Hadiah Tahun Baru.
>> Monday, January 25, 2010
6000 Keluarga Di Kuala Selangor Dapat Geran Hak Milik Tanah;
Untuk berpuluh tahun, mereka hidup dalam keadaan tidak menentu, walaupun diberi pelbagai jaminan oleh kerajaan negeri Umno-Barisan Nasional yang lalu.
Namun penantian kira-kira 5000 hingga 6000 keluarga di Kuala Selangor untuk mendapatkan hak milik tanah atas rumah yang mereka duduki kini berakhir.
Mulai bulan ini, mereka diberikan geran hak milik tanah secara berperingkat menandakan kerajaan negeri Pakatan rakyat memenuhi satu lagi janjinya dalam membela masyarakat.
Menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pemberian geran tanah dibuat secara berperingkat bermula bulan ini dan dijangka selesai hujung tahun 2010.
Dianggarkan kira-kira 100,000 keluarga akan mendapat manfaat daripada langkah kerajaan negeri itu.
Di Kuala Selangor sahaja, pemberian geran itu sekaligus menyaksikan hampir 90 peratus masalah pemilikan tanah di kawasan berkenaan selesai.
“ Kita akan mengadakan pemberian geran iaitu bermula di Kampung Sentosa, kampung Seri Aman dan Kampung Baru Ijok pada bulan Januari. Kita pergi ke Kampung Seri Makmur, Kampung Aman Tambahan, Kampung Bistari Jaya, sampai ke satu tahun. Kita ada program satu tahun. Jadi maknanya, pada akhir tahun ini bererti lebih daripada 90 peratus pemberian tanah di seluruh Kuala Selangor dapat diselesaikan”katanya.
Sumber: Warta Kerajaan Rakyat.
Satu perkembangan yang positif dari Kerajaan Negeri Selangor buat Rakyat Selangor Khususnya.
Gua malas nak ceritalah pasal janji dan jaminan pihak kerajaan negeri Selangor sebelum ini, biarlah rakyat yang menilaikannya. Letihhhhh.... beb...
Masing2 ada otak dan akal untuk memikirkannya... bukan seperti di sini sebagai hadiah buat rakyat.
Post a Comment
Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.
1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.
2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.
Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com