IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Betul Ke...? Najib Nak Berjimat...?

>> Thursday, January 14, 2010



Kerajaan telah membuat penangguhan pembelian helikopter Eurocopter EC725 bagi menggantikan Nuri. Menurut Najib, faktor kemampuan kewangan kerajaan pada masa ini tidak mengizinkan untuk pembelian 12 helikopter tesebut bernilai RM1.6 bilion.

Hampir jarang-jarang malah kadang-kadang kita mendengar pihak kerajaan ingin berjimat untuk kepentingan rakyat. Selalu-selalunya banyak perkara yang melibatkan billion-bilion kerajaan teruskan juga walaupun ramai yang mempetikaikannya. Baguslah begitu.

Mengenai pembelian itu, menurut najib Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) juga telah memperakukan tentang proses pembelian helikopter tesebut. Mungkin adanya sedikit integritinya dan sedikit sukar untuk mengilas apa-apa yang mampu dikilas.

Secara sinisnya mungkin Najib payah menyapu komisyen melalui pihak ketiga menyebabkan penangguhan, sebagaimana yang masih kita ingat komisyen untuk pembelian kapal selam sahaja hampir RM500 juta untuk kerabat-kerabatnya sahaja. Cuba lihat Arab Saudi menganugerahkan 1 juta riyal (RM900 000) untuk setiap keluarga mangsa banjir Jeddah minggu lalu. Tapi kita RM500 juta untuk seorang dua sahaja.

Jadi kita tunggu Nuri berkecai sekali lagi. Maka akan sibuklah mereka macam selalu-selalu juga. Nahas Nuri yang terbaru dan sudah menjadi lama, tidak diingat orang lagi. Jangan disibuk-sibukkan sekarang.

Langkah kerajaan berjimat cermat adalah wajar. Jangan hanya menjadi janji manis mu sahaja atau sesedap ingin bercakap. Jimatkan wang rakyat secara sebetulnya. Jimat cermat adalah perlu, keselamatan juga adalah perlu, dua-dua kita hendak.

Dipetik dari: Lan iisma blog.

Gua tak nak komen apa2... sebab gua masih dalam keadaan terkejut baboon dengan kenyataan yang gua highlight kan kat atas tu..., ehhh... gua masih bermimpi lagi ke...? atau... masih mamai lagi...? betul ke... apa yang gua baca tu...? Kalau betul......

Tunggu jelah sebijik lagi Nuri terhempas... berbaloi atau tidak keputusan tangguh beli helikopter tu dengan pelaburan team 1MF1.... RM1 billion. Masa tu apa pula yang nak dikilaskan oleh Najib.... and the pirates of world trade centre.

Lu orang jelah komen.... nanti kalau gua komen lebih2 ada pulak kaum yang kena bangsat/maki dengan gua pagi2 buta ni... tersedak pulak nanti masa dia sarapan pagi ni.... pasal gua dah mula meloya... nih...

1 IkutSukaLu...::

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP