC. Sambil kita menambah ilmu IT atau melayari internet leh gak bawa2 solat berjemaah.
Post a Comment